Keajaiban berlaku dimana2. Dimana2 tanpa ada sebab yang dapat menghalang bila Allah s.w.t ingin menunjukkan kekuasaannya. Cuma terpulang pada kita mahu menginsafinya atau pun tidak. Sering kita bersungut bersepatu buruk, berkasut robek, tanpa kita sedar ada insan yang cuma mampu memandang sedangkan tidak boleh bergerak kerana kekurangan yang dimiliki. Diantara kebesarannya bila lahir bayi ikan duyung
Bayi ini ialah Milagros Cerron yang membawa maksud 'keajaiban' telah dilahirkan pada 27 April 2004 (sehari tuh sebelum birthday aku) di Huancayo, Peru. Milagros dilahirkan dengan degupan jantung yang sihat dan normal cuma menghadapi beberapa masaalh dalaman seperti dia terpaksa berkongsi usus besar dan usus kecil serta kegagalan buah pinggang berfungsi seperti biasa kerana keadaanya berada dibawah tubuh Milagros. Maka satu pembedahan telah di rancang atas pembiayaan pihak Kerajaan Lima.
Inilah keadaan kaki Milagros Cerron sebelum pembedahan dilakukan. SubhanAllah. Maha suci kuaya Engkau Ya Allah.
Bersyukurlah kita yang dilahirkan cukup sifat walau ada kekurangan sikit2 disana sini, sekurang2nya kita tak perlu menderita sebegini. Allahuakhbar.
Pembedahan ini diketuai oleh pakar bedah Dr. Luis Rubio pada usia Milagros Cerron setahun. pembedahan terpaksa dorang buat awal sebab Milagros Cerron memerlukan beberapa lagi pembedahan selepas itu untuk menyempurnakan fizikalnya.
Setelah pembedah pertama berjaya inilah hasilnya. Kumpulan pakar yang diketuai oleh Dr Luis Rubio telah berjaya memisahkan kaki yang menyerupai duyong itu dan memulihkan keadaan lutut, betis dan buku lali dengan membuat beberapa lagi pembedahan.
Milagros Cerron mula menapak pada usia 2 tahun, dan masih lagi memerlukan beberapa pembedahan seperti memulihkan kedudukan saluran kemaluannya, usus dan buah pinggang.
Lihatlah kegembiraan kanak2 ini, tapi siapa sangka disebalik senyuman ini dia terpaksa melalui pelbagai kesakitan yang tidak dapat kita gambarkan.
Dan kini Milagros Cerron telah berusia 6 tahun. Ini adalah gambar terbaru kanak2 ini. sesuailah jika dikatakan dia puteri ikan duyong dengan rupa parasnya yang cantik. Tiada siapa sangka dalam masa 5 tahun Milagros Cerron telah menjalani 3 pembedahan besar untuk dia kelihatan seperti yang korang tengok. Walaupun Milagros Cerron kelihatan sehat pada zahirnya dia masih ;agi memerlukan pemantauan dan masih menjalani pemeriksaan bagi memastikan organ2 dalamanya bertindak normal.
Difahamkan kecacatan ini berlaku 1 dalam setiap 70,000 kelahiran ( Ya Allah jauhkan aku dari ujian ini Ya Allah).
'