.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

12 Makanan kegemaran Rasulullah part 3

bersambung dari part 2


v
v
v
v
v
v
v




Selalunya Bangsa melayu sangat mempercayai bahawa tembikai ni sejuk, boleh menyebabkan angin atau tidak bagus untuk kesihatan? Tapi masakan Rasulullah menjadikan ia sebahagian daripada makanan kegemaran baginda seandainya ia membahayakan kesihatan. Inilah mentality orang melayu, Patai, jering, kerdas yang di makhruhkan makan dorang makan tak kira makhruh, tapi bila makanan kegemaran Rasulullah sesedap mulut pulak kata tentang keburukannya. So Jom kita memperbetulkan mentality kita nie.

Fakta : Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.


** Elakkan memakan tembikai bersama madu kerana ia boleh menjadi penyebab mabuk / keracunan.




Fakta: Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."

(Hadist riwayat Ibnu Majah)

Fakta 2 :
ANTARA soalan wajib yang akan ditanya apabila membincangkan topik minum susu ialah ‘adakah susu boleh membuatkan seseorang menjadi gemuk?’. Kebimbangan wanita terhadap pertambahan berat badan menjadi antara alasan ramai tidak minum susu walaupun tahu kebaikannya.
Minum susu sebaliknya boleh menjadikan kita lebih langsing kerana untuk mendapat tulang kuat dan sihat, kita juga perlu bersenam sekurang-kurangnya berjalan cepat selama 20 hingga 30 minit sehari serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Bermula dari umur 30 tahun, tulang kita mula mengalami kemerosotan iaitu kerosakan tulang berlaku lebih cepat berbanding proses pembentukan semula. Tulang adalah tisu hidup yang sentiasa mengalami kerosakan dan pembentukan semula sepanjang hayat.

Namun kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan mengambil makanan kaya kalsium, seimbang dan kerap bersenam, kata Pengurus Kanan Bahagian Kesihatan Fonterra Brands, Joanne Toad.

Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini adalah cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.
Kajian ke atas penduduk Malaysia mendapati kita hanya mengambil 300 hingga 400 miligram kalsium sehari; kadar terlalu rendah untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan tulang, terutama di kalangan wanita.

Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh diambil pada semua peringkat umur — sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.

Malangnya kebanyakan masyarakat kita mempunyai konsep kurang tepat kerana menganggap susu hanya untuk kanak-kanak dan pengambilan susu dihentikan apabila mencapai umur tertentu (biasanya apabila memasuki sekolah tadika). Konsep ini perlu diubah dengan terus menggalakkan anak minum susu hingga dewasa.

Bagi orang dewasa dan tua, minum susu yang diperkaya kalsium dapat menguatkan tulang. Kajian ke atas 60 wanita di Filipina dan Indonesia mendapati wanita yang mengambil susu diperkaya kalsium selama empat minggu mengalami kemerosotan tulang lebih perlahan berbanding yang tidak mengambil susu.

Ini menunjukkan kita boleh memberi perlindungan segera kepada tulang dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang yang kaya dengan kalsium. Pada masa sama tulang juga menjadi semakin kuat dan sihat dengan senaman seperti berjalan cepat, berjoging, melompat tali, menaiki tangga, mendaki bukit atau menari.

“Tidak ramai wanita sedar, kehilangan tulang adalah kehilangan kekal kerana apabila usia meningkat proses pembentukan semula tulang berlaku lebih perlahan dan ini membuatkan tulang semakin lemah.

“Penjagaan tulang adalah tugas sepanjang hayat yang perlu dilakukan setiap orang, terutama wanita, kerana mereka lebih berisiko mengalami osteoporosis. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan hadkan pengambilan minuman beralkohol kerana ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral dalam tulang,” kata Joanne.
Sementara itu, duta jenama Anlene, Datuk Michelle Yeoh, berkata ramai terlepas pandang kesihatan tulang dan menganggap mereka sentiasa sihat kerana kedudukan tulang yang terlindung dalam badan.

“Mungkin ramai tidak sedar, wanita sekarang diharap menjadi ‘superwoman’ kerana bukan saja bekerja tetapi juga menjadi isteri, ibu dan pengurus rumah tangga. Ini sebabnya kita perlu mula menjaga kesihatan tulang supaya boleh terus hidup sihat dan cergas demi diri sendiri dan keluarga,” katanya pada pelancaran produk Anlene. Hadir sama, Pengurus Besar Fronterra Brands, John McKay.

Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau ambil produk tenusu iaitu:
Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek yogurt rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein.

Vitamin D — Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan.

Badan kita boleh menghasilkan vitamin D jika mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu pagi). tetapi ramai antara kita seboleh-bolehnya mahu mengelak kulit terdedah kepada sinaran matahari dengan memakai krim pelindung UV, baju lengan panjang atau payung.

Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.

Tingkatkan ketumpatan tulang — Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.

Tekanan darah — Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.

Penyelidik berpendapat perkara ini ada kaitan dengan protein dalam susu rendah lemak (kasein dan whey) yang dikatakan mempunyai tindakan lebih kurang sama dengan ubat merendahkan tekanan darah.

Sindrom metabolik — Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindron metabolik — iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Berat badan — Seperti disebut di atas, minum susu bukan punca kegemukan atau pertambahan berat badan. Perkara ini dibuktikan penyelidik dari Universiti Alabama di Birmingham yang mendapati kalsium mampu mengawal berat badan.



signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM