.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

12 Makanan kegemaran Rasulullah part 7

Bersambung dari part 6

v
v
v
v
v
v


Untuk kisah yang lepas aku dah menceritakan tentang kebaikan dan khasiat buah delima, dan kali ini akan aku sambung tentang kebaikan cuka. Bila bercakap tentang cuka pasti semua org menarik muka bila membayangkan rasanya yang masam. Tapi tahu tak korang cuka juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.



1. Cuka boleh digunakan untuk memutihkan kembali insert cloth diapers. Bagi cloth diapers yang telah lama digunakan, biasanya warna insert dah mula bertukar dari putih ke warna kelabu atau kekuningan. Jangan bimbang. Ada caranya untuk mengembalikan semula keputihan insert ni. Caranya campurkan soda bikarbonat sewaktu membasuh insert. Kemudian campurkan pula sedikit cuka makan sewaktu anda membilas insert tadi. Cuma pesanan saya, cuka ni hanya boleh di letakkan sewaktu anda membasuh insert sahaja. Jangan letak cuka jika anda basuh cloth diapers sekali sebab ini akan sebabkan kebocoran kepada PUL (kain sebelah luar cloth diapers).

2. Kajian perubatan menunjukkan cuka boleh membantu menghentikan pendarahan luka. Ibnu Sinna menulis didalam bukunya (Al-Qanoon fit Tibb (the Canon of Medicine)) – jika cuka dituangkan ke bahagian luka, ia boleh membantu menghentikan pendarahan dan mengelakkan luka dari membengkak.

3. Kajian perubatan juga menunjukkan cuka makan boleh membantu meredakan panas badan dan demam. Caranya campurkan cuka dengan air, kemudian rendamkan tuala kedalam campuran air tadi dan letakkan didahi.

4. Dan yang paling penting sekali, nabi kita Muhammad S.A.W menggemari cuka kerana khasiatnya yang banyak. Untuk info lanjut, anda boleh baca khasiat cuka yang lain di link berikut >> klik disini ye… <<

Sejak mengetahui khasiat dan kegunaan cuka, saya pastikan dirumah sentiasa ada cuka. Ia bukan saja untuk kegunaan harian tetapi juga sebagai back up untuk waktu kecemasan. Bagaimana dengan anda…?


Antara Khasiat Cuka Epal :

    *      Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
    *      Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
    *      Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid   
            dalam badan.
    *      Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
    *      Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.
    *      Memperbaiki masalah sistem kencing.
    *      Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing


Antara khasiat cuka epal ialah:

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.




signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM