Satey Minang
Lihat pada nama kedai SRI BUNDO pun kita semua dah dapat agak ianya ialah medai yang menyajikan masakan minangkabau / makanan padang. Yezz!!! Tapi selalunya aku dan Mr Hubby kesini bukan untuk makan tengahhari, tetapi untuk makan malam atau pun sekadar hi-tea. Apa yang specialnya?
Ini ialah satey lidah lembu dengan kuah asli padang / minang. harga dia secucuk ialah 85sen sekali dgn nasi himpit. tapi kuah dia memang pedas, dan rasanya tak payah ceritalah, korang kena cuba sendiri
Kalau nak makan kuah kacang biasa pun ada, yang ni selalunya Mr Hubby aku ler yang akan makan, sebab dia tak boleh masuk dgn kuah minang / padang. Al-maklumlah lidah Terengganu.ahahahah
Minuman yang wajib dicuba bila ke kedai makanan Minang /Padang ialah jus avacado. nampak macam lumutkan! Selain ianya sedap bila dicampurkan dengan sedikit cokelat avacado juga sangat baik untuk kulit. Ianya dapat mengurangkan parut jika diminum setiap hari selain dari menggunakan buahnya untuk dijadikan mask /topeng perawatan muka.
Selain dari satay lidah, kedai ni juga menyediakan satay perut panjang, satay perut kitab, satay ayam, satay daging dan yang korang akan pelik bila datang kekedai masakan Minang / Padang ialah korang harus mencuba keropok kulit kerbau. Wahhh rasanya amat sedap. menakjubkan.
Kat mana kedai ni? yang Sri Bundo ni terletak di Greenwood. berdekatan dgn perhentian bas Greenwood. So sesiapa yang nak mencuba boleh lah kesana, Insyaallah jika aku kesana lagi sekali aku akn buat review sekali dengan alamat dan no telefon yer
'