Disebabkan rasa mengidam itu sangat teruk maka aku disyorkan oleh seorang sahabat untuk mengamalkan 12 jenis makanan Rasulullah. Selain ianya dapat mengurangkan rasa 'craving' aku ni, ia juga akan membantu memberi tenaga selain ianya sangat berkhasiat. Dan Alhamdulillah walaupun rasa 'craving' tu masih ada tapi aku mampu meminimizekan kadarnya. So bolehlah bersabar sampai awal bulan Jun untuk aku balik ke Terengganu dan menikmati semua tu kan.
- Bali ~ seperti semua sedia maklum bali digunakan sebagai penawar kepanasan, disebabkan wanita hamil mengalami kepanasan badan (ia terbukti bile dorg suka mandi dan buka aircond kuat) maka bali adalah bagus untuk menyejukkan tubuh wanita hamil, ia juga bagus diminum oleh semua orang bagi menjaga tahap kesihatan agar tidak terkena serangan panas badan.
- Kurma ~ Kurma mempunyai kemanisan untuk memberi tenaga, ia tidak akan memberi tindakbalas terhadap pesakit kencing manis, kerana gula yang ada didalam kurma ialah gula yang diperlukan oleh tubuh badan. Kita dianjurkan memakan kurma setiap hari bagi memberi tenaga. Kurma juga digunakan untuk bertahnik bagi bayi selepas dilahirkan.
- Fig (Buah Tin) ~ Allah telah bersumaph tentang buah ini di dalam Al-Quran. Kenapa dengan buah tin? istimewa sangat ker? Ikuti perbincangan mengenai buah istimewa ini. Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.
Diantara kelebihan buah tin:
* Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda " Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."* Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.
Buah teen kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah teen yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah teen kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah teen mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah. Nilai nutrisi didalam buah teen kering:
Nutrisi
Protin gm 4.3
Lemak gm 1.3
Mineral gm 2.4
Serat gm 5.6
Karbohidrat gm 63.4
Tenaga kcal 274
Kalsium mg 126
Forforus mg 77
Zat besi mg 3
Vitamin C mg 1
* Fakta credit untuk : Dari Wanita Untuk Wanita
- Buah Anggur ~ Fakta : Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya. Sebagaimana tertulis dalam Al- Qur'an Surat Al-An'am ayat 99, yang kurang lebih ertinya," Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang bayak, dan dari mayang kurma yang mengurai tangkai - angkainya yang menjulai, dan kebun-kebun anggur , dan Kami ( keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.
Sumber Yang Terdapat Dalam Buah Anggur
Mineral (kalsium & fosforus), Vitamin A&B, Gula (glukos & fruktos )
Sumber :Encyclopaedia Britannica
Kandungan yeng terdapat dalam buah anggur diperlukan oleh limpa manusia bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. Walaupun buah anggur merupakan buah yang baik, sumber kekuatan, ubat yang baik, minuman yang baik tetapi jika pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada sakit kepala.Walau bagaimanapun semua kelebihan dan kenikmatan buah Anggur adalah rezeki yang diberikan kepada manusia oleh penciptanya Yang Maha Agung.
Bersambung...... TUNGGU!
'