.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Bagaimana nak meluahkannya

Banyak benda yang nak kita luahkan dengan kata2 tapi tak termampu kita luahkan. Seperti kita tidak menemui ayat yang terbaik untuk kita luahkan.

Andai kita seorang penyair mungkin boleh diluahkan bait2 syair dan gurindam mahupun puisi, jika kita seorang pelukis, maka lukisan abstrak menggambarkan luahan hati itu akan terlakar, jika kita seorang penulis, sudah pasti lahirlah tulisan2 menggambarkan kata2 yang tak tersingkap dgn kata-kata. Tapi kita bukan itu semua. Apakah jalan terbaik untuk kita menggambarkan isi hati kita jika kita tidak menemui ayat bagi meluahkannya? 

 


Lihatlah bagaimana kasih nya seorang abang yang tak terluah dgn kata-kata tapi perilakunya sudah cukup menggambarkan tentang kasih sayang terhadap adiknya, sebab tu ada pepatah mengatakan 'action speaks louder then words'. Maka sila abaikan jika kita bukan org seni yang mampu melahirkan bait2 puisi, atau pelukis yang tidak mampu melakar, juga bukan penulis untuk menggerakkan pena bagi cakaran2 hati, kerana kita juga ada perasaan, maka lahirkan perasaan itu dgn tindakan, Lakukan pada yang kita sayang, kerana jika terlewat pastinya sampai ke nafas terakhir dia tidak tahu apa yang terselindung disebalik hati kita

Aarghhh!! aku merepek lagi ( sila abaikan) rasanya perubahan hormon menjadikan aku begini. Tak stabil.


**walau dimana dua beradik ini berada, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka, hati keibuan aku tersentuh maka mengalirlah airmata T_________________T




signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM