.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Penghargaan dari Nuffnang

Mesti korang mual,loya,sakit tekak, rasa nak muntah hijau, geli geleman bila aku buat entry pasal Nuffnang kan? Mesti korang terfikir kenapa Nuffnang sangat suka bagi aku itu dan ini? Kenapa dalam ribuan blogger yang berdaftar dengan Nuffnang, aku adalaah diantara ratusan yang selalu dapat itu dan ini dari Nuffnang? bagus sangat ker Natasha-E1 ni a.k.a Onetasha dot com ni? Ini bukan soal hebat atau tidak, Ini soal rezeki, kita cuba yang terbaik yang kita termampu, selainnya kita serahkan kepada yang maha Esa.

Bila dah jadi Ahli Nuffnang dengan status Glitterati sudah tentunya semua orang akann menikmati peluang yang ada dengan sama rata, cuma terpulang pada korang nak merebut peluang yang ada atau sekadar melihat sahaja peluang itu di ragut satu persatu dari mereka yang gila mencari peluang. Kali ni aku agak terkejut bila nama terpampang di website Nuffnang dalam entry Break Free with DiGi. Nama aku adalah diantara 10 nama yang tersenai yang disebut oleh Nuffnang sebagai 'fun entries'



 Klik untuk zat pembesaran


Adakah ini bermakna peluang aku cerah untuk memenangi  HTC Legend, Blackberry Bold 9700 atau Blackberry curve 8250? Insyaallah, kalau ada rezeki aku atau anak aku, adalah nanti, Insyaalalh. kalau tak? tak apa, sekurang-2nya aku tidak duduk tadah tangan tanpa berusaha, aku sudah melakukan tindakan yang sepatutnya, dan cuba yang terbaik yang aku mampu, selebihnya serahkan kepada pemberi rezeki.

Kepada korang yang berminat nak dapatkan peluang keemasan ni, masih lagi peluang itu terbuka, jemput ringan2kan tulang2 jari menaip satu entry mengenai Digi Event ni. Klik sini untuk maklumat lanjut. Jangan biarkan rasa gembira korang melihat peluang yang org lain dapat terbantut, jom sama2 rasai kemeriahan Digi Event ini. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25hb May 2010.

Jangan nanti korang menyebut " bilalah Nuffnang nak bagi aku nie?", "Nuff ni sayang ke kak tash, bilah kita nak dapat", " seronoknya kak, kita tak dapat pun".... tak adil korang menyalahkan diri, menyalahkan takdir, menyalahkan Nuff yang konon nya pilih kasih, sedangkan korang ada penyakit "M"alas untuk mengambil langkah pertama.

Sekali lagi aku nak pesan, buat yang terbaik, yang korang termampu, selebihnya korang biarkan pemberi rezeki yang maha Esa tentukan, itu bukan hak kita, tapi syaratnya buat bahagian kita dulu.


** Bilalah Nuffnang nak bagi buffred Digi ni??**

signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM