Bergembar gembur pasal tiket AIM kan? Semua menantikan gambar aku ke malan anugerah AIM yer tak? Selepas korang dihidangkan dengan gambar aku dan CikLilyPutih ke TV3 untuk ambil tiket ke AIM di gua dot com.
Memang betul aku ke TV3 untuk ambik tiket AIM tu, tapi tiket tu bukannya untuk aku, tapi sekadar menemani CikLilyPutih yang sebetulnya menolong kawan dia untuk ambik tiket tu. Itu jer.
Tapi ada yang lebih menarik lagi ialah aku telah di beri 4 tiket untuk ke International Concert. Siapa yang menjayakan konsert ni? Ini adalah konsert kumpulan Tokio Hotel dan tak ketinggalan dijemput juga kumpulan Bunkface & Pop Shuvit yang telah di adakan di Avenue Park One Utama pada 1 May 2010. Kebetulan aku dapat 4 tiket so aku carilah mereka2 yang sudi nak join aku. Maka aku telah ditemani oleh Helena dan juga Hairi disamping soulmate aku, Siapa lagi kalau bukan Mr Hubby aku kan?
Inilah keadaannya mereka yang beratur nak masuk konsert
So mintak jasa baik SoulMate untuk cari jalan supaya boleh masuk cepat, akhirnya dapatlah kitaorg potong Q, kami berempat berjaya menjadi 100 org pertama yang masuk ke kawasan konsert. Wah!!! Jimat masa. Tapi masa tu amat menakutkan bila tengok peminat2 fanatik ni, dorg berlari2 x hiraukan dah security yang berbadan sasa tuh halang dorg dari berlari2. Semua nak duduk depan, Tapi aku diarahkan oleh Mr Hubby supaya memilih tempat dibahagian tepi. Ishh potong betullah Mr Hubby aku nie, baru ingat nak Head bangging kat tengah2 padang tu nanti.
So untuk tengok bagaimana persembahan dorg nanti kita tunggu entry Tokio Hotel
'