.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Big Fish Moment with Pizza Hut’

Keseronokkan terserlah bila kita keluar beramai2, tambah jika ada aktiviti yang kita buat bersama.Pasti menarik!! Kebetulan baru2 ni aku dgn Mr hubby merancang nak main bowling, so apa lagi aku pun rogerlah teman SEPERMAINAN yang SEKEPALA. Siapa lagi kalau bukan Mr Daydeck. Kitaorang pun berjimbalah di Wangsa Walk. Sebelum permainan bermula, seperti biasa buat deal dulu lah. Siapa kalah dia kena belanja makan. Siapa yang menang dia akan tentukan kat mana dia nak makan.

v
v
v
v
v



Wah Mr Hubby aku sedang menunjukkan kehebatannya dengan balingan maut. Ini kalau kalah harus aku tuntut macam2 dari dia ni.




 Mr Daydeck dengan balingan Tarantulanya. Nasib jer lane tuh tak pecah dengan balingan tahap dewa gaban tuh. Alah setakat balingan korang berdua aku tak gentar.



 Saksikan balingan bowling aku yang penuh gaya, mutu & keunggulan. Pergh!! harus korang gentar tengok aku baling. Rasanya aku makan free untuk game kali ni.



 Yahoo..yabedabedu!!! Sudah terbukti tangan yang menghayun buaian itu mampu menggegarkan dunia, kalau dunia boleh gegar, setakat baling bola bowling ni apa lah sangat. Kecik punya hal. tengok jer markah yang tertera, siapa lagi yang menag kalau bukan Natasha yang hebat nie. (cepat korang sediakan baldi untuk muntah)



 Inilah dia gaya seorang Juara.



 Arghhhh!! untuk makan Free kali ni, aku terfikir untuk makan IKAN. tapi aku tak nak IKAN sembarangan. Aku nak IKAN yang segar, yang enak, yang mengenyangkan. Wow! tiba-tiba aku terfikir segalanya tentang IKAN.....IKAN.....IKAN.....IKAN.....IKAN.....& IKAN..

Tapi dimana nak makan nie?


v
v
v
v
v



Yeah!!! Disinilah dimana lagi!! Kenapa korang tak percaya kat sini ada  IKAN yang sedap, segar, dan mengenyangkan? Tak percaya jom tengok ni

v
v
v
v
v



Wo! Wo! Wo! bukan setakat ikan biasa, ianya bukan ikan sembarangan tapi RAJA IKAN a.k.a FISH KING. Wah tengok gambar pun dah cukup buat perut aku berkeroncong.



 Saat-saat yang dinanti-nantikan. Melihat menu yang disediakan. Tapi yang pasti untuk hari ni RAJA IKAN a.k.a FISH KING akan menjadi pilihan utama.



 Setelah membuat tempahan, Menu yang di minta kini dihantar oleh nelayan yang merangkap sebagai pelayan. Korang tengok jer misai Nelayan a.k.a pelayan tu. Wow sangat mengkagumkan, tapi aku lebih teruja dengan apa yang ada ditangan kanannya.Makanan yang dipesan tak perlu tunggu lama2, cuma sekitar 20 minit jer. Kat sini korang tak payah pening2 nak pergi pancing ikan. Nak buat apa susah2 jika boleh menikmati rasa ikan yang segar dan sedap di Pizza Hut.



Tapi yang tak syoknya bila kena berebut dengan budak ni!!! Dia dah lah kalah, bila dia kena belanja, dia pulak nak ambil semua. korang tengok ni, dengan tak malunya dia telah berebut Pizza Fish King ni dengan aku.





 Siapa yang dapat Pizza Fish King ni yer akhirnya??

v
v
v
v
v
v


Budak nilah yang dapat. Mana boleh lawan tenaga dia. Tengok lah badan budak ni, mana terdaya aku nak lawan dia, tapi tak kisahlah apa pun bab2 bowling aku maintain juara, dan janji tetap janji, yang kalah tetap kena belanja makan



Kali ni nelayan a.k.a pelayan ni pulak yang akan menyediakan makanan dari laut ni. Tak sabar betul aku nak makan RAJA IKAN a.k.a FISH KING ni.



Dengan sopan dan santun aku membawa hasil tangkapan yang enak dimasak. Kali ni aku kan pastikan tak ada sesiapa yang kacau makanan aku.




 Hurmmm!!! Makan terus dari dalam Pan ni pun sedap. Apa? orang pandang2 aku? Ada aku kisah? yang penting aku makan dan makan. ( korang pandang je lah yer)







Cuba tengok jejari ikan tuh. Wah!! tipulah kalau korang tak terliur kan.... dengan salutan keju yang masih lagi panas, cukup membuatkan aku rasa kalau mak mertua lalu kat depan aku pun aku tak nampak.




Diletakkan pula di atas adunan dough yang cukup lembut. Cukup menyelerakan. sampaikan aku tak perasan aku dah habiskan semua hidangan ni sorang2. Sebaik habis barulah aku teringatkan sesaorang disebelah aku, yang rupanya dari tadi asyik pandang2 aku tapi kerana keenakan RAJA IKAN a.k.a FISH KING aku sampaikan terlupa yang dia memerhatikan aku.



 Tapi tak per, sebagai nelayan a.k.a pelayang yang berdidikasi aku akan buat silap mata. jangan betul2 silap  cukuplah. Nanti lain yang aku jampi, lain yang keluar.


Taraaaaaaaaaaa!!!!! dengan kuasa ajaib maka dibawah topi tu telah keluar sekeping lempeng ikan. Alahai, sekeping pun sekeping lah kan. Dari tak ada..baiklah ada walaupon cuma sekeping. Dengan gembiranya aku telah menyuap LEMPENG RAJA IKAN ni kepada Mr Hubby aku.


Tapi...................... dia buat muka cam ni pulak


v
v
v
v
v
v


Alahai Mr Hubby aku merajuk. (chumel lah abg cebik mcm tu) ahahah. Makanlah sayang yer. Yang ni istimewa buat abang. penat tau tadi BB jampi serapah nak jadikan LEMPENG RAJA IKAN ni. Abang ingat senang ker?



Tapi..... bila aku suapkan isi ikan yang enak tuh, terus tersenyum lebar Mr Hubby makan. Rupa-rupanya Mr Hubby nak ikan jer. Yelah kan ikan yang enak macam tu masakan orang tak meleleh air liur tengok, Kalau tadi pon sampai ada yang sanggup berebut Pizza Fish King ni dengan aku yer tak?



Semua ini adalah kerana  Pizza Fish King. So pada korang yang belum lagi merasai keenakannya, baik korang pergi sekarang! Dengan taburan makanan laut yang lain, pastinya menjamu selera di Pizza Hut tak akan mengecewakan.





Inilah kisah empat sahabat bila keluar bersama. Yang pastinya kami sangat berpuas hati dengan keenakan Pizza Fish King atau kat Malaysia ni boleh jugak korang nak panggil LEMPENG RAJA IKAN.  Kepada korang yang belum lagi menikmati keenakannya, tunggu apa lagi, Jom kita ke mana2 restoran Pizza Hut yang berdekatan.



  signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM