.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Hisham - Unrestmind57. blogspot.com bertemu Pencipta

Berita diperolihi dari blog Kak Ina Kl. Kak Ina memperolehi maklumat dari Blog Jard, manakala Jard mendapat maklumat dari blog Paradoks.


Sebaik berita Sedih ini diterima, aku terus buka blog Hisham @ Unrestmind57 lebih sebak hati aku bila aku buka profile arwah aku ternampak sesuatu disitu.

v
v
v
v
v

Klik untuk zat pembesaran


Tinggal kenangan

Allahyarham Hisham

Saya dimaklumkan bahawa Arwah baru sahaja mendirikan rumahtangga selama 1 bulan. Ya Allah besar sungguh dugaan Allah kepada isteri beliau Shima. Semoga Shima dan juga keluarga Allahyarham yang lain tabah dengan ujian yang diberikan ini. Kita sebagai hamba Allah yang masih bernyawa ini, cuma doa sahaja yang dapat mengiringi Allahyarham, semoga Rohnya ditempatkan dikalangan para Ambia'.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Pencipta kami dan seluruh isi dunia ini,
Hari ini telah kau jemput seorang dari kami
Dan dia adalah dikalangan sahabat kami Ya Allah
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kurniakanlah ehsan Mu Ya Allah kepadanya
Permudahkanlah perjalanannya didunia yang abadi itu Ya Allah
Lancarkanlah lidahnya menjawab soalan2 Mu Ya Allah
Lapangkanlah rumah barunya Ya Allah
Terangilah rumah yang gelap itu dengan Nur Mu Ya Allah
Percepatkanlah Doa Ibunya sampai untuk melapangkan rohnya Ya Allah
Percepatkanlah Doa sahabat handainya untuk mendamaikan rohnya disana Ya Allah
Amin...Amin...Amin Yarabbalalamin.





signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM