.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kandungan ku 6 minggu




Video ni adik aku Fasihah yang bagi aku kat FB aku...thks mummy

Mulanya tak nak kongsikan ini bersama secara terang-terangan. Tapi memandangkan aku memerlukan doa dari kawan-kawan semua juga dari adik-adik semua, maka dengan ini aku dengan sukacitanya melahirkan rasa kesyukuran diatas kehamilan aku yang sedang menjangkau usia 6 minggu. Alhamdulillah.

Walaupun kehamilan ini sangat aku nantikan dan Mr Hubby nantikan, namun segalanya kita serahkan pada Allah, Rezeki, Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan segalanya dia yang tentukan. Awal check up Doc ada beritahu keadaan baby tidak stabil, masa tu baru 5 minggu. Aku diminta agar tidak meletakkan harapan. Doc kata nadi baby sangat lemah, dan embrio sangat kecil berbandaing usia dia yang 5 minggu. Doc cuma beri aku 2 pilihan


  1.  Selesaikan dengan membuat D&C  (gugurkan)
  2. Simpan sehingga 3 bulan, tunggu perkembangan selanjutnya, jika tiada masaalah aku boleh meneruskan kehamilan ini, jika tidak aku harus melakukan D&C jugak
Selepas berfikir, berbincang dan meminta pendapat beberapa orang, akhirnya aku ambil keputusan untuk tunggu sehingga 12 minggu. Ini bermakna aku masih mempunyai 6 minggu untuk aku bawa janin ini kemana sahaja. Aku mengharapakan MIRACLE berlaku keatas kandungan aku seperti kata Daydeck. Ya Keajaiban Allah s.w.t tiada siapa dapat menyangkal.  Kerana ketakutan aku pada kehilangan ini aku awal2 telah menulis entry ni (klik). Ramai yang tertanya2 apa sebenarnya message pada entry ni, tapi aku decide untuk biarkan semuanya dalam teka teki, tapi tidak lagi pada hari ini.

Aku mengharapkan doa dari kalian semua. Aku inginkan yang terbaik. Dan sekiranya sekali lagi aku harus kehilangan dan kecewa, aku berharap agar semangat dari korang semua bakal menjadikan aku kuat dan tabah.....

Untuk Mr Hubby:

Abang b nak beri abang zuriat yang comel2, kalau boleh biar semua ikut macam papa dia, rambut kerinting, hidung mancung, tinggi mcm papa jugak. Sekali pun nyawa b jadi taruhan b sanggup abg, kerana sepanjang perkahwinan ini cuma ini satu-satunya yang gagal b berikan pada abg. Maafkan isteri abg yang ada kekurangan ini. Maafkan B abg.






Nilah rambut  anak kita yang B dambarkan. Semoga ianya menjadi kenyataan.











signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM