.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Gigitan cinta yang telah menukarkan bentuk asal aku



Aduh sakitnya tak terperi bila gigitan cinta di leher aku nie terjadi. ishhh macam tak ada tempat lain dia nak geget!!!! tension tol. Tengok apa jadi kat aku lepas di gigit nie?

Benci...... benci sesangat

Napa erk??? napa nak hubungi lagi?? kenapa nak ganggu lagi... eeeeeeeeeee serabut mabut kepala hotak aku nie.... dasar betul.... x reti bahasa ker





signature'

Bukan RM 20 Nuffnang bagi aku tetapi RM400

Terguzat seketika bila buka email. Wow rezeki yang tak disangka2. Kali ni betul2 durian runtuh. Bukan RM 20 tapi RM 400!!! wahhh seronok kau Korang tengok jer lah email dan bukti2 kat bawah nie (dengan nada bangga)


Percaya tau tidak?

pagi2 ni aku online, hajat hati nak surf internet nak cari sumting yang aku perlukan untuk menghabiskan kerja2 aku yang terbengkalai ni, tapi seang sibuk aku buka sana dan sini tetiba aku terjumap sesuatu yang membuatkan aku cukup jadi keliru.




“I wanna watch Toy Story 3”

Nak tengok! nak tengok! nak tengok! wow!!! boleh kembali ke zaman budak2. Aku suka sangat cerita ni, masih teringat lagi macam mana Mr Buzz kununnya mengakui dirinya boleh terbang. Ahahahaha. Toy story ni bukan sekadar cerita animasi tapi turut memberi banyak tauladan, cumanya pada pendapat aku walaupon ianya sesuai untuk tontonan kanak2 tapi seeloknya biarlah dengan pengawasan ibu bapa, takut nanti anak2 yang sangat innocent tu ingatkan memang benda2 dalam cerita tuh semuanya benar. Yelah kan budak2. Apa yang dia tengok itulah yang dia faham. Untuk Toy Story 3 ni aku tak nak lepaskan peluang terutama dengan kehadiran watak2 baru yang pastinya akan lebih memeriahkan dunia animasi 3D ini. Ada 13 watak2 baru yang akan muncul dalam Toy Story 3 ni, tapi diantara 13 ni aku sangat teruja dengan kecomelan Peas-in-a-pod, stretch, Big Baby, Bookworm & Dolly. Siapakah mereka2 ini? Jom kita berkenalan.



 Auww, dia sebijik kacang peas yang sangat comel. Wah x sabar untuk berkenalan dengan si kacang peas ni




 Stretch adalah seekor sotong. Mesti badan dia boleh menarik panjang2 kan, sesuai dengan namanya 'stretch'. Yang pasti Stretch juga tak kurang comel. Mesti watak dia nanti sangat menarik




Big Baby pada pandangan aku dia ni nampak notty sangat, mesti dalam cerita nanti dia akan sanagt nakal, suka buat kacau dan membuli orang kan.




 Bookworm a.k.a ulat buku nampak macam prof jer muka, nampak innocent dan sangat bijak.





Dolly sebuah anak patung yang sangat nampak 'gurgurl'. Comel sangat dia bila berpakaian macam tu dengan butang banyak2 kat baju dia.

Selain dari watak2 diatas yang menjadikan aku teruja, Toy Story3 juga akan memperkenalkan

v
v
v
v
v
v

Si gagah perkasa yang bernama Chunk




 Si kacak yang bernama Ken

Si lucu yang bernama Lots-O'-Huggin'Bear


 Telefon yang tak kurang hebat Chatter Telephone


 Robot Sparks


 Dinosaur Trixie


 Yang gagah perkasa Twitch


Singa comel ni pulak Mr Pricklepants


Aku tak sabar menantikan kemunculan mereka dan menyaksikan apa pulak masaalah yang bakal mereka lakukan, dan bagaimana mereka mencari penyelesaian bagi masaalah yang datang. Selamat mononton untuk semua.











signature'

Big Fish Moment with Pizza Hut’

Keseronokkan terserlah bila kita keluar beramai2, tambah jika ada aktiviti yang kita buat bersama.Pasti menarik!! Kebetulan baru2 ni aku dgn Mr hubby merancang nak main bowling, so apa lagi aku pun rogerlah teman SEPERMAINAN yang SEKEPALA. Siapa lagi kalau bukan Mr Daydeck. Kitaorang pun berjimbalah di Wangsa Walk. Sebelum permainan bermula, seperti biasa buat deal dulu lah. Siapa kalah dia kena belanja makan. Siapa yang menang dia akan tentukan kat mana dia nak makan.

v
v
v
v
v



Wah Mr Hubby aku sedang menunjukkan kehebatannya dengan balingan maut. Ini kalau kalah harus aku tuntut macam2 dari dia ni.




 Mr Daydeck dengan balingan Tarantulanya. Nasib jer lane tuh tak pecah dengan balingan tahap dewa gaban tuh. Alah setakat balingan korang berdua aku tak gentar.



 Saksikan balingan bowling aku yang penuh gaya, mutu & keunggulan. Pergh!! harus korang gentar tengok aku baling. Rasanya aku makan free untuk game kali ni.



 Yahoo..yabedabedu!!! Sudah terbukti tangan yang menghayun buaian itu mampu menggegarkan dunia, kalau dunia boleh gegar, setakat baling bola bowling ni apa lah sangat. Kecik punya hal. tengok jer markah yang tertera, siapa lagi yang menag kalau bukan Natasha yang hebat nie. (cepat korang sediakan baldi untuk muntah)



 Inilah dia gaya seorang Juara.



 Arghhhh!! untuk makan Free kali ni, aku terfikir untuk makan IKAN. tapi aku tak nak IKAN sembarangan. Aku nak IKAN yang segar, yang enak, yang mengenyangkan. Wow! tiba-tiba aku terfikir segalanya tentang IKAN.....IKAN.....IKAN.....IKAN.....IKAN.....& IKAN..

Tapi dimana nak makan nie?


v
v
v
v
v



Yeah!!! Disinilah dimana lagi!! Kenapa korang tak percaya kat sini ada  IKAN yang sedap, segar, dan mengenyangkan? Tak percaya jom tengok ni

v
v
v
v
v



Wo! Wo! Wo! bukan setakat ikan biasa, ianya bukan ikan sembarangan tapi RAJA IKAN a.k.a FISH KING. Wah tengok gambar pun dah cukup buat perut aku berkeroncong.



 Saat-saat yang dinanti-nantikan. Melihat menu yang disediakan. Tapi yang pasti untuk hari ni RAJA IKAN a.k.a FISH KING akan menjadi pilihan utama.



 Setelah membuat tempahan, Menu yang di minta kini dihantar oleh nelayan yang merangkap sebagai pelayan. Korang tengok jer misai Nelayan a.k.a pelayan tu. Wow sangat mengkagumkan, tapi aku lebih teruja dengan apa yang ada ditangan kanannya.Makanan yang dipesan tak perlu tunggu lama2, cuma sekitar 20 minit jer. Kat sini korang tak payah pening2 nak pergi pancing ikan. Nak buat apa susah2 jika boleh menikmati rasa ikan yang segar dan sedap di Pizza Hut.



Tapi yang tak syoknya bila kena berebut dengan budak ni!!! Dia dah lah kalah, bila dia kena belanja, dia pulak nak ambil semua. korang tengok ni, dengan tak malunya dia telah berebut Pizza Fish King ni dengan aku.





 Siapa yang dapat Pizza Fish King ni yer akhirnya??

v
v
v
v
v
v


Budak nilah yang dapat. Mana boleh lawan tenaga dia. Tengok lah badan budak ni, mana terdaya aku nak lawan dia, tapi tak kisahlah apa pun bab2 bowling aku maintain juara, dan janji tetap janji, yang kalah tetap kena belanja makan



Kali ni nelayan a.k.a pelayan ni pulak yang akan menyediakan makanan dari laut ni. Tak sabar betul aku nak makan RAJA IKAN a.k.a FISH KING ni.



Dengan sopan dan santun aku membawa hasil tangkapan yang enak dimasak. Kali ni aku kan pastikan tak ada sesiapa yang kacau makanan aku.




 Hurmmm!!! Makan terus dari dalam Pan ni pun sedap. Apa? orang pandang2 aku? Ada aku kisah? yang penting aku makan dan makan. ( korang pandang je lah yer)







Cuba tengok jejari ikan tuh. Wah!! tipulah kalau korang tak terliur kan.... dengan salutan keju yang masih lagi panas, cukup membuatkan aku rasa kalau mak mertua lalu kat depan aku pun aku tak nampak.




Diletakkan pula di atas adunan dough yang cukup lembut. Cukup menyelerakan. sampaikan aku tak perasan aku dah habiskan semua hidangan ni sorang2. Sebaik habis barulah aku teringatkan sesaorang disebelah aku, yang rupanya dari tadi asyik pandang2 aku tapi kerana keenakan RAJA IKAN a.k.a FISH KING aku sampaikan terlupa yang dia memerhatikan aku.



 Tapi tak per, sebagai nelayan a.k.a pelayang yang berdidikasi aku akan buat silap mata. jangan betul2 silap  cukuplah. Nanti lain yang aku jampi, lain yang keluar.


Taraaaaaaaaaaa!!!!! dengan kuasa ajaib maka dibawah topi tu telah keluar sekeping lempeng ikan. Alahai, sekeping pun sekeping lah kan. Dari tak ada..baiklah ada walaupon cuma sekeping. Dengan gembiranya aku telah menyuap LEMPENG RAJA IKAN ni kepada Mr Hubby aku.


Tapi...................... dia buat muka cam ni pulak


v
v
v
v
v
v


Alahai Mr Hubby aku merajuk. (chumel lah abg cebik mcm tu) ahahah. Makanlah sayang yer. Yang ni istimewa buat abang. penat tau tadi BB jampi serapah nak jadikan LEMPENG RAJA IKAN ni. Abang ingat senang ker?



Tapi..... bila aku suapkan isi ikan yang enak tuh, terus tersenyum lebar Mr Hubby makan. Rupa-rupanya Mr Hubby nak ikan jer. Yelah kan ikan yang enak macam tu masakan orang tak meleleh air liur tengok, Kalau tadi pon sampai ada yang sanggup berebut Pizza Fish King ni dengan aku yer tak?



Semua ini adalah kerana  Pizza Fish King. So pada korang yang belum lagi merasai keenakannya, baik korang pergi sekarang! Dengan taburan makanan laut yang lain, pastinya menjamu selera di Pizza Hut tak akan mengecewakan.





Inilah kisah empat sahabat bila keluar bersama. Yang pastinya kami sangat berpuas hati dengan keenakan Pizza Fish King atau kat Malaysia ni boleh jugak korang nak panggil LEMPENG RAJA IKAN.  Kepada korang yang belum lagi menikmati keenakannya, tunggu apa lagi, Jom kita ke mana2 restoran Pizza Hut yang berdekatan.



  signature'

ruumz bagi aku hadiah


Klik untuk zat tumbesaran

Buat Pertama kali aku dapat hadiah dari rummz. Walaupon hadiah ni harga dia tak seberapa tapi ia tetap istimewa, sebab tanpa yang pertama masakan ada yang kedua. Harap2 lepas ni ada lagilah hadiah dari ruumz.

Bila aku nak pergi collect hadiah ni erk?? aduhai. Kesibukan dan keadaan kesihatan aku tak berapa mengizinkan aku untuk pergi buat masa ni, tapi Insyaallah nanti aku akan cari masa dan minta Mr hubby temankan aku untuk ambil hadiah yang aku dapat. Terima kasih kepada ruumz dan dermalogica

Aku minta maaf pada pembaca blog ni, aku amat sibuk sehari dua ni hingga menyekat aku untuk memblog walking, dan mengupdate entry, Insyaalalh setelah selesai segala yang aku sedang uruskan ni, aku akn kembali menerjah korang, Harap bersabar (macamlah korg kisah aku update blog atau tak) hahahahaha

Yang pasti aku sayang korang semua.....





signature'

12 Makanan kegemaran Rasulullah part 7

Bersambung dari part 6

v
v
v
v
v
v


Untuk kisah yang lepas aku dah menceritakan tentang kebaikan dan khasiat buah delima, dan kali ini akan aku sambung tentang kebaikan cuka. Bila bercakap tentang cuka pasti semua org menarik muka bila membayangkan rasanya yang masam. Tapi tahu tak korang cuka juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.



1. Cuka boleh digunakan untuk memutihkan kembali insert cloth diapers. Bagi cloth diapers yang telah lama digunakan, biasanya warna insert dah mula bertukar dari putih ke warna kelabu atau kekuningan. Jangan bimbang. Ada caranya untuk mengembalikan semula keputihan insert ni. Caranya campurkan soda bikarbonat sewaktu membasuh insert. Kemudian campurkan pula sedikit cuka makan sewaktu anda membilas insert tadi. Cuma pesanan saya, cuka ni hanya boleh di letakkan sewaktu anda membasuh insert sahaja. Jangan letak cuka jika anda basuh cloth diapers sekali sebab ini akan sebabkan kebocoran kepada PUL (kain sebelah luar cloth diapers).

2. Kajian perubatan menunjukkan cuka boleh membantu menghentikan pendarahan luka. Ibnu Sinna menulis didalam bukunya (Al-Qanoon fit Tibb (the Canon of Medicine)) – jika cuka dituangkan ke bahagian luka, ia boleh membantu menghentikan pendarahan dan mengelakkan luka dari membengkak.

3. Kajian perubatan juga menunjukkan cuka makan boleh membantu meredakan panas badan dan demam. Caranya campurkan cuka dengan air, kemudian rendamkan tuala kedalam campuran air tadi dan letakkan didahi.

4. Dan yang paling penting sekali, nabi kita Muhammad S.A.W menggemari cuka kerana khasiatnya yang banyak. Untuk info lanjut, anda boleh baca khasiat cuka yang lain di link berikut >> klik disini ye… <<

Sejak mengetahui khasiat dan kegunaan cuka, saya pastikan dirumah sentiasa ada cuka. Ia bukan saja untuk kegunaan harian tetapi juga sebagai back up untuk waktu kecemasan. Bagaimana dengan anda…?


Antara Khasiat Cuka Epal :

    *      Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
    *      Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
    *      Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid   
            dalam badan.
    *      Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
    *      Memecahkan molekul lemak dan secara tidak lansung membantu proses penurunan berat badan.
    *      Memperbaiki masalah sistem kencing.
    *      Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing


Antara khasiat cuka epal ialah:

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.




signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM