Bersambung dari part 12
V
V
V
V
V
V
V
V
3 hari bersama suami bagaikan 3 minit.Kami perlu meneruskan kehidupan berjauhan sementara masing2 mencari jalan tengah yang terbaik. Berpisah setelah menjadi isteri lebih berat rupanya. mengingatkan akan tanggungjawab yang tak dapat aku dan dia tunaikan buat pasangan masing2 menjadikan kami berdua sebak.
Namun keindahan pengantin baru bukannya seperti pasangan pengantin baru yang lain. Ishhh berat tuk aku ceritakan. Tak tahu bagaimana aku nak menyusun ayat. Setakat ini aku tidak pernah lagi menceritakan segala2 ini dalam blog aku. Bukannya terlalu rahsia tapi aku TIDAK MAHU MERAIH SIMPATI,kerana SIMPATI BOLEH MEMBUNUH AKU.
Kerana rasa yang amat berat aku lantas bertanyakan sesaorang di kalangan blogger yang aku rasakan agak rapat dengan ku (klik), bagaimana & patut kah aku menceritakan ini di tulisan2 aku? Katanya "alah kak Tash pembaca sekarang dah matang, mereka akan terima dan faham". Akhirnya aku membuat keputusan untuk meneruskan cerita Aku & Dia secara 'transparent'.
Sepatutnya sebaik menjadi pengantin baru org akan menikmati nikmat 'berbulan madu', tapi bukan kami. Kesian bila mengenangkan Mr Hubby terpaksa menyekat 'kemahuan' berbulan madunya. Manakan tidak..... setiap kali 'mengecapi' nikmat berbulan madu akan akan mengalami bleeding yang amat teruk, macam org keguguran. Kenapa ini berlaku? Korang ingat lagi tak entry aku pada :::episod 6:::? Apabila dia mengkagumi aku kerana masih kuat dan tersenyum walaupon sedang bergelumang diantara hidup dan mati? Pendarahan ini berpunca dari kegagalan tulang sum2 aku untuk berfungsi menghasilkan sel darah putih yang membekukan apa2 pendarahan, atau lebih dikenali sebagai 'bone marrow cancer' Aku pernah menjalani transplant di Australia, alhamdulillah banyak perubahan pada aku sebaik dari transplant itu dilakukan, cuma ia tidak menyembuhkan aku 100% aku masih menghadapi 35% simptom dari cancer aku. Aku masih gagal mengawal sebarang bentuk pendarah. Luka yang kecil sekalipun akan mengakibatkan pendarahan yang tak berhenti2. Yeah!!! aku adalah pesakit cancer, tapi itu dulu, sekarang aku adalah 'survival cancer patient'
Selepas menjadi isteri pada Ahmad Syazwan aku cuba untuk menjadikan dia sebagai 'sebab' untuk aku perlu kuat, perlu hidup selain dari sebab sikecik (klik) yang selalu ada disisi aku ketika itu. Walaupun ketika itu keadaan kesihatan aku 'on' & 'off' tapi lelaki yang menjadi suami aku tidak pernah bersungut, tidak pernah mengeluh, jauh sekali berpatah semangat. Cancer yang aku hadapi pon tidak ramai yang tahu, mana yang tahu sekali pun tidak ramai yang dapat melihat penderitaan itu scara langsung. Cuma 2-3 orang yang ada ketika dan saat2 aku sedang nazak. Terima kasih pada mereka.
My hubby tak pernah melayan aku seperti seorang pesakit cancer, walaupun dialah orang yang paling banyak melihat penderitaan aku, bagaimana separuh dari tubuh aku bermandikan darah. Namun dia masih tenang, masih tersenyum, walau akibat dari masaalah itu kerap aku gagal menunaikan tggungjwb aku sebagai isteri. Namun dia masih sabar. Aku mengkagumi kesabaran itu. Yelah, lelaki yang baru menjadi pengantin baru, dalam usia yang muda, berjauhan dengan isteri, tapi bila berjumpa masih lagi terpaksa'berpuasa' kesian....
Arghhhhhh!!! aku x mampu nak sambung lagi. Insyaallah bila aku dah semakin tenang, aku sambung. Kenangan ini agak menganggu emo aku!! Cuma harapan aku semua yang membaca kisah ini tidak akan melayan aku sebagai manusia yang berpenyakit. Aku mampu lakukan apa aje yang korang boleh lakukan.
Merakam kan juga terima kasih yang tidak terhingga aku pada :::Fasihah::: & :::Sayangkema::: kerana begitu menyayangi aku dan selalu menjadikan aku cukup kuat untuk lalui saat2 kesukaran aku.....
Salam sayang dari aku untuk korg.
'
16 comments:
tabahkan hati sis... doa moga Allah membantu.. sis tak kesorangan... pecaya cakap aki... ^_^
big warm hug for u...
kak..sedih!nak nangis!
akak kuat kan..akak kuat..
kak tash..boleh wat drama air mata cerita ni..
sedey :(
aki>>>thks aki
helena >>> x mo lah cm nie
eny>>> x mo jual kisah nie:)
sob...tabahkan hati kak...dugaan tuhan...jangan sedih nanti penyakit tu melarat...
tak ada apa boleh saya katakan selain takziah, dan semoga sis tabah eh ;').
tuhan sayang orang2 yang sabar dengan ujian dia :')
Bai >>>Insyaallah semuanya ok
ielamorry >>> terima kasih
:) i'm prouD of you c's :) Dah banyak cerita tertinggal ni. Dah part 15 dah cerita ni. Nanti Hana senang2 Hana baca lagi.. :)
.akak mmg kuat!
.sygg akak! :)
farhana ghafar >>>> thks hana
fateha >>>>> survive!!!!
akak, semoga akak akan sentiasa
tabah mghdpi setiap ujian
mendtg..
big hug..love u sis!
sis tash! u're really strong! take care ahh. sayang ktk byk2 :)
Post a Comment