.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Aku & Dia Part~~16

Bersambung dari part 15
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Aku mengambil masa ya agak lama untuk mengumpul tenaga untuk menyambung episod ini. Bukannya mudah untuk menghadapi kehilangan 'impian' kami. Mr Hubby aku datang jemput aku balik ke Pekan pahang pada esoknya. Perjalanan dirasakan jauh sangat kali ini. Dengan rasa ngilu dan merengat dalam peranakan menjadikan perjalanan kali ini sangat tidak menyeronokkan.

 

V
V
V
V
V
Empat jam kemudian kami sampai ke rumah mak. Mak sambut aku dengan pandangan mata yang agak sayu. Dalam hati aku menjerit "mak...anak mak kehilangan nyawa keduanya mak", namun kata-kata itu cuma bergetar dalam hati, aku tak mampu untuk meluahkannya, aku tidak mahu menambah kesayuan hati mak lagi.Mr Hubby menemani aku satu malam di rumah mak, Malam itu aku tidur dalam pelukan Mr hubby dengan air mata. Mr hubby cuma mampu menenangkan aku dgn kata-kata semangat yang tak putus-putus. Aku tahu hati Mr hubby amat sakit dengan apa yang berlaku, namun kekuatan perlu di tunjukkan pada aku.Esoknya dia harus pulang ke kemaman, tanggungjawab masih banyak menunggunya disana, dan aku amat memahami keadaan itu.


Pagi-pagi lagi aku lihat Mr Hubby dah bersiap untuk pergi kerja. Perjalanan yang mengambil masa hampir 1jam 30 minit memaksa Mr hubby untuk bangun lebih awal lagi bersiap untuk menempuh perjalanan yang agak jauh itu.
Hati aku digamit pilu, masakan tidak......aku dalam keadaan yang amat 'down' memerlukan dia disisi aku, namun dalam masa yang sama dia perlu kembali ke Kemaman kerana tugas yang masih menunggu.
Tinggallah aku denagn mak dan adik aku. Mak jaga makan minum aku, Mak tak bagi minum ais, mak tak bagi mandi air sejuk, mak tak bagi aku mencangkung, macam-macam tak boleh kata mak. Pesan mak "orang perempuan nak kena jaga, nak pakai lama" aku ikut kata mak, walaupun aku rasa sedikit terseksa bila tak boleh nak minum ais.
Mr Hubby menelefon aku beberapa kali bagi memastikan keadaan aku ok.
V
V
V
V
V
V
Degil punya pasal masa mak sembahyang zohor aku menyelinap keluar dari rumah dgn adik, dengan selamba dia bawak aku ke bandar, dengan selamba jugak aku beli coke dan tonggang coke mengalahkan orang tonggang bear. hahahahah.

V
V
V
V
V
Malamnya aku sakit perut, perut aku bisa. Tapi tak berani cerita dengan mak kenapa. Aku dgn adik kunci mulut rapat-rapat. Takut kena marah. Mak tel Mr hubby, malam tu jugak Mr hubby datang ke Pekan. Mr hubby risau keadaan aku, Mr hubby tanya aku kenapa tetiba sakit perut? aku diam seribu bahasa. So malam tu Mr Hubby sapukan minyak kat perut aku, esoknya pagi2 Mr Hubby ambik emergency leave,  pagi2 lagi dia dah ajak mak pergi cari tukang urut.Maka berurut ler aku selama 3 hari, sakitnya masa mengurut macam nak tercabut nyawa. Menyesal aku minum air coke tu.Ingatkan tak jadi apa-apa.


V
V
V
V
V
Di sebabkan kejadian tu maka bermulalah Mr hubby tak boleh berjauhan dari aku, Tiap pagi dia akan keluar rumah seawal pukul 7 pagi untuk travel ke Kemaman, petangnya pulak dia akan balik ke Pekan Pahang, Bayangkan betapa jauhnya dia terpaksa travel. Namun tak pernah sekali pon dia bersungut. Thanks sayang...........



nanti aku sambung lagi k.




signature'

7 comments:

Byzura Mj (By) said...

Wah...begitu tabah Kak Tash..saya pun ada kisah..erm belum masih untuk berkongsi :(

Anna Boleyn said...

bagus nya hubby kak tash. concern gilerr... bertuah nya kak tash. moga2 hana nnti dikurniakan suami yang camtu.... hmmm~

enyheartsdiamond said...

baru free..
dpt baca balik..

hubby kak tash sweet sgt!
susah cari org cmni :)

Natasha said...

Bai>>>>setiap manusia ada cerita yang tersendiri

Natasha said...

Farhana.... Insyaallah...amin....moga2 impian hana tercapai

Natasha said...

eny >>>> susah ker?? bukan ada jual 3 longgok Rm 10 ker kat pasar malam?? hahahah

zatilzuhdi said...

dasyat kak tash ciap minum
coke lagi tu..huhu

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM