Pernah tak dengar orang bersalin dalam air? Mengikut kajian bersalin dalam air ni akan mengurangkan kesakitan.Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.
Macam ni ke rupanya bersalin dalam air?
v
v
v
v
v
v
v
Kalau beginilah rupanya keji sungguh kan?? hahahahahah
Kaedah bersalin dalam air ni sebenarnya telah ditemui pada tahun 1960 an lagi, tetapi tidak banyak dilakukan kerana masa tu masih kat peringkat ujian lagi.Sekarang kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.
Tetapi dekat Malaysia ia masih lagi dianggap sesuatu yang pelik, Jika ada pun yang nak bersalin dalam air adalah ibu2 berbangsa Inggeris yang mengikut suami mereka ke Malaysia, dan satu-satunya Hospital yang mempunyai kelengkapan ini adalah Pantai Medical Centre Bangsar, yang telah berjaya melakukan 2 kelahiran di dalam air.
Mengikut kajian juga posisi terbaik untuk melakukan kelahiran didalam air ialah dengan posisi bertinggung (doggy style) ha!!! korang jangan ingat aku nak melucah pulak!!Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut semuanya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri. Wah boleh berenang bersama2 pulak.
Rata-rata, kajian demi kajian menangkis banyak salahfaham terhadap proses melahirkan anak di dalam air ini. Persoalan-persoalan seperti – “tak lemas ke anak tu?”, “nanti penuh darah dalam kolam tu”, “bagaimana dengan jangkitan kuman, kan lagi senang dalam air?”
Faktanya – Antara kelebihannya bersalin di dalam air
- Tidak ada peningkatan kepada risk of infection, malahan bayi yang dilahirkan secara waterbirth mendapat lebih protection terhadap “aspiration pneumonia”. Bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. So ada kes di mana apabila bayi dilahirkan, ia terus menyedut udara dengan kuat menyebabkan sisa-sisa amniotic fluid dan kotoran lain disedut oleh bayi menyebabkan terjadinya “aspiration pneumonia”. Tetapi kelahiran di dalam air, membolehkan bidan membersihkan muka bayi terlebih dahulu sebelum mengangkatnya keluar, sekaligus mengurangkan risiko aspiration pneumonia.
- Sepertimana yang dikatakan, bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Kronologinya adalah setelah bayi dilahirkan, attendan/ibu/suami membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air, seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan “bayi lemas di dalam air”.
- Juga, first-time mother yang melahirkan anak di dalam air memerlukan masa yang lebih singkat. Mungkin air tersebut menenangkan fikiran yang cemas, atau mungkin menyegarkan badan yang penat, tidak diketahui, cumanya yang pastinya proses kelahiran lebih singkat.
- Kurangnya keperluan pada episiotomy. para2 ibu yang pernah melahirkan anak tahu kot apa episiotomy nih. Hoho. Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk stretch.
- Dan yang paling beneficial, adalah majority ibu yang melahirkan anak di dalam air ini tidak perlukan painkiller. Hanya 5 percent je yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% ibu meminta diberi epidural.
(fakta: credit kepada leokid)
Satu lagi kelebihan melakukan kaedah ni kerana ia dapat mengurangkan pengambilan Epidural (ubat penahan sakit yang akan disuntik kedalam tulang belakang). Cuma 5% ibu2 yang bersalin dengan cara waterbirth ini memerlukan epidural berbanding 66% yang akan menggunakan epidural apabila melakukan dengan kaedan bersalin secara normal. So korang bolehlah fikir2kan yer. Apa pun yang pasti jika Allah memberi aku rezeki untuk mengisi rahim ku ini dengan benih2 cinta...aku mahu Mr Hubby ada di setiap saat detik indah itu. (tak kiralah dia sanggup ker tak) dan yang paling penting aku nak dia sendiri yang bersihkan uri anak dia sebelum ditanam. Kata orang anak yang dibasuh uri oleh ayahnya sendiri akan sangat menghormati org tuanya, akan sangat mentaati org tuanya.... Insyaallah, semoga Allah mempermudahkan jalan aku untuk menimang cahaya mata.
'