Semalam lepas aje entry mengenai Sugar Glider keluar, maka ada yang bertanya apa binatang tu. Malah ada permintaan suruh aku ceritakan tentang haiwan exotic ini. Actually aku pernah bercerita dalam entry2 aku yang lepas tentang SG ni walaupun tak banyak info (click disini), (klik disini)
Inilah Princess DD sewaktu umurnya 3 bulan 3 hari OOP (out of pouch) dan ini bermakna sewaktu gambar ini diambil princess DD baru 3 hari menjadi sebahagian dr keluarga kami.
Sugar Glider atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps (Pet-or- us brev'- ee- seps) Adalah golongan mamalia.Mereka berasal dari Australia, Indonesia, Tasmania dan New Guinea. Sugar Glider mempunyai sayap/kepak dibahagian bawak ketiak/ sisi badannya yang membolehkan ia terbang / mengelunsur diudara. Mereka menggunakan ekor mereka untuk mengimbangi badan sewaktu terbang / mengelunsur diudara. Mereka juga menggunakan ekor untuk bergantung. Sugar Glider mampunyai sepasang mata yang besar kerana ia adalah hidupan nocturnal (berjaga malam-tidur siang).
Memelihara binatang exotic ini tidaklah cerewet jika korang memang suka dan berminat. Cuma korang kena fikirkan tentang kos sahaja. Jika benar2 mahu memelihara dan mengikuti diet mereka, paling kurang minimun sebulan korang kena berbelanja diantara RM 100-150. untuk 2 ekor sugar glider. Ini tidak termasuk rawatan cacing yang harus diberikan 3 bulan berturut2 yang akan diberikan di klinik Veterinar, diikuti dengan setiap 3 bulan sekali. Kos bagi rawatan ini adalah diantara RM 20-35 sekali rawatan untuk seekor Sugar Glider.
Diet untuk Sugar Glider.
- HPW - Ini adalah campuran pollen,protein dan bermacam2 lagi keperluan yang memenuhi (diet lengkap) untuk mereka dan HPW adalah wajib diberikan setiap hari. kos bagi seekor glider untuk membeli HPW untuk sebulan adalah llebih kurang RM20-25.+ manuka Honey RM 38.00
- LC-Vit -Ini adalah sejenis cecair yang perlu untuk dimasukkan kedalam minuman mereka, bagi membantu selera makn dan juga mengurangkan kadar Stress haiwan ini. Sebotol harga dia lebih kurang RM 20 boleh tahan selama lebih kurang 4 bulan
- Dorang macam manusia jugak yg perlukan tibbits /treats. diantaranya ialah Yoguart drops
v
v
v
Harga dia dalam Rm 26.00 untuk 100grm
Ataupun korang boleh bagi dia campuran blueberry + yogurt drops 195grm Rm 39.00
Treats ni ada erbagai jenis tapi yang paling dorang suka nilah dia.
Disamping tu juga dorang memerlukan buah2an segar yang harus dicampukan dengan Glider Booster-RM-19.00 (1oz) yang ni bolehlah bertahan 1-1 1/2 bulan.
Seminggu sekali pulak buah2an itu perlu dicampukan dengan Gliderade RM 16.00 (25grm) yang ni lamalah tahan sebab cuma bagi dia seminggu sekali jer, so tahanlah 8-9 bulan
Seminggu sekali juga kena bagi dia calsium RM 18.00 (25grm),yang ni pon boleh lah tahan sehingga 8-9 bulan.
Kalau Korang bebetul sayang Sugar Glider korang mesti korang nak tengok dia happy bila makan, ni satu lagi benda yang dorang suka makan. Namanya Acacia Gum. yang ni pon ditaburkan pada makanan dorang setiap hari. RM 20.00(25grm). yang ni tahanlah 1 bulan -1 1/2 bulan
Dan sebagai makanan sampingan korang memerlukan Premium Sugar Glider Diet jugak.yang ni korang bagi selalunya waktu siang lah. Bila korang x ada kat umah dan bekerja, so makanan ni gantikan buah2an. Harga dia dalam RM 35.00 (250grm). yang ni tahan sebulan.
Ha!!! kenapa pening kepala ker? hahahah yessss dorang ni sangat high maintenance. so kalau mula2 nak bela tuh sakitlah sikit sebab makanan dornag ni semua mahal. tapi ada yang tahan lama, so puratanya dalam RM 100-RM 150 sebulan ler korang kena spend.
Bagi yang baru nak mula bela pulak korang kena sediakan dia satu sangkar yang tingginya minimun 3 kaki. sangkar ni harga dia dalam RM 120.00. (tak termasuk aksesorinya lagi)
nak tengok yang dah ada aksesori???
v
v
v
Kalau aksesori macam ni, korang kenalah spend lebih kurang RM 200 untuk aksesori sahaja.
Harga untuk sekor sugar glider ialah RM 280.
So untuk stater pack + 1 ekor Sugar Glider at least korang kena spend RM 660-700 (termasuk sangkar, bonding pouch dan semua makanan diatas) -tak termasuk aksesori dalam sangkar tau.
'