.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Rendang peria minang

Pernah tak korang dengar tentang rendang peria minang? makanan ini berasal dari pagar Ruyong Indonesia, iaitu daerah penduduknya di monopili oleh bangsa Minangkabau. seperti ramai yang tahu ramai diantara Minangkabau ini mereka merantau, dan ramai yang bermaustatin di Negeri sembilan. Ada yang berkahwin dengan masyarakat tempatan, ada juga yang berkahwin dengan bangsa mereka sendiri yang telah menetap di Negeri Sembilan. Selain di negeri Sembilan, Minangkabau juga ramai di kawasan Selangor seperti di Gombak, Kampung Baru, Kuala Kubu, Kajang, dan beberapa tempat lagi.

Apa pun aku bangga jadi 'anak Minangkabau'

Uishhh melalut pulak dah. Aku nak cerita pasal rendang peria minang. Selalunya cuma bahan yang berasal dari daging sahaja yang dibuat rendang, tetapi bagi orang-orang Minangkabau, rendang tidak terhad kepada daging sahaja, tetapi sangat meluas seperti sayur2an dan ulam2an. Kenapa? Kerana orang Minang ni suka berhijrah, mereka merantau berbulan2 lamanya, jadi mereka memerlukan makanan yang boleh bertahan lama untuk bekalan sepanjang perjalanan mereka.Salah satu dari nya ialah Rendang Peria Minang


Peria di sagat (dihiris) nipis-nipis. Peria haruslah dari peria yang masih muda kerana peria yang tua mempunyai biji yang keras dan susah untuk disahat (dihiris).


 peria yang telah di sagat (dihiris) kemudiannya digoreng sehingga bertukar kepada kekuning-kuningan / cokelat seperti
v
v
v
v
v





Ramuan didalam ni ialah ikan bilis 200grm, cili api 500grm, bawang besar 3 biji (diblender), sesudu kecil kunyit serbuk, garam secukup rasa - (sukatan ini adalah untuk 1kg peria). Kemudian kesemua bahan yang telah diblender itu digoreng dgn menggunakan minyak lebihan menggoreng peria tadi. Sambal hendaklah digoreng sehingga betul2 garing & bertukar menjadi warna perang / cokelat. Asingkan minyak yang berlebihan dari sambal tersebut. Sambal harus kering sebelum dimasukkan peria yang telah digoreng dan di sangai(meletak diatas api dengan api yang kecil) selama 15 minit. Sira (gaul hingga sebati) sambal dan peria tersebut.



Inilah hasilnya. Rendang peria minangkabau ini boleh bertahan selama 1 bulan walaupun tidak dimasukkan kedala peti ais. So korang bolehlah cuba. Sapa yang suka makan pedas memang sesuai. Selain dari peria ni bagi masyarakat Minangkabau petai, jering, malah ikan bilis pon boleh dibuat rendang. Insyaallah kalau ada masa aku masak yang lain2 tuh nanti aku kuarkan kat blog disamping resipinya sekali.

Selamat mencuba.


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM