Entry ni aku tulis dalam keadaan aku sangat demam, tapi aku nak jugak keluarkan entry nie, aku nak cerita pasal perasaan sedih dan berkabung. Korang semua tentu pernah merasai perasaan sedih dan berkabungkan? tak kiralah atas alasan apa pun. Mungkin gagal dalam pelajaran @ peperiksaan, mungkin gaagal dalam percintaaan, mungkin gagal dalam perkahwinan, mungkin kehilangan org2 yang kita sayang yang telah kembali mengadap pencipta, banyak kemungkinan.
Bila sebut tentang sedih, berkabung, mesti ianya melibatkan airmata, melibatkan sekeping hati yang kononya punah ranah..betul tak? Jawapannya adalah betul dan juga tidak betul. Betul bila ia melibatkan airmata, tidak betul bila ia melibatkan sekeping hati yang punah ranah. Kalau korang tak percaya masa korang tengah berkabung tuh cuba korang pergi buat x-ray aku gerenti hati korang takkan hancur punya, masih tetap dikedudukan yang sama dan bentuk yang sama.
Berapa lama korang perlu bersedih dan berkabung tak kira atas alasan apa sekalipun? sehari? seminggu? sebulan? setahun? (melampau tuh)... selalunya kalau korang perasan dan korang sedar, putus cinta adalah tahap berkabung dan bersedih yang paling lama walaupun inilah benda yang paling bodoh dan paling karut untuk korang tangiskan. So berapa lama korang akan bersedih dan berkabung?
Adakah korang sedar yang AKHIRNYA korang akan berhenti menangis dan berhenti berkabung jugak? selama mana pun korang berduka nestapa korang akan kena jalani kehidupan jugak melainkan korang ambik keputusan nak akhiri hidup korang ni dgn cara bunuh diri, dan sangatlah bodoh kalau korang buat semua nie.
So katalah korang nak berkabung 2 minggu kan? selepas dua minggu korang kena jalani semua seperti biasa jugakkan?? so dari tunggu 2 minggu tuh? buat apa korang nak buang masa? bab2 berkabung dan bersedih ni bukannya ada contract pon? so korg hentikan jer secepat mungkin, sebab masa yang panjang untuk korang berkabung dan bersedih itu boleh korang gunakan untuk buat banyak benda yang berfaedah.
Kegagalam mempertahankan rumahtangga - sebaik sahaja anda kehilangan isteri / suami - setelah puas berusaha untuk mengekalkan perkahwinan itu namun gagal.
- Jangan sesekali menyalahkan diri anda kerana kegagalan itu kerana sikap menyalahkan diri sendiri akan mendorong anda menjadi lebih kritikal.
- Cuba berfikiran positif, jika memang terdapat sekalipun kesalahan anda, maka anggap itu sebagai pengajaran untuk masa hadapan dan jgn lupa memperbaikinya ( x guna keep on blamming ure self)
- Pandang wajah anak2 (sekirannya ada) kalau x ada anak2 pandang wajah ibu bapa (sekiranya ada), jika kedua2nya tak ada, maka pandang lah diri sendiri. Pandang ke dalam cermin dan katakan pada diri anda "aku perlukan kekuatan ini untuk diri aku sendiri kerana jika bukan aku nak menyayangi diri aku siapa lagi yang akan syg pada aku"
- Berhenti dr berduka dan bersedih, kerana bekas pasangan anda belum tentu pun menitiskan walau cuma setitis airmata untuk anda, sedangkan anda menangis dan membuang segala tenaga positive dalam diri anda.
- Katakan pada diri anda " aku tahu aku dah buat yang terbaik...its not me not to deserve him, but he is d one not deserve me"
- Pandanglah segala kebaikan atas kegagalan itu seperti : tanpa dia anda lebih byk masa untuk diri anda, tanpa dia, anda akan lebih byk masa untuk anak2 anda, tanpa dia, anda tak perlu dibebani dgn perasaan cemburu (Tolong hentikan perasaan cemburu sebaik sahaja selepas anda berpisah dgn sidia), tanpa dia, anda tidak perlu runsing memikirkan masalah yang sela ini anda pikul dan byk lagi perkara2 positive yang lain.
**perkara2 tersebut diatas juga boleh anda lakukan sekiranya anda mengalami putus cinta**
Jika anda kehilangan sesaorang yang anda sayang (kembali ke Rahmatullah)
- Jangan menagisi kehilangan itu terlalu lama (berpada-pada dalam bersedih)
- Katakan pada diri anda" semoga berakhirlah segala bebanan dia didunia ini"
- Dan berdoalah " semoga dia juga tidak dibebani di sana nanti"
- Pujuk diri anda dengan mengatakan "aku masih ada peluang untuk bertemu dengannya disana nanti
- kata kan pada diri " dia dah tahu tempatnya disana, cuma tinggal aku yang harus menambah amalan"
Jika anda gagal dalam pelajaran
- Jangan anggap dunia anda berakhir
- jangan anggap hidup anda tiada masa depan
- Pandang disekeliling dan perhatikan ribuan manusia yang berjaya adalah mereka yang tidak berpelajaran
- Usaha dimasa akan datang
- Pandang kegagalan itu dr sudut positive seperti "kalau aku berjaya aku akan ke luar negara, dan dah tentunya tak ada sesiapa yang akn menjaga org tua aku yang tak sihat disini (contoh jer) dan korang sebenarnya boleh pandang ia dr ratusan alasan yg positive
Jika anda menerima berita tentang kematian anda (terutamanya yang sakit dan Doctor hanya memberian anda tempoh yang pendek untuk hidup)
- katakan ppada diri anda, anda bertuah kerana sekurang2nya ada diberi amaran dan anda dapat menggunakan masa yang ada dengan melakukan banyak kebajikan
- Jangan menganggap esok anda akan mati, sebaliknya berikan diri anda alsan untuk terus hidup
- Katakan pada diri anda "aku harus bernafas lagi esok kerana aku masih punya byk impian yang belum tercapai"
- Jangan berhanti berusaha dan menganggap penyakit itu tiada ubatnya ( kerana cuma tua & mati yang tiada penawar)
- Setiap hari sebaik bagun dari tidur, tarik nafas dalam2 menghirup udara segar, dan katakan pada diri anda"alhamdulillah aku masih hidup, dan hidup mati ku di tangan Allah s.w.t.. bukannya ditangan sang Doktor"
Atas apa alasan pun korg di landa kesedihan dan diuji, jangan berkabung terlalu lama.Korang cuma buang masa aje dengan menghabiskan tenaga korang berkelakuan dan bersikap sedih dan rasa'down'. Aku cadangkan untuk mendamaikan hati yang sedih elok kelukaan itu dan kekosongan itu korang tampal dengan pengisian yang lebih baik.
Aku masih ingat lagi, satu masa dulu aku teruk diuji dan diuji... tapi seorang teman telah memperkenalkan aku pada satu buku, tajuk dia 'LA TAHZAN' yang bermaksud 'jangan bersedih' @ 'don't be sad', Alhamdulillah aku harungi hari2 aku penuh dengan ceria..kerana disitu aku jumpa banyak perkara yang tak tercapai oleh akal aku. Aku syoran korang membaca buku tu. beli satu dan bawa kemana sahaja. Jadikan dia 'sahabat sejati'.
La Tahzan
Buku ini merupakan hasil kajian sunguh – sungguh dari penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusannya, hilang harapan , kekecewaan dan berbagai lagi. Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusian, serta melalui berbagai sasaran yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi’in terpilih. Juga ada beberapa potongan baik puisi yang terkemuka. Buku ini merupakan kumpulan berbagai topic yang di susun rapi dan telah di saring serta di ringkas. Ringkasnya buku ini mengatakan kepada anda “Bergembiralah, tenanglah. Bersikap optimislah dan jangan bersedih”.
'