Bersambung dari part 16
V
V
V
V
V
V
V
V
Setiap hari itulah rutin Mr hubby, berulang alik dari Kemaman ke Pekan,dan pekan ke Kemaman. Aku rasa bersalah tapi apa kan daya dia tak sanggup nak meninggalkan aku berseorangan dan dalam masa yang sama aku juga tidak mampu untuk nak berjauhan dengan dia.
Keadaan aku bertambah baik. Bisa-bisa dalam perut juga telah semakin pulih. Aku mengambil keputusan untuk balik ke KL. Sekurang-kurangnya Mr hubby tak lah perlu bersusah payah untuk berulang kerja mcm sekarang. Sepuluh hari aku di Pekan sebenarnya sudah cukup buat aku rasakan aku telah menyusahkan ramai orang. Menyusahkan Mr hubby, menyusahkan adik, menyusahkan mak. Kesian mereka.
Keputusan aku untuk balik ke KL diterima agak berat oleh Mr hubby dan Mak. Tapi dengan ketegasan aku, mereka terpaksa akur. Lantas Mak mencadangkan agar adik menemani aku ke KL untuk beberapa hari.Aku pn balik ke KL dengan hati yang amat berat sebenarnya.Kepulangan aku dihantar oleh Mr hubby dgn pandangan yang kosong dan sayu. hati seorang lelaki tercuit juga tika ini.
Sepanjang perjalanan balik ke Kl, adik aku tak henti2 buat lawak bodohnya untuk menghiburkan aku, namun jauh dala hati ini tiada yang tahu betapa aku sayu, aku kecewa, aku sedih, aku terluka. Aku tahu akan ada banyak lagi rintangan dan halangan dalam perjalanan aku menuju destinasi cinta.
Sebaik tiba di Kl, jiwa aku mula terasa kosong, bukan mudah melalui kehidupan tanpa insan yang aku sayang berada di sisi aku, sangat sukar. Namun aku tahu aku perlu lalui semua ini dgn tabah
Tak sampai 2 hari aku kembali ke rumah, aku menerima satu panggilan telefon dari no celcom di pantai timur, aku sangkakan mr hubby menelefon aku, rupanya bermulalah ketakutan aku. Panggilan pertama dari bapa mertua ku. Masih aku ingat kata-katanya sebaik selepas dia mengenalkan dirinya pada aku sebagai 'aboh Ahmad Syazwan'
AP :Saya nak awak jauhkan diri dari anak saya. Dia masih muda, awak dah berumur, sepatutnya awak lebih berfikiran waras sebelum awak berkawan dengan anak saya, awak pasti tahu berapa usia dia kan?
Natasha:Saya tahu En Ahmad Pauzi.
AP :Saya sangat berharap awak dapat jauhkan diri awak dari dia, dia masih budak2 dan tidak dapat berfikir denagn waras atas apa yang dia lakukan, awak sebagai org yg dah berumur awak perlu fikir untuk kebaikan dia
Natasha:saya cuba En Pauzi.
AP :Saya harap awak faham, ibu dia pon tak dapat menerima awak, saya harap awak faham. ( dan panggilan terus diputuskan)
Aku terduduk dgn panggilan itu. Tidakkah dia tahu, aku telah lama bergelar menantunya. Aku tak sanggup mengakui nbahawa aku telah bernikah dgn hubby aku kerana aku tidak mahu Mr hubby serabut dengan segala persoalan yang akan dilemparkan padanya. Maka ambik keputusan untuk mendiamkan status aku dengan anak lelaki sulungnya. Panggilan dari bapa mertua ku itu telah aku maklumkan pada Mr Hubby, dan Mr hubby cuma mampu memujuk aku agar sabar, mengingatkan aku tentang kasih sayangnya, menjanjikan aku yang dia tak akan mengecewakan aku jauh sekali untuk meninggalkan aku, katanya keputusan dia untuk menikahi aku adalah muktamad, tiada siapa yang boleh menghalang.
Dengan penuh kepayahan aku telan pujukan Mr hubby, Aku pujuk diri aku. Adik yang ada disisi aku juga banyak membantu aku dengan menghulurkan bahunya setaip kali aku berduka. Baru sahaja luka dihati bertaut, adik terpaksa pulang ke Pekan. Aku tahu ini akan lebih menyukarkan aku lagi, namun aku terpaksa laluinya. Aku tidak boleh selama bergantung pada adik untuk mendapatkan kekuatan.
Kepulangan adik aku hantar dengan sedu dalam hati. Nak menangis aku tahan, aku tidak mahu hatinya merasa serba salah meninggalkan aku. Aku perlu jalani semua ini dengan ketabahan. Aku perlu..sangat perlu.
Bersambung