.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

~My Date Night~

“My Date Night”!! Bila tengok jer ayat ni, ada satu kenangan yang menerjah benak fikiran ku. Mana mungkin aku melupakan saat itu. Itulah saat2 pertama cinta aku dengan Mr Hubby berputik.

Perkenalan di alam cyber telah membawa kami ke alam nyata. Dari alam nyata itu telah menerbangkan kami ke alam ciptaan kami sendiri.

Tarikh 11/03/2006 Pertemuan bersama insan bernama Ahmad Syazwan. Pertemuan yang telah membuka satu lipatan baru dalam kehidupan ku. Malam itu,perjalanan yang tidak bermatlamat telah membawa aku ke satu destinasi.Yer!!!! aku telah memandu memasuki jalan untuk ke PD.... alamak wat apa kat PD? ishhhhh x harus!!

Dia pun diam jer bila aku culik dia. Tgk2 jam masa tu baru pukul 2 pagi, so ambik keputusan untuk lepak kat tepi pantai sambil sembang2... takut gak masa tu buatnya kena cekup dgn pencegah maksiat (walhal duduk sembang jer). Nasib tempat kita org lepak tu memang ramai org buat BBQ, so tak ler takut mana pun.

Dalam bersembang itulah macam2 perkara yang disembangkan termasuklah kisah peribadi aku...kisah peribadi dia. Playboy gak mamat ni dari pandangan aku ( x boleh wat calon nie), tapi hati aku tersentuh bila dia bercerita tentang kisah cintanya yang kecundang kerana 'gadis' itu mempermainkannya. dalam hati " kalau aku diberi peluang luka-luka itu akan aku tampal, akan aku rawat, akan jaga agar tidak berdarah dan tiada berparut" ecewahh!! weii siyes ar..mmg nilah yang aku cakap dalam hati aku. Kenapa aku boleh berfikir mcm tu aku pun tak tau.




Sedar2 dah pukul 6 pagi, dengan mata yang mengantuk dia ambik alih memandu kereta. So sepanjang perjalanan itu aku dibuai mimpi indah. Sedar2 dah sampai tol Sg.Besi (6.50am masa tu) aku terjaga dan terus tanya dia "kita kat mana dah?" dengan selamba dia jawab "kita dah sampai destinasi cinta kita" ishhhhh mamat ni apa kes? aku terus jer sambung pejam mata, baru nak terpejam aku terasa ada orang usap rambut aku dan cakap"kalaulah i boleh temankan hari2 u, i akan temankan u dengan seluruh kasih sayang i" terkedu aku, terus jer aku tak jadi nak tido. Aku tanya dia apa yang dia cakap tadi? dia kata "ikrar untuk diri sendiri" ishh tak faham...tak faham...So sweet!Pertemuan itu berakhir selepas dia menghantar aku pulang dengan janji untuk menemui aku pada malam ini - 12/03/2006.

12/03/2006- Dia drive mlm tu aku tgk macam org yg sedang memikirkan sesuatu. Dia diam tak banyak cakap. Masa dinner pun dia diam jer, tak banyak cakap. Pelik gak. tapi aku fikir mungkin sebab dia penat seharian tak tido.

Lepas dinner dia bawak aku ronda2. jauhnya perjalanan malam tu adalah sebanyak 175km,destinasi >> kelang jer... kenapa boleh sampai 175km? sebab dia punya pusing & pusing bwak aku meronda. Katanya ada perkara yang dia nak cakapkan, tapi aku tgk dia diam jer.... ishhhhh

Bila sampai kat kelang... kat tepi laut tu barulah dia luahkan apa yg terbuku.

Hubby>>> I ada benda nak cakapkan dengan u

Natasha>> Cakaplah ( nada paling tak romantik)

Hubby>>> I jatuh cinta

Natasha>> uik dengan siapa? ( dalam hati sedih giler )

Hubby>>> Susah nak cakap lah dear sebab i tau kalau i cakap dengan perempuan tu for sure dia tolak i mentah2

Natasha>> Mana u tahu dia tolak kalau u tak luahkan ( dengan penuh ketidak ikhlasan memberi nasihat)

Hubby>>> Sebab dia jauh lebih matang dari I.

Natasha>> (aku x kisah pon kalau org tuh aku) >>>dalam hati jer ler

Natasha>> U luahkan dulu, selebihnya biar takdir yang menguruskannya ( lagi tak ikhlas )

Hubby>>> Kalau u, u terima tak kalau org tu muda dari u?

Natasha>> Y not? as long as jgn ler sampai 8-9 tahun beza

Hubby>>> Itulah masaalahnya. sebab i jauh 11 tahun dari dia

Natasha>> (dah tentu bukan aku tu sebab aku cuma 6 tahun beza dari dia)>>masa tuh dia mengaku dia 25 tahun so 6 tahun muda dari aku

Natasha>> Apa pun u cuba luahkan dlu, then baru u tahu apa penerimaan dia

Hubby>>> Alah sedangkan u x boleh terima apa lagi dia kan

Natasha>> (kalau dh jodoh aku..aku terima jer) >> dalam hati gak...gila korg nak aku ckp cm tu kat dia??

Natasha>> Masaalahnya dia bukan i, so u jgn samakan dia dgn i.

Hubby>>> lagi problem sebab i dah tipu dia pasal umur i. dia ingat i x jauh muda dari dia, kalau dia tahu i 11 tahun beza dari dia, mesti dia x nak kan! kalau u, u terima tak?

Natasha>> Kalau itu jodoh i, i terima..walaupon mgkin terpaksa ambik masa untuk menerima perbezaan tu

Hubby>>> **terus pegang tangan Natasha seraya berkata " so u terima i ler"

Natasha>>I m speachless!! (tangan masih lagi erat kena genggam)

So perjalanan diteruskan dengan 2-2 tak bersuara. masing2 melayan perasaan. Jam kat dashboard kete plak menunjukkan pukul 12.30am. terasa kereta yang dipandu mlm tu berat sangat, seberat hati we all berdua.

Sampai hotel untuk menghantarnya balik, lagi lah laju air mata aku...kenapa? sebab sebenarnya aku dah mula sayangkan dia, cinta tu mgkin masih terlalu awal, tapi aku x dapat nak memikirkan mcm mana hubungan kami lepas tuh.






8 Mei 2006 .... satu sms yang menggetarkan jantung aku " be there in 10min time" dada aku berdegup makin kencang. Sebaik dia sampai aku meluru keluar dari rumah, kami g makan, tapi aku lihat dia banyak diam dari berbicara. Berubahkah dia? argggggg!!! lelaki! makanan kat secret recipe yang menjadi kegemaran aku terasa berduri untuk aku telan bila dia bersikap dingin.

Dengan tiba2 seorang pelayan menghantar kek kegemaran aku Tiramisu! nyum..nyum.. Pelik jugak aku x order pon Tiramisu tuh, dan kalau Mr Hubby yang oder macam mana pulak dia boleh tau itu kegemaran aku? tapi mcm mana aku nak makan dalam keadaan aku sedang tak berselera bila berhadapan dgn kekasih hati yg ku lihat telah berubah. Dalam keadaan aku bersoal jawab dgn diri sendiri tetiba dia memecahkan kesunyian " I harap ini adalah pertemuan kita yang terakhir sebagai kekasih" aku tercengang!!!! kecewakah aku dengan kenyataan nya itu?? sedihkah aku?? Dada aku seperti dihimpit diantara langit dan bumi ketika itu!!!!!

Apa sebenarnya yang berlaku pada dia?

Bergenang air mata aku bila kata2 itu masuk menekap di gegendang telinga ku. Hati aku hancur bagai kaca yang terhempas di batu. Aku cuba kawal perasaan itu. Semahunya ku cuba kawal kecewaan, aku tahan manik2 mutiara dari jatuh berguguran.

"Makanlah kek kegemaran u tu" tiba2 dia bersuara. Aku cuma mampu tersenyum dalam kehancuran.Dalam hati aku menerit" Tidak kah kau tahu yang sekeping hati ini telah hancur, dan kau telah mematikan segala impian aku dalam sekelip mata" Jeritan hati ku mati bila dia tiba2 bersuara " I minta maaf kerana terpaksa buat keputusan ini, dari kita terus begini dan akhirnya kecewa, i rasa cukuplah setakat ini"

"Wahai lelaki cukuplah kau dera perasaan aku ini, cukuplah kau dustai sekeping hati yang amat2 menyayangi mu...cukup....cukup...!!! " tapi syg dia tak mungkin mendengar segala keluhan itu kerana ia cuma memekik di dalam hati aku yang dah bersepai....

Dengan penuh lakonan aku capai piring yang berisi Tiramisu kegemaran aku. Aku capai sudu dan aku suakan ke mulut sedikit demi sedikit. Tiramisu itu terasa penuh berduri melepasi anak tekak ku. Lantas aku bertanya " dari mana u tahu i sukakan tiramisu?" sekali lagi aku cuba membuang segala kelukaan itu, sekurang2nya aku tidak mahu dia tahu aku sangat kecewa. " Dalam kereta u, ada banyak resit kek..dan semuanya adalah Tiramisu" sambali tersengih dia menjawab.

Aku suakan lagi Tiramisu ke mulut, tiba2.................... aku seperti menyedari ada yang tidak kena pada Tiramisu yang baru aku suakan ke mulut, ada sesuatu di dalam cebisan kek tersebut!! Sebaik aku keluarkan cebisan itu aku tergamam, kenapa semua ini berlaku?? Kalau cuba untuk membunuh aku sekali pun, tak perlu membuat kejutan drastik ini! Sebaik aku keluarkan apa yang aku tarik dari dalam mulut aku dapati ia adalah sebentuh cincin. Aku lihat wajah didepan aku tersenyum puas." Ini adalah pertemuan kita yang terakhir sayang sebagai kekasih kerana lepas ni i nak kita bertemu dalam keadaan u bergelar isteri i"

Aku tergamam. Air mata yang cuba ku bendung akhirnya mengalir juga. Tangan2 yang mengenggam tgn aku hampir 2 bulan yang lepas kini mula menyentuh pipi aku dan menyapu air mata yang mula lebat turun ke pipi ku.

Dan sejak malam itu aku mengira dan menghitung hari untuk menghabiskan sisa2 hidup ku bersamanya, dan kini "we are together". Segalanya bermula dengan "My date Night"

Bila terpandangkan tajuk movie "My date Night" ia terus mengingatkan aku kepada apa yang berlaku pada aku. Kalau dapat tengok movie ni dan mengulangi semula keindahan "My date Night" itu alangkah indahnya.
So kepada sesiapa yang mempunyai kenangan "Malam Janji Temu @ My Date Night" jom kongsikan pengalaman korang kat sini. Mungkin dengan perkongsian ini korang bakal memenangi tiket untuk menonton cerita "My Date Night". Nanti bolehlan pergi bersama2 pasangan korang dan alami sekali lagi date night yang indah. Untuk keterangan lanjut klik disini


poster


signature

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM