Jodoh pertemuan semuanya kehendak Pencipta, tapi kita juga diminta agar berusaha, bukan sekadar meletakkan semuanya pada jodoh, dan kemudia menyalahkan tadir jika berlaku kegagalan dalam hubungan itu.
Dalam zaman yang serba maju ini wanita dah semakin hebat, malah ada ramai wanita yang lebih hebat dr lelaki, bukan aku bermaksud merendah2kan lelaki, tetapi secara logiknya pun perempuan lagi ramai dari lelaki, so tak salah lah kalau aku katakan perempuan yang bijak lagi ramai dr lelaki. Tetapi kadang kala dalam pencarian cinta itu, tetiba korang akan bertemu dengan sesaorang yang sangat mempunyai 'opposite personality' dari korang, so bagaimana korang nak menangani masaaalah ini. Maksud aku tentang 'opposite personality' disini ialah, contohnya :
- Korang sangat adventure, tahu banyak benda, tetapi pasangan korang naif dalam banyak hal, termasuklah soal barang2 yang branded, soal makan2 ditempat yang hi-class, segi pemakaian dan lain2
- Korang tergolong dalam golongan yang bijak/cerdik tetapi pasangan korang dalam kategori sebaliknya
- Korang sangat suka melancong / berjalan sebaliknya sidia bukan tak suka, tapi ada rasa rendah diri kerana naif tentang banyak benda
- Korang sangat berfesyen, sebaliknya sidia hanya biasa2 aje, malah lagi teruk jika disuruh sidia menggayakan baju untuk ke pasar malam dan dinner, sidia tak dapat nak membezakan.
- Agaknya kalau dibawa ke western wine & dine restaurant lagi teruk bila sidia tak dapat nak bezakan apa itu medium, row medium, well-done.
Itu diantaranyalah. Jika korang jumpa pasangan seperti diatas, tetapi hati dah terpaut adakah korang akan menukarkannya jadi seperti korang? atau dalam kata lainnya mengajar dia agar jadi lebih cerdik dan terbuka? atau membiarkan dia dengan 'kekurangan'nya itu atas alasan korang tak kisah, wal hal dalam hati korang ada sekelumit rasa tergugat andainya pasangan korang tuh bijak nanti, mungkin peluang untuk sidia mendampingi org lain lagi terbuka luas. Sanggupkah korang meneruskan kehidupan dengan sesaorang yang tidak bijak hanya kerana menjaga kepentingan korang agar tidak kehilangannya? Apakah topik perbualan korang berdua bila bersama, andainya banyak benda yang tidak boleh disembangkan? Tidak malukah korang bila membawanya dalam majlis bersama kawan2 korang andai dia tidak boleh nak berbual tajuk & topik yang disembangkan( tambah teruk kalau pasal benda yang dia tak tahu & dia memang tidak tahu byk benda), sanggup ker korang pergi kemana2 sahaja, korang harus bergantung pada diri sendiri seperti membuat tempahan hotel sebab sidia tidak tahu bagaimana mahu menempahkan hotel, order makanan kerana banyak sebutan2 makanan yang sidia tidak pandai menyebutnya, kalau ke luar negara korang yang harus berkomunikasi memandangkan sidia tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa mereka.
Kalau ini yang berlaku pada aku, aku tak sanggup nak hidup dgn pasangan yang kekal dengan 'kekurangannya' itu. Aku akan cuba yang terbaik untuk ajar sidia agar jadi lebih terbuka, agar lebih cerdik agar aku boleh bergantung dgn sidia, berbanding dgn sidia bergantung dgn aku. Aku perlukan pasangan yang aku boleh sembangkan apa sahaja topik, aku perlukan sesaorang yang cerdik, boleh berfikir, mahukan kehidupan yang lebih maju, agresif, pandai membawa diri dan yang paling penting sidia 'JANGAN MEMALUKAN AKU'
<<<<<<---------- sebab aku tak sanggup nak jadi macam ni