Gambar ni ehsan paklong aku, PakLong Google
Sebagai contoh macam aku ni, beli laptop adalah sesuatu yang 'alah membeli menang memakai'. kenapa? sebab masa aku beli tuh memanglah aku 'kalah' dengan pujuk rayu cina kat low yatt tu, tapi aku menang memakai, manakan tidak, laptop ni cuma off bila mata aku terpejam jer, dari aku bangun tido sampailah aku masuk balik tido barulah dia berehat, hahahah online tegar. ishh!!
Contoh2 lain maksud 'alah membeli menang memakai' ialah
v
v
v
v
v
Ini Kalau kena dekat Malaysia memang dah kena soal siasat dengan JPJ dah ni, tapi memmang 'alah membeli menang memmakai'. Manakan tidaknya? untung tu sapa yang sewa lori ni, sebab boleh disumbat banyak2 cam ni, kurang harga delivery kan?
Sesiapa yang nak 'alah membeli menang memakai kereta, korang bila balik kampung tuh bawak2 lah tolong mak ke, nenek ke, mak sedara ke, bapak sedara ke angkat kelapa, isi penuh2 cam ni. baru berbaloi nilai kereta yang korang bayar installment setiap bulan kan.
Perghh! sesiapa yang ada kedai tayar elok dan amat disyurkan buat mcm ni, especially bila nak kitar semula tayar tu, jimatlah kos sewa lori, diesel, tol, masa. Barulah 'alah membeli menang memakai'.
Selain mengangkat kelapa, jika perlu korang boleh gunakan untuk angkat kayu getah atau kayu balak, jadi kereta yang mahal2 tu berbaloilah dibayar dan dibeli, bukannya sekadar buat hiasan kan?
Ini pun contoh terbaik, bukannya dimuatkan dan dipadatkan dengan barang2 tapi turut di muatkan dgn orang lagi, hanya dengan sedikit kreativiti, silap haribulan keliling lori boleh diletak penumpang.
Kalau malam minggu dan hari minggu jgn biarkan kereta tu beehat tanpa aktiviti.Rugi!! sebab pakai atau tidak setiap bulan pasti kena bayar loan jugakkan, so apa kata bantu kawan2 yang berniaga pasar malam, atau buat part time untuk pindahkan barang bagi yang nak berpindah rumah, at least ada gak side income kan?
Bagi pengguna motosikal seperti Aus, ha! ini satu idea yang baik jugakkan, berniaga ayam, jgn jadi bapak ayam cukup. Hahahaha (Aus jgn mareeee ha)
Sesiapa yang bekerja dekat kawasan KL, memandangkan sekarang ni jalan di KL selalu jam, tol pun makin naik, minyak pun mahal, apa kata jadikan ini sebagai idea sebagai cara2 carpool yang paling menarik.
Bagi pengguna Basikal pulak uanya bukan alasan tak boleh berjaya sebagai bapak peniaga ayam. boleh jer, pepatah melayu juga mengatakan 'kalau hendak seribu daya, kalau tidak seribu dalih'
Kalau agak2 barang tu besar, tapi korang cuma pengguna motosikal dan basikal jgn bimbang, ingat satu lagi pepatah melayu mengatakan 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' so jadikan berkotongroyong itu satu amalan.
So tunggu apa lagi?? aku nak caboTTTTTTTTTTTTTT sebelum korang kejar aku kerana memberi idea paling kreative ni kat korang. Alah katakan je yer bahawasanya korang amat cemburukan kebijaksanaan aku untuk memberi idea2 ni kan?
'