.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kenapa 'RAHIM' mereka yang dipilih?

Aku menangis tengok gambar2 ni.Hati aku amat tersentuh.Kerana apa? kerana aku yang beria-ia nak. Tertunggu-tunggu tapi dorg ni macam tak ada perasaan jer buat macam ni. nak kata binatang, binatang tak ada akal, nak kata syaitan / iblis, dorg x buat mcm ni aku rasa. Dah tu kita nak panggil dorg ni apa yer??

Kalau korang sanggup tengok, korang tengoklah tapi aku rasa nak menitis air mata
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg.

Aku berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan.
Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.


Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. 


Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.

 Suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman



Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
  • Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH)
  • Hospital Besar Singapura (SGH)
  • Hospital Universiti Nasional (NUH). 





Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.


Aku bayangkan jika janin itu yang sedang ada dalam rahim ku......... Ya Allah bila kan kau kurniakan nikmat ini sekali lagi pada ku Ya Allah?





signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM