Entah kenapa aku teringat pada dia yang pertama. Kehadiran dia masih segar dalam ruang ingatan ku. Waktu itu ramai yang mengejar2nya. Maklumlah tengan fofuler. Berebut rebut org nak memilikinya. Bangga bila berada disisinya. Terasa diri inilah yang paling bahagia. Terasa diri inilah yang paling hebat.
Kerinduan makin bertapak dihati. Siang dan malam cuma dia di dalam ingatan.Rasa ingin berada disisinya, memilikinya, menyentuhnya selalu berlegar diruang angan ku.
Dengan ketinggian yang cukup, bentuk badan yang menarik pasti sesiapa jua akan jatuh cinta.ishhhhh itulah kenangan cinta pertama ku.
Kata orang cinta pertama itu indah. kata orang kenangan cinta pertama itu selalu dalam ingatan. "the first cut is always the deepest" benarkah? Tapi bagi ku ianya masih segar dalam ingatan, tambahan mengenangkan kali pertama kami bersentuhan..auwwwwwwww bahagianya.
Cinta pertama yang ku
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nokia 232.
Bukan mudah mahu memilikinya saat tuh Hp ni aku beli tahun 1995 dengan harga RM 2000++. Kalau sekarang dgn harga tuh, korang dah boleh pakai canggih punya HP kan... tapi itulah, walaupun ianya tak canggih masa tu, tapi ia kekal dalam ingatan ku, kekal dalam sanubari aku kerana dia cinta pertama ku.
'