.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tanggang era 2000



Ibu....
Ibu....
Engkaulah ratu hati ku...
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Mendengar lirik lagu diatas apa yang muncul dalam pemikiran kita? Tentunya tentang Ibu. Ibu membawa maksud wanita yang melahirkan dan membesarkan anak yang dilahirkan. Tapi dalam zaman serba maju ni, dengan teknologi yang serba canggih ini, perasan tak korang ramai antara kita menjadikan teknologi itu sebagai pemisah antara kita dan ibu kita. Kenapa aku cakap mcm 2?



  • Handphone - kita gunakan hp untuk call Ibu kita, walaupun setiap hari, tapi kita lupa dalam sekeping hati seorang Ibu itu mengharapkan dapat melihat seulas bibir anaknya bergerak berbicara, bagi kita mungkin sudah cukup sekadar berbicara di dalam telefon tapi kita lupa hati Ibu, dia merindui anaknya lebih dari itu. Sms- Dengan teknologi ini jugak kita sms mereka bertanyakan khabar, cuba fikir, cukupkah merawat kerinduan seorang ibu hanya dengan tulisan2 kaku itu? Lagi teruk dengan MMS, G3, dia main hantar gambar dengan video call je! Apa korang fikir cukup ker?


  • Computer - Yang ini lagi melampau tahap dewa, bagi yang duduk luar negara oklah acceptable, ini bagi yang duduk dekat, sorang KL, sorang Kelang. Bayangkan jumpa ibu hanya melalui webcam? Apakah perasaan ibu itu bila tak dapat nak menyentuh anaknya, membelai anaknya? korang tau tak? bagi seorang ibu, walau setua mana pun anaknya itu tetap kekal 'baby' padanya?
Cuba letak diri korang kat tempat seorang ibu? apa perasaan korang semua andai anak2 korang melakukan hal2 sedemikian pada korang? Apa korang nak jadi cam si tanggang @ malim kundang ni ker?
v
v
v
v
v




Pesanan pada yang lelaki
  • Selalu2 lah balik tengok ibu korang, syurga korang kekal dibawah telapak kaki ibu
  • Ingatlah tempat pertama dan ke2 dalam hati tu milik ibu korang, kalau ada isteri letakkan kat tempat ke3
  • Izinkan isteri korang balik tengok ibu dia, walaupun syurga dorang terletak kat bawah tapak kaki korang (suami), tapi korang kena ingat tanpa ibu yang melahirkannya, korang takkan dapat pasangan korang pada hari ini.
  • Berilah pelukan dan ciuman pada ibu korang. Ini satu lagi yang aku perasan, anak lelaki sangat susah nak peluk cium ibu dorang! kenapa ini berlaku? sudah lupakah korang tentang belaian ibu korang masa korang masih kecil?
  • Bagi hadiah @ duit pada ibu korang.Untuk pengetahuan korang ibu korang memang tak harap semua ni, cuma ambil lah hatinya,dan sebagai tanda penghargaan korang kat dia, selepas beribu duit dia habiskan untuk besarkan korang, susah ker nak hulukan setakat RM 100 sebulan pada ibu korang. jangan terlambat macam cerita Malim Kundang @ Tanggang sudah, bila kapal2nya menjadi batu. takkan korang nak tunggu duit dan harta2 korang menjadi batu jugakkan.
  • Ucapkan terima kasih pada suami bila suami bagi kebenaran korang balik ziarah ibu korang, kerana kalau suami tak izinkan, korang tak boleh balik walaupon saat itu ibu korang tengah nyawa2 ikan
v
v
v
v
v
v
v




Pesanan pada yang perempuan
  • Jangan cemburu bila suami sayangkan ibunya lebih dari korang, korang patut bangga, sebab dia ank yang baik, Cuba korang fikir logik akal macam ni, kalau dia boleh sayang korang lebih dari ibunya yang dah mengandungkannya selama 9 bulan, melahirkannya dgn penuh kepayahan, membesarkannya dengan penat dan jerih dia boleh tumpahkan kasih lebih kat korang melebihi ibunya, tak mustahil dia jumpa wanita lain, dia boleh tinggalkan korang yang hya beberapa tahun aje hidup dengannya. so fikirlah sendiri yer!!!
  • Hormati Ibu mertua seperti ibu korang sendiri.korang kena ingat syurga suami korang kekal dibawah tapak kaki ibunya, takkan korang nak tengok insan yang korang cintai menjadi penghuni neraka?
  • Jika suami korang jenis yang tak ambik kisah mengenai ibunya, jgn korang berseronok pulak, tapi nasihatkan dia balik jumpa ibunya, ingat2kan dia agar selalu bertanya khabar ibunya.
  • Peluk cium ibu mertua korang macam ibu korang sendiri sebab kalau tak ada dia, korang tak ada pasangan korang sekarang. Takkan korang nak suami korang jadi macam si tanggang @ Malim Kundang?
v
v
v
v
v
v
v


Walaupun mungkin cerita si Tanggang @ Malim Kundang ini sekadar dongengan, apa salahnya kalau korang ambik moral of the story? pengajarannya disini ialah korang jangan sesekali derhaka pada ibu. bayangkan jika ibu korang tak halalkan walaupon setitik dari susunya yang korang minum? Ishhhhh tak mo pikir lah.takut!!!!

So jadilah anak yang baik, kerana seorang anak yang baik hidupnya selalu didalam doa ibu, dan doa ibu itu adalah doa yang di makbulkan

signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM