.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mentality orang melayu

Terpanggil aku nak menulis bab mentality nie setelah membaca satu blog yang menjadi diantara blog'fav' aku. Blog sapa lagi kalau bukan blog :::BAI:::

Macam2 cerita mentality dia ceritakan kat situ tapi aku plak tak mo ler kacau periuk nasi Bai, cuma aku nak menketengahkan MENTALITY ORG MELAYU DALAM BAB2 KAWIN.


Bila perempuan berumur bersuamikan lelaki muda

Sekarang nikan dah macam trend ramai perempuan yang dh berumur x kira anak dara atau janda yang berkahwin dgn lelaki muda belia. Bila ni terjadi mesti ramai yang akan cakap " ish perempuan tu tak sedar diri betul, lelaki yang dibuat suami tu dah pangkat adik / anak dia dah kan" lagi teruk bila ada plak yang cakap "tu mesti lelaki tuh dah kena mandram (jampi) dgn perempaun tuh, kalau x masakan lelaki muda tu buta nak pilih perempaun tua" lagi sadis bila ada yang buat tuduhan melulu " ish tu mesti anak ikan dia kan" tak pon org akan kata "alah lelaki tuh mmg lah nak kan perempuan tu sebab harta jer bukan nak kat perempaun tu"

Tapi dorang lupa erk, Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w juga menikahi wanita berusia, adakah ini bermakna Nabi di bomoh/dijampi? adakah itu bermakna isteri Baginda x sedar diri? Adakah ini bermakna Baginda gilakan harta? PASTI TIDAK KAN!!!
Kenapa mereka tidak melihat kejadian ini sebagai satu fenomena 'takdir kehidupan'. susah sangat nak muhasabah diri mengatakan" alhamdulilalh itu jodoh mereka, lebih baik dari mereka bergelumang dgn dosa"


 Bila perempuan muda bersuamikan lelaki tua
Kawin lelaki muda salah so kawin plak dgn lelaki yang tua. Apa ingat tak kena kata ker? Ada plak background muzik yang berdendang mengatakan "tak sedar diri! kambing tua nak makan pucuk muda" @ "perempuan tu bukan nak lelaki tu, dia nak harta lelaki tu jer" @ "Rumah kata pergi, kubur kata mari ada hati nak kawin perempuan muda" @ "alah silap2 ari bulan laki dia keluar pintu depan bini dia yang muda tu keluar pintu belakang" @ " bini dia tuh dah pangkat anak / cucu dia dah.. dasar tak sedar diri dah tua" dan bermacam2 lagilah tanggapan masyarakat.

Siapa mereka nak menghakimi pasangan tersebut. Entah2 dorg lebih bahagia. lelaki yang tua sgt sygkan isteri mudanya kerana wanita itu membuatkan dia rasa kembali muda / wanita itu amat bahagia kerana lelaki yang berusia byk pengalaman, pandai menjaga hati, sangat memanjakan dia. Sia jer masyarakat kita wat dosa kering.



Bila pasangan kawin sama usia

Ada jugak yang berbunyi "sama2 muda boleh ker teraju rumah tangga?" @ "cam mana nak hidup 2-2 baru grad, gaji kecik, baru start keje?" @ "susah kawin sama umur ni.. sama2 panas, susah nak bertolak ansur"

So semuanya x kena..... apa yang kena erk? bagi aku senang jer korang yg nak kawin, korg yg lebih mengenali hati budi pasangan korang, tak kiralah apa ajer perbezaan korang, warna kulit, bangsa, agama, usia, kedudukan, paras rupa, itu semua jika menjadi indah di mata pasangan dan pasangan boleh menerima seadanya then Y not? kita bukan nak hidup dgn simpati masyarakat, kita yang nak menerajui hubungan & perkahwinan itu, masyarakat cuma mampu melihat dan berkata2 tapi yang mendayung nya kita sendiri. So fikir2kan lah yer.

Bila kenal2 terus kawin

" ish silap ari bulan perempuan tuh dah mengandung, sebab tuh tergesa2 nak kawin" @ "alah perempuan tu dah ditebuk tupai so bila ada jer lelaki yang nak dia main tangka muat jer" @ "lelaki tu dah jadi bujang terlajak so x tahan org kata dia gay so demi nak buktikan sbb tuh dia kawin walaupon baru jer kenal dgn perempuan tu"

Hebat2 mulut masyarakat. kalah mulut Sarimah Ibrahim yang laser tuh

Bila kenal bertahun2 tapi tak kawin2
"entah yer entah tak lelaki tu nak kat dia, berapa tahun dah dorg bercinta tapi tak gak nikah2" @ "ntah2 lelaki tu nak buat main2 jer kot" @ "tak rasa dorg akan kawin sebab kalau dorg nak kawin dari dulu lagi, ni dah bertahun2 mcm tu jugak"

Masyarakat ni nak tolong sponser ker majlis kawin tu, byk sangat cakap.. gi jaga tepi kain sendiri lah dulu sebelum nak kecoh hal org lain..semuanya tak kena.


Korang kalau nak tgk lebih banyak lagi entry kisah mentality org melayu ni cuba g intai2 kat blog ::Bai::



*** so aku antara mangsa yang menjadi isu bila berkahwin dgn hubby aku...tapi "ADA AKU KESAH?"***

signature'

4 comments:

Byzura Mj (By) said...

betul tu kak...wah!!! siap promote blog by tu...ekekeke..kalo macam ni kena amik comission dari kak Tash la untuk entry ni..hahahaha!

Natasha said...

commision erk bai..wekkkk

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

kak...mak saya paksa saya tawen ngan awek jual nasi lemak..tapi awek tu dah ada boifren...

Natasha said...

alvin>>alalalal ciannya..meh akak pinnag alvin tuk makcik jual karipap nak??hakhakhak

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM