.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Aku & Dia Part~~3

Sambungan dari part~2
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Malam tu aku tak lena tido, tertanya-tanya apa dia buat? dah tido ke belum? sedang memikir-mikirkannya tetiba telepon aku berbunyi. Ishhhh sapa kacau malam2 buta nie,tunggu ler siang2 celik baru call. Usha2 no tgk2 Mr Hubby yang call."Wah dia sudah tangkap rindu" detik hati aku.

Natasha>>>> Hello...
Mr Hubby>>> Hello..dah tido?
Natasha>>>> hurmm dah hampir terpejam mata (menipu nak cover diri tgh fikir sal dia)
Mr Hubby>>> I ganggu ker?
Natasha>>>> Taklah..cuma terkejut u call mlm2 ni
Mr Hubby>>> Sorrylah I x dapat tido, ingat nak ajak u kuar g minum.
Natasha>>>> Boleh gak (sambil lupa tadi menipu dah nak terpejam mata)
Mr Hubby>>> Tadi kata dah nak tido?
Natasha>>>> (kantoi) Tak pe.. tetamu dari jauh dtg jumpa kita, kita kn lah entertain, dalam masa 15 minit i sampai k (terus letak telepon sambil melompat2 suka>>burukkan perangai aku)

Aku pun apa lagi.. siap2 terus g ambik Mr Hubby, nasib antara rumah aku dgn hotel Mr Hubby tak jauh, so x sampai 10 minit aku dah sampai.Sampai aje aku terus sms Mr hubby bagi tahu aku ada kat lobby
Sampai jer Mr Hubby kat kereta, dia buka pintu terus dia sound aku "wah expressnya u sampai" dengan muka yang menahan malu akibat gelojoh (gelojoh ker aku) aku terus jawab dgn muka selamba "malam2 jalan KL tak jam" hahahahahha poyo tak?
Teruslah aku memandu tanpa arah, ronda2 pusing KL, lepak minum kat kat Sri Hartamas, lepas tu pusing2 lagi dengan kereta sampai x sedar aku dah masuk lebuhraya selatan. Mana aku nak pergi erk?
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Yer!!!! aku telah memandu memasuki jalan untuk ke PD.... alamak wat apa kat PD? ishhhhh x harus!!
 Dia pun diam jer bila aku culik dia. Tgk2 jam masa tu baru pukul 2 pagi, so ambik keputusan untuk lepak kat tepi pantai sambil sembang2... takut gak masa tu buatnya kena cekup dgn pencegah maksiat (walhal duduk sembang jer). Nasib tembat kita org lepak tu memang ramai org buat BBQ, so tak ler takut mana pun.

Dalam bersembang itulah macam2 perkara yang disembangkan termasuklah kisah peribadi aku...kisah peribadi dia. Playboy gak mamat ni dari pandangan aku ( x boleh wat calon nie), tapi hati aku tersentuh bila dia bercerita tentang kisah cintanya yang kecundang kerana 'gadis' itu mempermainkannya. dalam hati " kalau aku diberi peluang luka-luka itu akan aku tampal, akan aku rawat, akan jaga agar tidak berdarah dan tiada berparut" ecewahh!! weii siyes ar..mmg nilah yang aku cakap dalam hati aku. Kenapa aku boleh berfikir mcm tu aku pun tak tau.
Sedar2 dah pukul 6 pagi, dengan mata yang mengantuk dia ambik alih memandu kereta. So sepanjang perjalanan itu aku dibuai mimpi indah. Sedar2 dah sampai tol Sg.Besi (6.50am masa tu) aku terjaga dan terus tanya dia "kita kat mana dah?" dengan selamba dia jawab "kita dah sampai destinasi cinta kita" ishhhhh mamat ni apa kes? aku terus jer sambung pejam mata, baru nak terpejam aku terasa ada orang usap rambut aku dan cakap"kalaulah i boleh temankan hari2 u, i akan temankan u dengan seluruh kasih sayang i" terkedu aku, terus jer aku tak jadi nak tido. Aku tanya dia apa yang dia cakap tadi? dia kata "ikrar untuk diri sendiri" ishh tak faham...tak faham...

Aku pun temanlah dia drive sambil berbual dalam kereta, singgah breakfast dekat Petaling Jaya dan terus drive ke hotel dia, sampai dekat hotel dia tengok aku dah macam zombie, dia kata biar dia yang hantar aku balik, nanti petang dia ambik aku untuk keluar makan. Pape je lah......aku mengantuk giler nie
Sampai umah aku terus terbongkang tak sedar diri. Sedar-sedar dah pukul 4 petang, Alamak!!!!!!!!!! cam mana date aku? aku pun capai hp dan tgk ada 11 sms. Semua dari hubby aku
  1.  Lenanya puteri i tido - 11am
  2. Mimpi yang indah2 tau-11.20am
  3. Agaknya i ni masuk tak dalam list mimpi u? -11.53am
  4. I tak boleh tido,asyik ingat kat u jer.....kenapa yer? - 1pm
  5. I dah mandi, i nak g cuci kereta u kejap, sian kereta tu chomot -1.15pm
  6. Kereta dah dicuci, tapi tuannya masih tido i guess-2pm
  7. Sayang...bangunlah-2.20pm
  8. Dalam kereta ni best ada bau u -2.40pm
  9. U tido lah k... nanti dah terjaga u sms i yer-3pm
  10. I miss u - 3.30
  11. Getting crazy sebab i rindu giler kat u - 3.50pm
Hahahahahahah aku tersenyum sorg2 bila baca sms tu semua. Mamat ni sengal lah.... dia tak tido ker? So aku pon balas "I dah bangun dah.. 20minit lagi ambik lah i yer" x sampai beberapa saat aku dapat sms dia "i ada kat depan umah u dah...dapat tgk bumbung pon x apa" ha?????terkejut monkey aku!!!
kalau korang mesti korang terkejut gak kan kalau ini berlaku kat korg..... Apa kata korang tenangkan dulu hati korang yang terkejut tu sebab aku pun masih lagi rasa terkejut, aku nak mandi jap.. al-maklumlah sidia dah tunggu tu
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Sambung later-later lah yer


signature'

18 comments:

enyheartsdiamond said...

mcm fairytale :)

Natasha said...

enyheartsdiamond >>>> hakhakhak,,,eny ni pengikut setia drama bersiri nie ler

Cik Lily Putih said...

Tasha,
suker sambunglah cepat2

Aus MeLankoLik said...

kak tasha .
saye bawah umur lagi .
macam x boleh baca je cite cmni .
hahaha .

cik helena said...

kak!sweet gile..omaigod!!

Natasha said...

Mad About Everthing >>>suke erkk...nanti tash sambung yer lily... ni nak ambik mood jap..hakhakhak

Natasha said...

aus>>>> bawah umur erkk?? x jadi arr nak kenenkan dgn eny..hakhakhak

Natasha said...

helena>>>> sweet erkk?? bahaya nie..nanti kn kencing manis daa

hisham said...

biler nk sambung,,,jhn tipu tau..nnti i bkr blog u...fhm!!

Natasha said...

hisham>>>> amboiii garangnya..takuttttttttttttt cabottttttttttttttt

Anna Boleyn said...

kak..sweetnye hubby akak!! part yang 11 msg tu hana sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! heheh
2 thumbs up. Kayh tak sabar nak baca part 4 :)

Unknown said...

mak aihh..yang ni dah terkedu sikit baca ni..alamak.."aku budak kecik lagi..mampus aku kalau mak aku tw aku baca cerita2 camni.."
(dalam hati,takpe,mak aku tak tw)

hahah..kak tash,hubby kak tas tw tak akak post cerita ni??alamak,dah nampak dah ada respon dari dua2..

alamak,dah berdebar sikit ni..(tak pernah alami..)hahha..

Natasha said...

sendra>>>> hakhakhak...cakap kat mak awak...awak baca serita org dewasa....

makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!! tengok sendra

intanurulfateha said...

.wahh sumpah suweeet!
.nak bace smbungan diee

Natasha said...

fateha>>>>>> baca jgn tak baca...tisu jgn lupa

zatilzuhdi said...

kak tash tak boleh blah laa
ayat akan ku tampal
luka-luka..hehee

sweettt... :)

Pojiepooh Abdullah said...

Terlintas nak baca older post akak, cam menarik..
Hehehe.. So sweet!

Love,
PojiePooh Abdullah

Era said...

biaselah. tengah hot bercinta nih. hahaha~

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM