.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Terjun dari tingat 17

Berita Mengejutkan!!!!


Happy Birthday Nuffnang




HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO U

HAPPY BIRTHDAY TO NUFFNAG
HAPPY BIRTHDAY TO U.......





Happy 3Years Old Birthday To NuffNang

Credit To Mr Ausmelankolik  atas pic yang telah dirompak dari blognya


signature'

Akhirnya!!


Hahahaha!! Aku ni tak menyempat2 betul lah! Aku mintak tolong BEAN MORENO buatkan header untuk aku, BEAN MORENO dh buat, tapi aku ni banyak plak perintah, sian kat kekasih gelap aku BEAN MORENO.hahaha (cabotttttt!!!! Mrs BEAN MORENO datang!!!!)
So aku ikhtiarkan jugak buat header sendiri sebab tak nak jadi macam blog ausmelankolik

Buat punya buat lahirlah header yang berbentuk sementara nie.. Sementara menantikan kekasih gelap aku  BEAN MORENO buatkan yang lagi cun..hahahahahhah



signature'

Untuk Mr Bean




Untuk my Mr Bean ... hahahahah..muahhhhhahahahahaha


signature'

Aku & Dia part 15

Bersambung dari part 14
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Lebih kurang jam 8 mlm Mr Hubby balik ke semula ke Terengganu. Tinggal lah aku dengan baby dalam perut ni menjalani kehidupan jauh dari orang yang kami sayang. Melalui kehidepan berjauah semuala.
Pada pertemuan kali ini,kami dah bertekad yang kami akan berjumpa sekerap mungkin, jadi aku tahu aku perlu berkorban untuk turun ke kuantan setiap minggu atau 2 kali dalam sebulan.

V
V
V
V
V
V
V
V
Suatu petang.................
Kedatangan sesaorang yang tidak aku jangka kerumah aku, Kononnya nak mencari anak aku Muhammad Izdihar Hafiy, mengapa dan apa tujuannya mencari Hafiy dirumah sedangkan dia tahu anak aku, anak dia sedang berada di asrama? Ye!! bekas suami datang mencari aku di rumah, bukan ingin mencari anak aku. "i dengar u dah nikah lagi" soalnya tanpa ragu2. "yer" balas aku pendek. Dengan pantas tangan yang kasar itu telah menolak aku,lantaran tersungkur aku menyembam bumi. Dia lantas meninggalkan aku yang berada dalam keadaan kesakitan.
V
V
V
V
V
Oh tidak!!! aku lihat titisan2 darah mula mengalir membasahi kaki ku. Ya Allah. Aku gagahkan diri berdiri, mencapai telefon dan menelefon teksi. Cuma satu dalam benak fikiran aku ketika itu "aku harus ke hospital....Nyawa anak ku"
V
V
V
V
V
V
Sayang seribu kali sayang, sebaik aku sampai di hospital dan pemeriksaan dijalankan... aku harus berdepan dgn satu hakikat yang amat pahit! "aku kehilangan bayi ku"..................
Satu pangilan telefon aku buat pada Mr Hubby memberitahu akan apa yang berlaku. Dia menangis! "abg akan datang ambik esok untuk balik ke rumah mak di Pekan, berpantang disana" Aku sudah tidak mampu lagi bersuara, segala harapan dan impian aku musnah. Aku tak akan dapat memaafkan lelaki itu hingga akhir nafas ku.
V
V
V
V
V
V
V
V
Nanti yer aku sambung lagi.. Tangan aku lemah nak mengetuk keyboard ni bila mengingati peristiwa itu.


signature'

Aku & Dia Part~~14

Bersambung dari part 13
V
V
V
V
V
V
V
V
Berjauhan lagi denagn Mr Hubby sebaik 3 hari menjadi pengantin. Kasih sayang yang di sulam cuma dapat di luahkan dengan sms dan calling. Sedih, rindu, hiba mcm2 ada. Aku harus menunggu sebulan lagi untuk bertemu Mr Hubby, kali ini untuk honeymoon aku dan dia. Aku lalui penantian itu dengan memBZ kan diri aku dengan rutin dan kerja2 aku seperti biasa.Alhamdulillah aku semakin boleh membiasakan kehidupan aku yang jauh dari suami tercinta
V
V
V
V
V
V
Seminggu sebelum aku ke Cherating bertemu chenta hati aku, aku terasa badan aku begitu lemah, selera makan aku jatuh mendadak, aku tak pasti kenapa. Kadang2 melalui liang2 roma aku lihat ada cecair yang keluar, bila aku lap, apa yang aku dapati pada tisu yang aku gunakan, tisu yang berwarna putih itu bertukar warna kemerah-merahan. "Ya Allah kuatkan aku Ya Allah". Itu jer yang mampu aku katakan tiap kali aku berdepan dengan masaalah kesihatan aku. Aku rasa mual, aku rasa pening, dan akhirnya seorang 'teman' yang satu ketika dulu begitu menyayangi aku malah pernah menyuarakan hasrat hati untuk menyunting aku telah membawa aku ke hospital. Atas check up yang di lakukan aku terkejut....aku bunting pelamin, Ya! aku mengandung, usia kandungan cukup 4 minggu.
Ini bermakna kali ini aku ke cherating bertemu Mr Hubby bukannya bersendirian lagi, aku ditemani zuriat kami. Berita gembira aku sampaikan pada Mr hubby dan ternyata dia lah insan yang paling gembira, tak sabar dia ingin bertemu aku.

V
V
V
V
V
V
Sampailah masa yang ditunggu-tunggu. Aku menaiki bas seawal jam 9am untuk ke kuantan, disana nanti Mr hubby akan datang menjemput aku. Sampai di kuantan dalam pukul 1.30. Mr hubby dah sedia menunggu aku. Aku kucup tangan Mr hubby, aku lihat matanya terpana pada perut ku. Arg! dia tak sabar rupanya nak jadi papa.
Aku sendiri masih dalam keadaan percaya dan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Berita kehamilan itu mengejutkan aku. Masakan tidak dalam keadaan aku masih lagi mengambil ubat2 yang agak membahayakan kehamilan aku, disampaing pendarahan yang aku alami aku masih lagi boleh mengandung. Rahmat mu Ya Allah!
Sampai di Cherating Mr hubby cuba sebaik mungkin untuk memenuhi segala tuntutan aku, segala yang aku idamkan dia akn cari. Sesusah mana pon dia akn usahakan jugak. So terpaksalah seawal jam 7am kami keluar menuju ke Kemaman, kerana cuma kat situ ada nasi dagang yang aku nak. Aku teringin nak makan nasi dagang, nak makan kuih tepung kapur, teringin telur penyu, segala itu Mr hubby tunaikan.
V
V
V
V
V
V
V
V

Siapa jangka pertemuan kali ini juga bisa mengundang satu ombak dan gelora besar dalam hubungan kami. Kami terserempak dengan salah sorang ibu saudara Mr hubby dalam keadaan kami begitu intim sekali, jalam berpegang tangan, berpautan pinggang. Aku lihat wajah Mr Hubby tenang jer sewaktu bertemu dengan ibu saudaranya, walau pun mereka tidak bertegur sapa ketika itu, tapi aku dapat merasakan satu pandangan yang penuh tajam telah dilemparkan pada aku. Bila aku tanya pada Mr hubby adakah berita ini akan sampai kepada family Mr hubby, Mr hubby cuma menjawab " nak sampai, sampaikanlah...peduli apa" Jawapan yang mengunci mulut ku dari bertanya lebih lanjut.
V
V
V
V
V
V
V
V
kami habiskan 4 hari 3 malam bersama di cherating, berulang alik setiap pagi ke kemaman bagi memenuhi setiap keinginan aku... Rancangan awal aku, aku akan balik ke KL dengan menaiki bas, bila suruh Mr hubby mengambil tiket awal2 dia sengaja menangguh2kannya.
Sampailah masa untuk aku balik, dia telah mengambil keputusan untuk menghantar aku dengan kereta, bertolak dari cherating jam 1pm, kami sampai ke KL jam 6.30pm, Mr hubby singgah ke rumah , mandi, minum, rehat sekejap, kemudian balik semula ke KL. Masa tu satu jer yang terlintas di benak fikiran aku... "sanggupnya dia berpenat lelah hanya untuk aku, hanya untuk anak kami" Sebenarnya Mr hubby bimbang aku balik Ke KL sorang diri, Alang2 dia boleh hantar, dia sanggup hantar walaupon penat.
Entah berapa lama lagi aku harus berjauhan begini, tambah selepas berbadan dua, Mr hubby mulalah tak senang duduk. Dia risaukan aku yang ditinggalkan dalam keadaan sedang berbadan dua berseorangan.
V
V
V
V
V
V
Ke mana perginya baby yang aku kandungkan itu?
Apa terjadi?
V
V
V
V
V
Tunggu episod ke 15



signature'

Hadiah Istimewa

Hadiah Istimewa ini datangnya dari cikgu Isza.  Terima kasih atas hadiah ini...Rasa mcm nak geget jer tuan yang bagi hadiah ni kan:P

Aku & Dia Part~~13 (18sx)

Bersambung dari part 12
V
V
V
V
V
V
V
V
3 hari bersama suami bagaikan 3 minit.Kami perlu meneruskan kehidupan berjauhan sementara masing2 mencari jalan tengah yang terbaik. Berpisah setelah menjadi isteri lebih berat rupanya. mengingatkan akan tanggungjawab yang tak dapat aku dan dia tunaikan buat pasangan masing2 menjadikan kami berdua sebak.
Namun keindahan pengantin baru bukannya seperti pasangan pengantin baru yang lain. Ishhh berat tuk aku ceritakan. Tak tahu bagaimana aku nak menyusun ayat. Setakat ini aku tidak pernah lagi menceritakan segala2 ini dalam blog aku. Bukannya terlalu rahsia tapi aku TIDAK MAHU MERAIH SIMPATI,kerana SIMPATI BOLEH MEMBUNUH AKU.

Kerana rasa yang amat berat aku lantas bertanyakan sesaorang di kalangan blogger yang aku rasakan agak rapat dengan ku (klik), bagaimana & patut kah aku menceritakan ini di tulisan2 aku? Katanya "alah kak Tash pembaca sekarang dah matang, mereka akan terima dan faham". Akhirnya aku membuat keputusan untuk meneruskan cerita Aku & Dia secara 'transparent'.

Sepatutnya sebaik menjadi pengantin baru org akan menikmati nikmat 'berbulan madu', tapi bukan kami. Kesian bila mengenangkan Mr Hubby terpaksa menyekat 'kemahuan' berbulan madunya. Manakan tidak..... setiap kali 'mengecapi' nikmat berbulan madu akan akan mengalami bleeding yang amat teruk, macam org keguguran. Kenapa ini berlaku? Korang ingat lagi tak entry aku pada :::episod 6:::? Apabila dia mengkagumi aku kerana masih kuat dan tersenyum walaupon sedang bergelumang diantara hidup dan mati? Pendarahan ini berpunca dari kegagalan tulang sum2 aku untuk berfungsi menghasilkan sel darah putih yang membekukan apa2 pendarahan, atau lebih dikenali sebagai 'bone marrow cancer' Aku pernah menjalani transplant di Australia, alhamdulillah banyak perubahan pada aku sebaik dari transplant itu dilakukan, cuma ia tidak menyembuhkan aku 100% aku masih menghadapi 35% simptom dari cancer aku. Aku masih gagal mengawal sebarang bentuk pendarah. Luka yang kecil sekalipun akan mengakibatkan pendarahan yang tak berhenti2. Yeah!!! aku adalah pesakit cancer, tapi itu dulu, sekarang aku adalah 'survival cancer patient'



Selepas menjadi isteri pada Ahmad Syazwan aku cuba untuk menjadikan dia sebagai 'sebab' untuk aku perlu kuat, perlu hidup selain dari sebab sikecik (klik) yang selalu ada disisi aku ketika itu. Walaupun ketika itu keadaan kesihatan aku 'on' & 'off' tapi lelaki yang menjadi suami aku tidak pernah bersungut, tidak pernah mengeluh, jauh sekali berpatah semangat. Cancer yang aku hadapi pon tidak ramai yang tahu, mana yang tahu sekali pun tidak ramai yang dapat melihat penderitaan itu scara langsung. Cuma 2-3 orang yang ada ketika dan saat2 aku sedang nazak. Terima kasih pada mereka.
My hubby tak pernah melayan aku seperti seorang pesakit cancer, walaupun dialah orang yang paling banyak melihat penderitaan aku, bagaimana separuh dari tubuh aku bermandikan darah. Namun dia masih tenang, masih tersenyum, walau akibat dari masaalah itu kerap aku gagal menunaikan tggungjwb aku sebagai isteri. Namun dia masih sabar. Aku mengkagumi kesabaran itu. Yelah, lelaki yang baru menjadi pengantin baru, dalam usia yang muda, berjauhan dengan isteri, tapi bila berjumpa masih lagi terpaksa'berpuasa' kesian....


Arghhhhhh!!! aku x mampu nak sambung lagi. Insyaallah bila aku dah semakin tenang, aku sambung. Kenangan ini agak menganggu emo aku!! Cuma harapan aku semua yang membaca kisah ini tidak akan melayan aku sebagai manusia yang berpenyakit. Aku mampu lakukan apa aje yang korang boleh lakukan.
Merakam kan juga terima kasih yang tidak terhingga aku pada :::Fasihah::::::Sayangkema::: kerana begitu menyayangi aku dan selalu menjadikan aku cukup kuat untuk lalui saat2 kesukaran aku.....


Salam sayang dari aku untuk korg.
signature'

Thanks untuk korg semua



Thks Natasha ucapkan pada semua yang mengikuti drama bersiri tu, mahu pon yang meninggalkan komen atau pon membaca secara senyap. Insyaalalh aku akan sambung lagi. Banyak lagi liku2 yang belum aku catatkan.... cuma harap korang bersabar. Bukan senang nak menceritakan sejarah diri sendiri... Cerita ini aku blog kan untuk mengingati ulangtahun ke 4 dia meluahkan isi hati dia juga merangkap ulangtahun Mr hubby yang ke 24 pada 13/2/2010 ni.

Ada beberapa komen yang aku dapat tapi aku x boleh nak approvekan sebab tuan punya badan tak bagi aku approvekan atas sebab2 dia sendiri. Tapi aku dapat kebenaran untuk keluarkan komen dia kat cni tanpa menyebut namanya. Ini kerana dia mengalami kisah cinta yang hampir sama dengan aku, cuma akhirnya~~~~ sad ending... sedih....

Insyaallah aku akan cuba buat entry tuh secepat mungkin. May be esok...kalau sempat malam ni. Sebab petang ni aku akan Bz sesangat dengan urusan yang maha banyak... start 5.30-malam ni aku mmg bz gler....

So sabar k...sayang korang semua...






signature'

Aku & Dia Part~~12

Bersambung dari part 11
V
V
V
V
V
V
V
V
Sebaik dia sampai ke Terengganu, dia sms aku dan bg tau dia dah selamat sampai dan dalam masa yang sama jugak dia bertanya " so kalau keluarga abg tetap tak setuju baby nak abg buat apa? pujuk dorang sampai bila"

Aku pun tak tahu apa yang patut aku perkatakan saat itu, yang terbayang dalam fikiran aku bagaimana aku akan di cerca dan dipersalahkan selepas ini. "bagaimana kalau keluarga abg tak dapat menerima bb, bagaimana sekiranya keluarga abg membuang abg?" itulah respon yang aku bagi atas jawapan dia yg sgt berani. " kalau abg buang keluarga, satu hari, lambat laun dia akan terima jugak sebab abg ank dorg, tapi kalau abg kehilangan cinta hati abg yang sorg ni,abg tau abg takkan mungkin dapat dia lagi, so biarlah keluarga menyingkirkan abg buat sementara ini, kita selesaikan satu persatu" senangnya dia membuat keputusan fikir otak ku. "macam mana kalau mereka tak dapat menerima bb sampai bila2?" dalam kerisauan aku bertanya. " Mereka harus terima sekiranya mereka mahukan anak mereka"Aku terdiam. Sememangnya lelaki ini kerap mematikan persoalan aku dengan jawapannya...

Aku membilang hari demi hari disamping mengusahakan borang yang diperlukan untuk nikah.Semuanya berjalan dengan lancar. Selama itu juga kami cuma berhubung melaui sms dan telefon. Ambik kursus kawin pon berasingan. Dia di terengganu aku di KL. tak macam pasangan lain.
V
V
V
V
V
V
V
Seminggu sebelum 8/6/06

Segalanya telah selesai. Segalanya dah bersedia cuma menanti detik sahaja. Aku lalui segalanya dengan penuh debaran. Mesti korang tertanya2 kan bagaimana dengan keluarga aku? Family aku tak menentang juga tak menghalang, semuanya mengambil sikap mendiamkan diri (so taulah yang dorg tak suka). Nikah akan di jalankan di Pekan Pahang, rumah Mak angkat aku. Majlis nikah akan dilangsungkan pada 8/6/06 lepas magrib.

7/6/06
Aku ke Pekan pahang sorang diri. Sampai di Pekan BAKAL SUAMI telah menanti BAKAL ISTERInya. Aku disambut dengan wajah yang cukup ceria. Aku gapai tangan dia dan buat kali pertama aku salam dan kucup tangan itu. "assalamualaikum sayang" dia bersuara. "waalaikummussalam abg" balas aku pendek dan penuh debaran.

Malam tu aku tak mampu melelapkan mata. Aku duduk bersembang dengannya sepanjang malam. Bercerita tentang impian, bercerita tentang hati, mengenangkan kembali saat perhubungan kami yang baru melonjak 3 bulan. segalanya begitu cepat!

Akhirnya!!!!!!!!!!!!
V
V
V
V
V
V
V
V
8/6/06
Dengan sekali lafaz aku kini bergelar 'isteri' pada lelaki bernama Ahmad Syazwan. Bagaikan tidak percaya. Semoga keberkatan malam jumaat ini membawa cinta kami hingga ke akhirat. Aku ingin menghembuskan nafas terakhir ku sebagai isteri kepada Ahmad Syazwan. Aku ingin menyambung cinta kami nun di 'sana'.
V
V
V
V
V
Doakan kami berkekalan dunia dan akhirat....

Tamat....................................................





 Ishhhhh ada lagi ler. Apa korang ingat setakat tu je ker dugaan aku dan dia??




signature'

Aku & Dia Part~~11

Bersambung dari part 10
V
V
V
V
V
V
YEAHHHHHHHHHH!!!! 
Dah cukup 5 org pengomen......

Aku & Dia Part~~10

Bersambung dari part 9
V
V
V
V
V
V
V
Bergenang air mata aku bila kata2 itu masuk menekap di gegendang telinga ku. Hati aku hancur bagai kaca yang terhempas di batu. Aku cuba kawal perasaan itu. Semahunya ku cuba kawal kecewaan, aku tahan manik2 mutiara dari jatuh berguguran.
"Makanlah kek kegemaran u tu" tiba2 dia bersuara. Aku cuma mampu tersenyum dalam kehancuran.Dalam hati aku menerit" Tidak kah kau tahu yang sekeping hati ini telah hancur, dan kau telah mematikan segala impian aku dalam sekelip mata" Jeritan hati ku mati bila dia tiba2 bersuara " I minta maaf kerana terpaksa buat keputusan ini, dari kita terus begini dan akhirnya kecewa, i rasa cukuplah setakat ini"

"Wahai lelaki cukuplah kau dera perasaan aku ini, cukuplah kau dustai sekeping hati yang amat2 menyayangi mu...cukup....cukup...!!! " tapi syg dia tak mungkin mendengar segala keluhan itu kerana ia cuma memekik di dalam hati aku yang dah bersepai....

V
V
V
V
V
V
V


Dengan penuh lakonan aku capai piring yang berisi Tiramisu kegemaran aku. Aku capai sudu dan aku suakan ke mulut sedikit demi sedikit. Tiramisu itu terasa penuh berduri melepasi anak tekak ku. Lantas aku bertanya " dari mana u tahu i sukakan tiramisu?" sekali lagi aku cuba membuang segala kelukaan itu, sekurang2nya aku tidak mahu dia tahu aku sangat kecewa. " Dalam kereta u, ada banyak resit kek..dan semuanya adalah Tiramisu" sambali tersengih dia menjawab.
Aku suakan lagi Tiramisu ke mulut, tiba2.................... aku seperti menyedari ada yang tidak kena pada Tiramisu yang baru aku suakan ke mulut, ada sesuatu di dalam cebisan kek tersebut!!

Sebaik aku keluarkan cebisan itu aku tergamam, kenapa semua ini berlaku??
Kalau cuba untuk membunuh aku sekali pun, tak perlu membuat kejutan drastik ini!
V
V
V
V
V
V
V
V

 Apa yang terdapat dalam kek Tiramisu tu?
 Aku tunggu jawapan korang.
 Selepas jawapan yang ke 5 dari 5 pengomen yang berbeza, aku akan sambung cerita ini !




signature'

Aku & Dia Part~~9

Bersambung dari part 8
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Tanpa Mr Hubby x ada yang menarik kehidupan aku...Menjalani kehidupan yang amat biasa dan kosong... Menanti dan mengira tiap detik hingga tarik 28hb April
V
V
V
V
V
V
Dugaan lagi!!!!
Dalam keadaan yang amat merindui dia diarahkan untuk ke Offshore pada 15hb April selama 20 hari... Whaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! Sakitnya dugaan kali ni. Tapi satu janji dia yang aku pegang..sebaik mendarat dia akan terus berjumpa aku. Insyaallah 8hb Mei dia akn berada disisi aku.
V
V
V
Sepanjang si dia berada di offshore kegiatan sms telah bertukar kepada email, dan menerima call dari sidia setiap malam. Aduh seksanya jiwa dan raga. Jika ini berlaku selepas bertahun bersama mungkin sakitnya tidak sehebat ini. Ini aku diuji seperti seorang isteri askar yang nikah pas tuh terus suami kena ke medan perang, tak sempat nak bermanja.
V
V
V
V
Tibalah saat 8hb Mei (aku tahu korg pon tunggu saat dan detik ni kan??)
Dengan penuh debar aku tunggu, dengan penuh kerinduan hati ini tertanya2..masihkan dia insan yang sama seperti aku temui hampir 2 bulan yang lepas, masih adakah cinta dihatinya untuk aku?
V
V
V
V
V
V


8 Mei 2006 jam 5pm..... satu sms yang menggetarkan jantung aku " be there in 10min time" dada aku berdegup makin kencang. Sebaik dia sampai aku meluru keluar dari rumah, kami g makan, tapi aku lihat dia banyak diam dari berbicara. Berubahkah dia? argggggg!!! lelaki! makanan kat secret recipe yang menjadi kegemaran aku terasa berduri untuk aku telan bila dia bersikap dingin. Dengan tiba2 seorang pelayan menghantar kek kegemaran aku Tiramisu! nyum..nyum.. Pelik jugak aku x order pon Tiramisu tuh, dan kalau Mr Hubby yang oder macam mana pulak dia boleh tau itu kegemaran aku? tapi mcm mana aku nak makan dalam keadaan aku sedang tak berselera bila berhadapan dgn kekasih hati yg ku lihat telah berubah. Dalam keadaan aku bersoal jawab dgn diri sendiri tetiba dia memecahkan kesunyian " I harap ini adalah pertemuan kita yang terakhir sebagai kekasih" aku tercengang!!!! kecewakah aku dengan kenyataan nya itu?? sedihkah aku??
V
V
V
V
V
V
V
V
Kalau ini terjadi pada korang? Apa yang akan korang lakukan?

Dada aku seperti dihimpit diantara langit dan bumi ketika itu!!!!! 

Apa sebenarnya yang berlaku pada dia?

Cuba korang buat satu tanggapan?




signature'

Aku & Dia Part~~8

Bersambung dari part 7
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Hari2 aku lalui tak semudah yang aku sangka.... Kejauhan menjadikan aku seorang yang  bukan diri aku lagi. tetiba aku yg selalunya kecoh dan murai jadi pendiam, byk masa aku habiskan dengan diri sendiri, tak suka bercampur, lagi pon dengan status aku sebagai " ibu tunggal " bukan mudah untuk bercampur dengan masyarakat. Asalkan keluar rumah org tuduh kita nak ambik laki org (ekelehhh apa barang...aku nak cari yang bujang..hahahahah).....
Ni kisah benar dimana berlaku pada diri aku sendiri. Jiran depan rumah aku ialah seorang makcik yang berumur lewat 40an, suami dia berusia 50an. Bertahun2 aku berjiran dengannya, dan selama aku tinggal di situ, selama itulah aku menjemur kain pagi2 ( 7-8am), tak menjadi masaalah pon pada makcik K ni, tapi sejak aku menadi ibu tunggal ni pulak jadi masaalah. Ynag jadi masaalahnya bila dia tak tegur aku secara direct tapi dia membebenkan otak mama aku. Korang tau apa dia ckp kat mama aku?? " kak, sy rasa anak akak dah melampau, dia sejak jadi janda ni suka sgt jeling2 suami saya pagi2" CUBA KORG BYGKAN KENYATAAN DIA TU???
Bila aje mama tya aku, aku pon apa lagi, aku tak tunggu lama, dan dan tuh aku jumpa makcik K tu.. aku cakap kat dia " makcik K... tolong pesan dekat Abg M, mlm ni jgn lupa jumpa saya kat tempat biasa yer. Dia punya muka warna dh macam udang kena bakar. Dia sound aku "ko jgn nak fitnahkan laki aku ada hubungan dengan ko"..hahahah pandai pulak marah? aku terus jer lantang bersuara "ish bukan ker makcik cakap saya selalu jeling2 dekat abg, so sekarang saya x nak main jeling2 lagi, saya nak jumpa direct dengan bakal madu saya" & sejak hari tu dia tak berani nak cakap pape pasal aku.
Ish!!! aku nak sambung kisah cinta aku

V
V
V
V
V
V
V
V
Masa tu aku dan hubby masih lagi menggunakan talian pre paid..hahahah zaman batu betul!!so sehari top up bagi pihak aku wajib 20 hengget, pihak dia 20 hengget, tu pun dah masuk active 5 tuh... siang byk masa kat web cam ( nasib dh kenal apa itu webcam masa tuh). Sejak jauh dari hubby 13/03/2006 tak pernah sehari pon kami tak bersms / call. Itu jer yang ada sebagai penyambung hubungan kami. Janji sidia dia akan datang ke KL lagi pada 28/04 sempena hari jadi aku ( ni secara tak langsung nak promote kat korg birthday aku..hahahahah) Ini bermakna aku harus lalui 45 hari lagi untuk bertemu dengannya. Maha hebat kerinduan ini.
Aku lalui kehidupan ini seperti biasa, aku cuba mengelakkan apa2 tekanan kerana aku tahu tekanan akan membunuh aku yang sedang berperang untuk terus hidup (mungkin korg nak tau sgt kenapa aku ckp mcm ni kan.... Insyaallah aku akan bagi tahu jugak lambat laun nanti...bagi yang dah lama mengenali aku..terima kasih kerana selalu ada di sisi aku sewaktu aku sedang berdepan dengan kesakitan yang maha hebat) Aku harus kuat, dan terus kuat.
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Sebenarnya aku amat2 tersentuh bila bercerita semula tentang cerita aku dan dia. Membayangkan segala kesukaran yang aku lalui menjadikan aku sgt bersyukur dengan apa yang aku ada pada hari ini....Alhamdulillah....


V
V
V
V
V
V
Aku harap korg sabar tunggu episod ni sampai akhir. Aku akan ceritakan setiap detik hingga ke detik aku sekarang.



signature'

Gathering Blogger Paling Hotzzz!!!!

Jom ramai2 join gathering blogger ni. Gathering ni 'open' untuk semua blogger dan rakan2 mereka. Rakan2 tu mcm mana erk? maknanya blogger yang datang boleh bawa kawan2 yang bukan dikalangan blogger jugak. Anggapkan ini sebagai 'family day' untuk blogger.

Apa aktiviti pada hari tersebut?
V
 V 
V
V
V
V
V
V




Yezzzzzz!!!! Jom kita berperang.... Selama ni kita duk perang dalam blog ajer kan? Apa kata kali ni kita berperang di alan nyata!!! 
ADA BERANI????



Tarikh---->>>    27hb Feb 2010 (Sabtu)
Tempat--->>>    Taman Melawati
Bayaran-->>>     RM 85.00
Masa----->>>    10.30am

Sesiapa yang ingin turut serta sila berkumpul di depan Zoo Negara pada pukul 9am. Sila tinggalkan no telefon anda pada comment box Natasha


***Perhatian ::::: Bagi yang ingin bermain sila pakai kasut, berseluar panjang, baju berlengan panjang, & sila bawa kelengkapan untuk salin pakaian selepas permainan. Bilik air disediakan, kalau nak mandi lepas game pun tak ada hal. ***


signature'

Aku & Dia Part~~7

Bersambung dari part 6
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Sampai aje kat stesen bas, makin laju pulak ujan yg turun, bukan dari langit tapi dari kelopak mata nie. aku tengok Mr hubby pon yang tertahan2 dari tadi terus tak dapat nak tahan, terus berterabur air mata dia keluar.
Dalam hati aku berkata
"kalau aku menjadi airmata, aku ingin lahir dari mata mu,
hidup di pipi mu & mati di bibir mu,
Sekiranya pula kau menjadi air mata aku tak ingin menangis,
kerana aku tidak mahu kehilangan diri mu"

Aku pujuk hati agar tenang, agar melepaskan dia pergi. Bukan sedih sebab nak berpisah dgn kekasih, kalau dia dekat pon harus jer berpisah lepas habis dating kan, ni sebab baru sehari bercinta lepas tu kena tinggal, mcm2 kemungkinan dan rasa yang aku ada. Lepas ni berjumpa ker lagi?, boleh ker dia setia bila jauh?, mcm mana sekiranya pertemuan hari ini adalah pertemuan terakhir? benarkah dia jujur? ishh korang takkan faham perasaan aku masa tu walaupon korg cuba memahaminya


Bas yang dinanti dah tiba, makin kuat genggaman tangan dia pada aku, makin kuat aku tahan sebak dalam dada aku. Dua2 diam tanpa bicara. Tiba masanya untuk berpisah, tangan aku yang digenggam erat ditarik dekat pada ku, tiba2 satu kehangatan terasa di pipi.....terasa di kedua2 belah pipi dan di dahi, dan akan aku simpan kehangatan itu hingga pertemuan yang akan datang. Kehangatan itu tidak mampu disejukkan dengan hujanan airmata yang turun dipipi ku. Masa tu aku dah tak menghiraukan lagi puluhan pasang mata yang memerhatikan aku. Mungkin pada sangkaan mereka "pasangan yang akan berpisah" itu jer yang aku fikirkan... Ah persetankan itu semua... duka lara hati aku siapa yang kisah?
Sebaik kakinya melangkah naik ke dalam bas, aku pun melangkah, aku harus pergi dulu sebelum bas ini meninggalkan aku, kata org ditinggalkan lebih sakit dari meninggalkan...so baik aku yang angkat kaki dulu.
Meletakkan punggung ke seat kereta, aku merasakan satu kekosongan, pantas aje pad minyak aku tekan supaya kereta meluncur laju. Air mata menjadi peneman setia aku kala itu.
Saat kaki melangkah keluar dari kereta aku menerima satu sms " sayang, tak akan berubah hati ini sekali pon kita berjauhan, i nak u tahu i akan kotakan kata2 i"
"Ya Allah benarkah luahan lelaki ini Ya Allah?" itu jer yang mampu aku jeritkan dalam hati seraya membalas sms "Jika u adalah jodoh i, i terima dengan seadanya, walaupon i tahu i tidak mungkin jadi yang sempurna untuk u, Insyaallah i akan cuba untuk menjadi yang terbaik"...............................

Maka bermulalah kehidupan aku sebagai kekasih Ahmad Syazwan dalam jarak yang cukup jauh.
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Korang ni tau nak cepat jer aku habiskan cerita...cuba pikir aku yang tengah sedih nie??? ish CIK LILY ni cuba bawak sabar, CIK ENY g sediakan tisu, EN HANS apa feeling2? CIK HELENA dah2lah jgn nangis,CIK HANA janganlah over feeling...Cik Bai ni pon dah terfeeling dah nie.. CIK EYE-NEE g cepat ambik pen, tulis semua ayat2 power tash

Sabar k...jap lagi aku sambung... aku nak layan feeling gak nie....
Apa pun korang g cari tisu banyak2


signature'

Aku & Dia Part~~6

Bersambung dari part 5
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Lepas aje park kereta aku jadi tak tentu hala dah. Pemikiran aku jadi tak menentu, hati pulak jgn cakaplah, macam nak pecah dada ni.Airmata aku masih lagi laju mengalir.Aku tengok mata Mr Hubby pun dah merah, menahan airmata barangkali...

Tiba-tiba aku bersuara
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Natasha>>> Boleh tak kita spend masa bersama sepanjang malam ni? (ha!!!! korang jgn pikir bebukan erkk!!)
Hubby>>>>> Maksud u?
Natasha>>> U jangan salah faham, i cuma nak u ada di sisi i malam ni... i nak kita pastikan tentang perasaan kita malam ni. I tak nak ditinggalkan dalam keadaan hati i tertanya2 tentang dimana hubungan kita berdua berada

*** Tetiba keadaan menjadi sgt serius, masing2 berada dalam keadaan yang amat tertekan***

Hubby>>>>> Kalau u percayakan i, we can spend time together tonite, we can chat & chat till tomorrow murning
Natasha>>> I dun mind! but pls do not betray my trust!
Hubby>>>>> I promise!

Lepas parking kereta we all berdua pun menuju ke bilik hotel Mr Hubby, dalam hati aku takut2 jugak, maklumlah mamat ni aku baru jer kenal, bukan aku tahu pun dia ni jenis lelaki yang macam mana, bila pikirkan balik sekarang ni aku marah pada diri sendiri kerana terlalu mempercayai dia (bodohnya ko natasha)
Tapi keadaan masa tu menjadikan aku ckup keliru, aku takut, aku sedih, aku sebak, aku cuak, macam kata pakcik Astro "macam2 ada"

Sampai ajer kat bilik dada aku makin kencang. last2 aku duduk kat sofa, aku menangis semahunya, apa sebab aku menangis?? aku sendiri tak tahu kenapa, macam2 dalam hati, dalam perasaan macam2 ada!
Tiba-tiba Mr Hubby datang duduk tepi aku, genggam tangan aku, kesat air mata aku seraya berkata "sayang kalau kita terus terusan melayan kesedihan ni sampai bila pun kita x boleh selesaikan apa yang terbuku kat hati. Memang betul tujuan aku nak spend masa adalah untuk mencari kepastian tentang status kami.

Hubby>>>> kalau u letih u tido lah, biar i tido kat sofa nie

Natasha>> Its ok...u tido lah kat katil tu, biar i lepak kat sofa nie,lagi pon mata i x mengantuk

Hubby>>>> Kalau macam tu i temankan u k, kita sembang sampai esok pagi. Sayang I nak u tahu, I memang sayangkan u, jgn tanya kenapa dan mengapa!

Natasha>> Tapi kenapa? Tak kan tetiba aje perasaan tu datang tanpa sebarang alasan

Hubby>>>> Kenapa matahari keluar waktu siang, dan bulan keluar waktu malam? kenapa tak jadi sebaliknya? u ada alasan?

Natasha>> Itu rahsia Allah (dengan penuh yakin)

Hubby>>>> Perasaan i yg datang ini juga adalah rahsia Allah, cuma yang i tahu i kagum dengan u, i kagum dengan diri u yang cukup tabah, sedang u bergelumang diantara hidup dan mati sekali pon, u masih lagi tersenyum, masih lagi tenang, i nak lalui segala itu dengan u, menemani hari-hari u dengan kasih sayang i

Natasha>> Entahlah, I sendiri tak tahu kenapa hati i sayangkan u dalam masa yang secepat ini. Pelik tapi itulah yang i rasa. I jadi takut, takut sangat2. Macam2 ada dalam fikiran i

Hubby>>>> I tahu bukan senang untuk kita lalui semua ni, tapi i yakin, cinta i pada u ikhlas, dan setiap yang ikhlas itu pasti ada jalan penyelesaiannya kan?

Natasha>> Macam mana dgn family u? I yakin benda ni akan jadi isu besar.

Hubby>>>> I yang nak kawen ker atau family i yang nak kawen?

Natasha>> I tahu..u nak kawen, tapi u ada keluarga, moreover u anak lelaki, i tak nak u jadi derhaka!

Hubby>>>> Mcm i cakap, benda ni mmg bukan mudah, tapi i yakin kita boleh lalui semua ni. U kena yakin ( sambil dia genggam tgn ni)

Natasha>> Jangan berdusta tentang hati dan perasaan yer sayang..(ahakzzz itulah tandanya 2 hati jadi satu..kini akulah kekasihnya)

Jam menunjukkan jam 2.50am, mata pun dah kuyu. aku landing kepala kat sofa aku terus tertido, sedar2 pukul 6am, aku tengor Mr Hubby terlentok sedap jer kat sebelah aku...(kesian aku tgk dia).... aku pandang wajah tu, aku tanya dalam hati aku? benarkah aku jatuh cinta atau ia cuma PERASAAN PADA INSAN YANG MEMILIKI WAJAH YANG SERUPA? (yang ni korg nak tau citer dia kenalah tunggu sampai drama episod ni habis)
Tengah sedap aku menatap wajah lelaki yang kini mendiami hati aku, dia tersedar, tersedar aje dia terus cakap " hari ini i bangun dari tidur dengan sekeping hati yang tidak lagi kosong,hati yang telah ada penghuninya" (perghhh cair aku.....)
Lepas dia mandi dia hantar aku balik, sampai je kat rumah aku mandi2 dan terus keluar breakfast dengan dia. Pagi ni aku rasa satu kehidupan yang baru. Indah melaluinya, sangat indah. Lepas breakfast we all terpaksa balik ke bilik Mr Hubby balik sebab nak kemas2kan barang. Dia akan menaiki bas 11.30am untuk balik ke Terengganu.
Sebaik siap kemaskan barang2....sempatlah aku dan dia merakamkan sekeping gambar kenang2an. masa tu Hp x byk yg ada memory card cam sekarang, so x boleh ambik byk2. Itulah gambar berdua kami yang pertama. Gambar itu jugak yang aku bawak kemana aku pergi, dan ada satu lagi benda yang aku bwak kemana2 (korg nk tau tak apa?)

Pic pertama aku & dia
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Apa lagi kalau bukan baju Mr hubby yang x basuh lagi..hahahhahah syiok ooooo bwak tido...

So berangkatlah kami untuk ke stesen bas. Sedih aku jgn ckaplah. Air mata bergenang jer. Mr hubby menahan dr menangis (macho ler kunun) tapi aku tgk mata merah2 gak..huhuhu.
Sampai jer kat stesen bas.....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Korang ni tak kesian ker kat haku erk??? sedih ni...bagilah org spend masa jap nak dating saat akhir. Nanti lepas hantar dia naik bas aku sambung k... aku nak memanja jap dgn Mr hubby yang ntah bila aku akan bertemu.


signature'

Aku & Dia Part~~5

Bersambung dari part~4
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Masuk2 dalam kereta aku masih lagi terpaku... masih lagi x tau apa yang patut aku buat. Aku tak sangka segalanya secepat ini. Mcm mana nak hadapi semua nie? esok dia dah nak balik. Kalau aku terima cinta dia, boleh ker berpanjangan? boleh ker bersama? mcm mana nak lalui cinta yang baru nak bersemi dgn jarak jauh. Bercinta jer ari ini, esok dah jauh!! gila!!! Tak mungkin kot!!

Dalam kereta
V
V
V
V
V
V

Hubby>>> Sorry k.. i tak maksud nak sakitkan hati u, i faham kalau u menolak cinta i
Natasha>>NO!!!! its not about that (terus jer genggam tgn Mr Hubby).
Hubby>>> So? (sambil membalas genggaman tgn aku)
Natasha>>Tapi kita jauh, mcm mana kita nak lalui semua nie dalam keadaan kita berjauhan? & u dah fikirkan pasal masa depan? kalau panjang jodoh kita... family u mcm mana?
Hubby>>> Jauh bukan masaalah, kita boleh jumpa bila i datang KL atau u datang ke Terengganu kan? Masaalah keluarga tu u jgn risau, taulah i menguruskannya. I kan anak lelaki, bukan kena pakai wali pon bila nak nikah
Natasha>>(air mata dah menitik2) I hargai perasaan u pada i, tapi status i sebagai janda, dgn usia kita yang jauh berbeza mgkin akan menjadi masaalah yang paling besar dalam hubungan kita
Hubby>>> U lupa agaknya yang nabi kita pun kawin dgn janda, tua dari beliau juga.
natasha>>I m speachless!! (tangan masih lagi erat kena genggam)



So perjalanan diteruskan dengan 2-2 tak bersuara. masing2 melayan perasaan. Jam kat dashboard kete plak menunjukkan pukul 12.30am. terasa kereta yang dipandu mlm tu berat sangat, seberat hati we all berdua.
Sampai hotel, lagi lah laju air mata aku...kenapa? sebab sebenarnya aku dah mula sayangkan dia, cinta tu mgkin masih terlalu awal, tapi aku x dapat nak memikirkan mcm mana hubungan kami lepas tuh.

Dah berhenti kan kereta masa nak hantar dia tuh >>>>>

Nanti ar aku sambung... aku nak nangis jap... tisu dah habis sekotak dah ni..jumpa korg kat part 6 erk...bubuyyyyyy



signature'

Aku & Dia Part~~5

Bersambung dari part 4
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Aku & Dia Part~~4

Bersambung dari part~3
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Tak sampai 10 minit mandi,hahahah ni namanya mandi kuda..hahahah. Bukan apa,tak elok bagi orang tunggu lama2 (masa tu ler,sekarang tunggu tu perkara biasa..hahahah)
melompat keluar dr bilik air terus siap2 ala kadar terus menerpa kat mamat tuh (kemarukkah aku??)
Sampai je kat kereta ada dua perkara yang membingungkan aku
apa erk?
  1. Betul ker itu kereta aku?
  2. Kenapa aku tetiba berdebar tengok dia?
Persoalan kereta tuh aku boleh jawab dgn tgk plat kereta, tapi ni soal hati aku yg berdebar nie mcm mana?sapa nak bertanggungjawab?mereka dan keluarga mereka ker??hahah ishh merepek ko natasha!

Dia drive mlm tu aku tgk macam org yg sedang memikirkan sesuatu. Dia diam tak banyak cakap. Masa dinner pun dia diam jer, tak banyak cakap. Pelik gak. tapi aku fikir mungkin sebab dia penat seharian tak tido.
Lepas dinner dia bawak aku ronda2. jauhnya perjalanan malam tu adalah sebanyak 175km,destinasi >> kelang jer... kenapa boleh sampai 175km? sebab dia punya pusing & pusing bwak aku meronda. Katanya ada perkara yang dia nak cakapkan, tapi aku tgk dia diam jer.... ishhhhh
Bila sampai kat kelang... kat tepi laut tu barulah dia luahkan apa yg terbuku.




Hubby>>> I ada benda nak cakapkan dengan u
Natasha>> Cakaplah ( nada paling tak romantik)
Hubby>>> I jatuh cinta
Natasha>> uik dengan siapa? ( dalam hati sedih giler )
Hubby>>> Susah nak cakap lah dear sebab i tau kalau i cakap dengan perempuan tu for sure dia tolak i mentah2
Natasha>> Mana u tahu dia tolak kalau u tak luahkan ( dengan penuh ketidak ikhlasan memberi nasihat)
Hubby>>> Sebab dia jauh lebih matang dari I.
Natasha>> (aku x kisah pon kalau org tuh aku) >>>dalam hati jer ler 
Natasha>> U luahkan dulu, selebihnya biar takdir yang menguruskannya ( lagi tak ikhlas )
Hubby>>> Kalau u, u terima tak kalau org tu muda dari u?
Natasha>> Y not? as long as jgn ler sampai 8-9 tahun beza
Hubby>>> Itulah masaalahnya. sebab i jauh 11 tahun dari dia
Natasha>> (dah tentu bukan aku tu sebab aku cuma 6 tahun beza dari dia)>>masa tuh dia mengaku dia 25 tahun so 6 tahun muda dari aku
Natasha>> Apa pun u cuba luahkan dlu, then baru u tahu apa penerimaan dia
Hubby>>> Alah sedangkan u x boleh terima apa lagi dia kan
Natasha>> (kalau dh jodoh aku..aku terima jer) >> dalam hati gak...gila korg nak aku ckp cm tu kat dia??
Natasha>> Masaalahnya dia bukan i, so u jgn samakan dia dgn i.
Hubby>>> lagi problem sebab i dah tipu dia pasal umur i. dia ingat i x jauh muda dari dia, kalau dia tahu i 11 tahun beza dari dia, mesti dia x nak kan! kalau u, u terima tak?
Natasha>> Kalau itu jodoh i, i terima..walaupon mgkin terpaksa ambik masa untuk menerima perbezaan tu
Hubby>>> **terus pegang tangan Natasha seraya berkata " so u terima i ler"
Natasha>> **Tersentak dan terpaku**
Hubby>>> kan i dah kata u mesti x boleh terima kan?
Natasha>> U maksudkan i ker? (sambil menarik tgn yang di pegang)
Hubby>>> Yup its u dear!
Natasha>> Then apa maksud u, u tipu pasal umur u? how old r u ?
Hubby>>> I cukup 20 tahun hari ni!
Natasha>> Ha?
Hubby>>> Kan i dah cakap u x boleh terima... tak pe lupakan jer ok.... well we still friend!
Natasha ** tergamam dan terus masuk kereta diikuti oleh Mr Hubby masuk dalam kereta**

Dalam kereta.....
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

 Nanti ar sambung k..... nak sembang dengan HANA jap..hakhakhak........malas nak layan korg yg sedang feeling-feeling baca drama bersiri nie....hahahahahaha







signature'

WANTED!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

WANTED!!
Siapa yang di WANTED kan?

Aku & Dia Part~~3

Sambungan dari part~2
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Malam tu aku tak lena tido, tertanya-tanya apa dia buat? dah tido ke belum? sedang memikir-mikirkannya tetiba telepon aku berbunyi. Ishhhh sapa kacau malam2 buta nie,tunggu ler siang2 celik baru call. Usha2 no tgk2 Mr Hubby yang call."Wah dia sudah tangkap rindu" detik hati aku.

Natasha>>>> Hello...
Mr Hubby>>> Hello..dah tido?
Natasha>>>> hurmm dah hampir terpejam mata (menipu nak cover diri tgh fikir sal dia)
Mr Hubby>>> I ganggu ker?
Natasha>>>> Taklah..cuma terkejut u call mlm2 ni
Mr Hubby>>> Sorrylah I x dapat tido, ingat nak ajak u kuar g minum.
Natasha>>>> Boleh gak (sambil lupa tadi menipu dah nak terpejam mata)
Mr Hubby>>> Tadi kata dah nak tido?
Natasha>>>> (kantoi) Tak pe.. tetamu dari jauh dtg jumpa kita, kita kn lah entertain, dalam masa 15 minit i sampai k (terus letak telepon sambil melompat2 suka>>burukkan perangai aku)

Aku pun apa lagi.. siap2 terus g ambik Mr Hubby, nasib antara rumah aku dgn hotel Mr Hubby tak jauh, so x sampai 10 minit aku dah sampai.Sampai aje aku terus sms Mr hubby bagi tahu aku ada kat lobby
Sampai jer Mr Hubby kat kereta, dia buka pintu terus dia sound aku "wah expressnya u sampai" dengan muka yang menahan malu akibat gelojoh (gelojoh ker aku) aku terus jawab dgn muka selamba "malam2 jalan KL tak jam" hahahahahha poyo tak?
Teruslah aku memandu tanpa arah, ronda2 pusing KL, lepak minum kat kat Sri Hartamas, lepas tu pusing2 lagi dengan kereta sampai x sedar aku dah masuk lebuhraya selatan. Mana aku nak pergi erk?
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Yer!!!! aku telah memandu memasuki jalan untuk ke PD.... alamak wat apa kat PD? ishhhhh x harus!!
 Dia pun diam jer bila aku culik dia. Tgk2 jam masa tu baru pukul 2 pagi, so ambik keputusan untuk lepak kat tepi pantai sambil sembang2... takut gak masa tu buatnya kena cekup dgn pencegah maksiat (walhal duduk sembang jer). Nasib tembat kita org lepak tu memang ramai org buat BBQ, so tak ler takut mana pun.

Dalam bersembang itulah macam2 perkara yang disembangkan termasuklah kisah peribadi aku...kisah peribadi dia. Playboy gak mamat ni dari pandangan aku ( x boleh wat calon nie), tapi hati aku tersentuh bila dia bercerita tentang kisah cintanya yang kecundang kerana 'gadis' itu mempermainkannya. dalam hati " kalau aku diberi peluang luka-luka itu akan aku tampal, akan aku rawat, akan jaga agar tidak berdarah dan tiada berparut" ecewahh!! weii siyes ar..mmg nilah yang aku cakap dalam hati aku. Kenapa aku boleh berfikir mcm tu aku pun tak tau.
Sedar2 dah pukul 6 pagi, dengan mata yang mengantuk dia ambik alih memandu kereta. So sepanjang perjalanan itu aku dibuai mimpi indah. Sedar2 dah sampai tol Sg.Besi (6.50am masa tu) aku terjaga dan terus tanya dia "kita kat mana dah?" dengan selamba dia jawab "kita dah sampai destinasi cinta kita" ishhhhh mamat ni apa kes? aku terus jer sambung pejam mata, baru nak terpejam aku terasa ada orang usap rambut aku dan cakap"kalaulah i boleh temankan hari2 u, i akan temankan u dengan seluruh kasih sayang i" terkedu aku, terus jer aku tak jadi nak tido. Aku tanya dia apa yang dia cakap tadi? dia kata "ikrar untuk diri sendiri" ishh tak faham...tak faham...

Aku pun temanlah dia drive sambil berbual dalam kereta, singgah breakfast dekat Petaling Jaya dan terus drive ke hotel dia, sampai dekat hotel dia tengok aku dah macam zombie, dia kata biar dia yang hantar aku balik, nanti petang dia ambik aku untuk keluar makan. Pape je lah......aku mengantuk giler nie
Sampai umah aku terus terbongkang tak sedar diri. Sedar-sedar dah pukul 4 petang, Alamak!!!!!!!!!! cam mana date aku? aku pun capai hp dan tgk ada 11 sms. Semua dari hubby aku
  1.  Lenanya puteri i tido - 11am
  2. Mimpi yang indah2 tau-11.20am
  3. Agaknya i ni masuk tak dalam list mimpi u? -11.53am
  4. I tak boleh tido,asyik ingat kat u jer.....kenapa yer? - 1pm
  5. I dah mandi, i nak g cuci kereta u kejap, sian kereta tu chomot -1.15pm
  6. Kereta dah dicuci, tapi tuannya masih tido i guess-2pm
  7. Sayang...bangunlah-2.20pm
  8. Dalam kereta ni best ada bau u -2.40pm
  9. U tido lah k... nanti dah terjaga u sms i yer-3pm
  10. I miss u - 3.30
  11. Getting crazy sebab i rindu giler kat u - 3.50pm
Hahahahahahah aku tersenyum sorg2 bila baca sms tu semua. Mamat ni sengal lah.... dia tak tido ker? So aku pon balas "I dah bangun dah.. 20minit lagi ambik lah i yer" x sampai beberapa saat aku dapat sms dia "i ada kat depan umah u dah...dapat tgk bumbung pon x apa" ha?????terkejut monkey aku!!!
kalau korang mesti korang terkejut gak kan kalau ini berlaku kat korg..... Apa kata korang tenangkan dulu hati korang yang terkejut tu sebab aku pun masih lagi rasa terkejut, aku nak mandi jap.. al-maklumlah sidia dah tunggu tu
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Sambung later-later lah yer


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM