Aku rasa memang patut keputusan ini dilakukan. Ia sepatutnya dilakukan sejak dulu lagi. Perubahan yang sangat positif ini diambil kira dari segi sensitiviti agama. Korang pasti pernah tengok Tugu Negarakan? Apa yang ada disitu?
Ialah takkan nak berdoa di depan Tugu Negara tu? Korang pun tentu faham itu bukan cara Islam berdoakan. Seolah2 kita menyembah berhala pulak. So eloklah jika ada kesedaran dari pihak berkuasa, mengalihkan Hari Pahlawan di Putrajaya. Lagi pun kena ingat walau dimana kita berdoa, yang penting kita ikhlas.
Kita kagumi perjuangan pahlawan2, kita sanjungi pengorbanan mereka, mereka gugur sebagai Wira Negara. Jadi demi menunjukkan yang pengorbanan mereka itu tidak sia2, kita jadilah bangsa2 yang bersatu hati, bukannya berpuak2 seperti sekarang. Yang tindas melayu bukan org lain sendiri, tapi org melayu jugak, Yang memperkotak katikkan Islam bukan sahaja yang bukan Islam, orang Islam sendiri pun mencerca dan menolak Islam. Macam tak berbaloi jer gugurnya pahlawan ini menyembah bumi jika kita tidak meneruskan perjuangan mereka. Bukannya aku suruh korang turun medan perang, cuma sambunglah kesejahteraan dan keharmonian yang mereka perjuangkan selama ini.
Fakta2 tentang Tugu Negara:-
- Tugu Negara dibina untuk memperingati askar-askar yang telah gugur dalam mempertahankan negara semasa zaman perang dan darurat pada tahun 1942-1960.
- Ia merupakan satu kumpulan tujuh patung atau lembaga gangsa, tiap-tiap satunya empat kali lebih besar daripada orang biasa terletak di atas satu asas yang bujur di tengah-tengah pulau dalam sebuah kolam.
- Pulau itu berbentuk bujur 130 kaki panjang dan 96 kaki lebar.
- Asas tugu mula dibina pada Januari 1963 yang disalut dengan batu pejal bergilap yang berwarna zamrud daripada Sweden yang panjangnya 30 kaki, lebarnya 24 kaki dan tingginya 11 kaki 41/2 inci.
- Perbelanjaan untuk membinanya adalah RM1.3 juta.
- Tugu Pahlawan ini merupakan tugu terbesar di Malaysia.
- Upacara menaikkan bendera diadakan setiap hari di mana tiga orang anggota angkatan tentera meniup bagol lagu Last Post sambil seorang askar akan menaikkan bendera perlahan-lahan. Pada sebelah petang upacara yang sama dilakukan untuk menurunkan bendera itu.
- Patung-patung gangsa ini mewakili pelbagai Cawangan Pasukan Keselamatan, semuanya memakai pakaian seragam semasa dalam perang. Lima daripada lembaga menggambarkan Pasukan Keselamatan yang beroleh kemenangan. Lembaga yang di atas sekali, satu-satunya yang tiada senjata memegang sebatang tiang bendera yang di hujungnya berkibar bendera Malaysia.
- Di bawah sekali terdapat dua lembaga terbaring iaitu melambangkan mayat dua orang pengganas komunis.
- Tugu Peringatan ini dibina bagi mengingatkan kita kepada perwira-perwira yang telah terkorban mempertahankan tanah air semasa peperangan Dunia Pertama dan Kedua.
- Idea awal pembinaan tugu ini diusulkan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di Amerika Syarikat.
- Ia telah direka oleh pengukir terkenal Amerika Syarikat, Felix de Weldon. Patung tersebut telah dibuat di Itali dan dihantar khas ke negara kita sebaik sahaja ia disiapkan.
Fakta2 Tugu Negara kredit kepada Perpustakaan Negara Malaysia
'