Jemputlah aku pulang!!
Ya Allah kau uji aku dengan perkara yang paling aku takuti
Ya Allah kerana kau tahu kemampuan aku,maka aku diuji lagi
Mungkin ada kealpaan aku dalam mensyukuri mu,
Mungkin ada dalam bahagia ku aku lupa sujud pada mu
Maka kau lontarkan sejambak kesedihan buat ku
Agar aku berpaling dan mengingati mu
Ya Allah jika ini bayaran atas kealpaan itu
Aku pasrah Ya Tuhan ku
Namun Ya Allah kau dengarlah rintihan ini,
Aku terlalu terluka Ya Allah
Rupanya dalam sihat, dalam riang dia 'sakit'
'sakit' yang aku tidak mampu untuk mengubatinya
'sakit' yang begitu mengaibkan aku
'sakit' yang cuma dia saje tahu akan penawarnya
Ya Allah,seribu calar dalam benak hati ini Ya Allah
Namun jika ditanya
Aku tetap mengatakan
Dia adalah anugerah terindah buat ku
Jangan kau pisahkan kami wahai pencipta
sembuhkan dia dari 'sakitnya'
Kembalikan dia seperti yang dulu kala
Aku mohon pada mu Ya Allah......
Aku semakin lemah
Aku semakin pasrah
Aku tidak boleh bertahan lagi Ya Allah
Sesungguhnya kau tahu tahap kemampuan ku
Aku semakin layu
Mujur disaat kelayuan ini
Aku berbekalkan sedikit kekuatan
Mencari penawarnya bagi 'sakit' org yang aku sayangi
Pengisian rohani dan jasmani adalah penawar terbaik
Namun mahukah dia kearah itu
Kau lembutkan hatinya Ya Allah
Jika kau tidak mahu memberi penawar itu
Maka kau jempulah aku pulang Ya Tuhan ku
Percepatkan aku mengadap mu
Walau aku tahu aku tidak cukup lagi bekalan menemui mu
dari aku terus derita
Dari aku terus dikhianati
Kau ambillah nyawa ku Ya Allah
Ambil lah
Jemput aku pulang untuk aku dihukum disana ....
Untuk semua sahabat, minta maaf andai aku tak update blog seperti selalu sebaliknya menukarkan blog ini kepada rintihan hati aku. Aku sedang diuji, doa kalian amat2 aku perlukan, cukuplah agar termakbul doa supaya aku terus tabah, namun jika sebaliknya, aku mahu pulang, pulang dengan helaian dosa yang belum sempat aku bersihkan...
Aku hargai korang yang walau tak tahu hujung pangkal masaalah aku, namun korang tak henti2 memberi aku sokongan, mendoakan aku. Terima kasih pada semua. Pada teman2 yang selalu ada untuk airmata aku, cuma kasih sayang mampu aku berikan pada kamu semua. Doakan aku yer........
'