.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mo'men


Aku & beberapa org bloggers di jemput untuk satu sesi food testing pada 3hb April 2010 yang lalu di Shah Alam. Apa itu food testing? food testing ni adalah satu sesi mencuba rasa makanan. Sesi food testing ini dianjurkan oleh satu restaurant fast food yang diberi nama Mo'men. Tujuan food testing ini dianjurkan adalah untuk mendapatkan feedback dari org ramai tentang rasa, rupa dan beberapa perkara lagi yang perlu mereka kaji sebelum operasi restaurant dilakukan secara rasmi.


 
MO'MEN
No 2, Jalan Kristal,
J7/7. Seksyen 7
Shah Alam Selangor Darul Ehsan


MO'MEN adalah sebuah restaurant Fast Food yang menyediakan makanan segera. Makanan yang dihasilkan disini adalah resipi yang dibawa khas dari Egypt. Rahsia dalam setiap cebisan makanan telah disediakan oleh pakar masakan yang mempunyai pengalaman selama lebih dari 34tahun dalam bidang food & baverage iaitu Mr Emad Hamdy yang juga merupakan pemegang saham 10% dalam MO'MEN. ( sorry Mr Emad i forgot to took ure picture). MO'MEN telah berada dipasaran Egypt bermula dari tahun 1988, dan ini bermakna MO'MEN telah ujud sejak 52 tahun yang lalu, manakala MO'MEN telah menembusi pasaran Timur Tengah pada tahun 1982 dan ini bermakna MO'MEN telah diperkenalkan dinegara itu selama lebih kurang 28 tahun.


MO'MEN telah mula dilancarkan pada  Jun 2009, pada awal penubuhannya ia dalam peringkat kajian dan dalam masa yang sama pemegang saham terbesar MO'MEN (90%) En Ahmad Syauki  Zaki Dato' Shafie yang kini baru berusia 23 tahun baru sahaja menamatkan pengajian beliau dalam bidang kewangan dari salah sebuah Universiti di Uzbekistan sewaktu beliau berusia 22 tahun.


Beliau yang merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik  telah mula menjelajah ke 14 buah negara pada usia seawal 12 tahun, dan pernah melibatkan diri dalam bidang import kelapa sawit ke Uzbekistan sewaktu beliau berusia 21 tahun walaupun pada masa yang sama beliau masih lagi menuntut pada waktu itu. Kegigihan anak muda ini mendapat sokongan padu dari  bapanya yang juga seorang contractor class 'A'.
Diatas sokongan bapanya maka sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian maka tertubuhlan MO'MEN sebagai tanda sokongan diatas minat beliau dalam dunia perniagaan. MO'MEN mempunyai perancangan perniagaan yang cemerlang, dalam jangkamasa 2 tahun MO'MEN dijangka akan membuka sebanyak 10 cawangan diseluruh malaysia, manakalan dalam masa 5 tahun MO'MEN ingin mensasarka perniagaan ke peringkat antarabangsa. Semoga berjaya MO'MEN!!!!!
Lahir dalam keluarga yang memahami minat beliau dan mampu memberi beliau sokongan dari segi mental mahupun fizikal adalah satu credit buat diri beliau. Manakala empat lagi adik beradik beliau semuanya masih lagi menuntut. 

Sudah tentunya dalam dunia perniagaan bahagian pemasaran adalah nadi sesebuah perniagaan itu bagi menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Begitu juga dengan MO'MEN. En Lee Adzim 28 tahun merupakan Marketing Consultant yang bertungkus lumus melakukan pelbagai promosi jangkamasa panjang bagi memastikan MO'MEN dikenali ramai, beliau juga bertanggungjawab memanstikan setiap packaging / pembungkusan MO'MEN kelihatan menarik, segala perancangan perniagaan adalah dibawak penyeliaan dan tanggungjawab beliau.



Memperkenalkan MO'MEN sebagai restaurant makanan segera, Harga berpatutan adalah menjadi tarikan untuk pengunjung berkunjung ke sini. Harga yang ditetapkan adalah serendah RM 6-8 bagi ala carte, manakala RM 10-13 bagi setiap set. Restaurant yang dijangka akan dibuka secara rasminya dalam bulan April ini nanti akan mula beroperasi dari jam 10am - 3am buat permulaannya, dan dijangka akan melanjutkan tempuh operasi perniagaan  kepada 24jam sekira sambutan amat mmenggalakkan.



Terletak berdekatan pusat Pengajian Tinggi UITM, En Ahmmad Syauqi Zaki telah memilih lokasi ini sebagai sasaran dan ini juga secara tidak langsung merupakan salah satu cara mereka memperkenalkan restaurant ini kepada orang ramai, kerana seperti semua sedia maklum pelajar adalah golongan yang menggemari makanan segera kerana selain ekonomi mereka boleh menggunakan restaurant makanan segera sebagai tempat mereka bertemu rakan2 disamping membincangkan hal2 pembelajaran. Restaurant ini juga menyediakan ruang permainan bagi kanak2 yang terletak diaras 1. Ini bagi memudahkan ibu bapa yang membawa anak2 untuk menjamu selera disini.

Apakah yang disajikan MO'MEN?

Huh!! yang ni segalanya tentang seafood....



Yang ini segalanya tentang chicken


Yang ini segalanya tentang beef


Ini adalah saiz original setiap hidangan. Besarkan?




Menyahut seruan kerajaan, MO'MEN juga turut serta melakukan tanggungjawab menyelamatkan alan sekitar dengan tidak menggunakan pembungkusan plastik sebaliknya memilih kertas sebagai bahan yang boleh dikitar semula. Cayalah MO'MEN. Jangan lupa yer En Lee, letakkan logo kitar semula di paper bag tu nanti.




Diantara hiasan2 dinding yang menghiasi  restaurant ini.


Selepas mencuba 5 hidangan dari MO'MEN satu je yang boleh aku perkatakan " MO'MEN tak ada 1 pun berbeza dengan restaurant makanan segera yang lain kerana..........................................."
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
"MO'MEN bukan berbeza 1 perkara tapi BANYAK PERKARA, memang BEST!! sangat BEST!! Pastikan korang mencuba MO'MEN. Berbaloi-baloi.

Credit to PojiePooh kerana menjemput aku & Mr Hubby aku ke food testing yang best nie!!! Nanti jgn lupa bagi voucher free tau :P *sign*


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM