Kalau benarlah begitu mengapa selepas cinta pertama pun kita boleh mengahwini org lain? mengakui kita menyintainya? mengakui kita sayang padanya? menyimpan cemburu andainya dia cuba berlaku curang pada kita? Rasa ingin memiliki dan menakluki dia sepenuhnya. Mahukan dia hanya untuk diri kita.
Berkahwin dgn BUKAN cinta pertama, melayari kehidupan bertahun-tahun bersama, tapi ujian melanda, bertemu kembali cinta pertama, sekarang ni nak jumpa cinta pertama bukannya susah!! masuk jer FB, InsyaAllah jumpalah. Benarkan bila bertemu kembali cinta pertama maka cinta itu akan berputik semula, dari sisa2 kenangan sebagai akar, ia di sirami dgn pengalaman2 sepanjang kehilangan bersama, kemudian tumbuh cinta2 baru? Dan kemudian seperti terjaga dari mimpi mula menyedari yang dalam hati yang telah terisi dgn insan lain rupanya ada ruang kosong lagi yang tak terisi? dari mana ruang tuh? ruang itu rupenya ruang yang tak boleh dan mampu diisi oleh orang lain melainkan cinta pertama. lantas salah sorang meluahkan isi hati yang satu masa dulu dialah cinta pertamanya, kemudian menjadi rapat dan akrab, maka terjalinlah semula rasa yang pernah hilang untuk bertahun-tahun lamanya.
Persoalannya.... setelah cinta pertama terputus maka hadirlah cinta kedua, ketiga atau seterusnya, tak kiralah korang bahagia dgn cinta yang nombor2 berapa pun kan.... tak terfikirkah korang cinta yang selepas cinta pertama itu lagi hebat lerana sidia menerima korg dalam kecederaan hati korg, sekeping hati itu dirawat dan dijagai, dan adilkan untuk pasangan korg sekiranya dia tahu bahawa dalam hati korg ada sekelumit ruang yang dia tak mampu isikan, kerana ruang itu hanya untuk cinta pertama korg.
Motif entry ni?
- Jika pernah kehilangan @ gagal dalam cinta pertama just put it a side tambah bila dah jumpa cinta yang lain, hargailah apa yang ada. Ingatkan diri korang yang korang pun tak suka bila pasangan korg menyimpan ruang kosong untuk org lain walaupon sekarang dia ada dgn korg
- Jgn persia-siakan cinta kedua yang telah terjalin, dan kini korg bahagia dgn cinta kedua, so jgn bagi alasan " sebenarnya aku tak bahagia" hya selepas korg jumpa cinta pertama
- Bila bertemu dgn cinta pertama pastikan korg bg tahu pasangan korang supaya dia tak buruk sangka, dan sekurang2nya dia tahu yang dia perlu 'berjaga-jaga'.
- Sekiranya cinta pertama korang tuh masih single JANGAN bertemu dirinya, melainkan korg bawak pasangan korang, tunjukkan padanya yang korang bahagia sangat supaya dia tidak ambil langkah mendampingi korg lebih dari kawan
- bagi korang pulak, sekiranya cinta pertama itu single, jgn plakk korang gatal2 nak usha, ingatkan diri korang yang korang SUDAH BERPUNYA
- Sebelum korang buat sesuatu yang giler baik korang letakkan diri korang kat tempat pasangan korg, berbaloikah sekiranhya korang masih nak mengenang cinta pertama itu? sampai bila?
'