.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Achik Spin dan lagu bola-bola api meninggal dunia

Masih terdengar2 lagi ditelinga ini lagu Bola2 api nyanyian Achik-Spin & Siti Nordiana, tiba2 terbaca tentang berita Achik -Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad bin Md Shari telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. beliau dikatakan menumpang seorang teman nya, dan kereta yang ditumpangi terbabas dan melanggar sign board di persimpangan Nilai N.Sembilan pada jam lebih kurang 6 petang, dan beliau telah tersepit dalam kemalangan tersebut. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.


Kepada isteri Allahyarham Achik - Tasha, aku harap tasha bersabar dengan ujian ini, dapat meneruskan kehidupannya disisi 2 orang puteri hasil perkongsian hidupnya bersama Achik Spin. Menjadikan Puteri2nya sebagai kekuatan untuk menempuh ujian yang maha hebat ini. Insyaallah Allah selalu bersama orang2 yang bersabar

Lagu: Paling Comel
Artis: Siti Nordiana/Achik (Spin)

Tiada ku sangka
Bola-bola api
Yang sedulunya kecil
Telah menjadi besar
Begitulah jua
Harapan padamu
Yang sedulunya kecil
Telah menjadi besar

Biar saja
Aku jadi
Penggantinya
Di sisimu
Kau yang cantik
Sopan santunmu
Paling comel
Di hatiku

Ku tahu kau diluka oleh teman lama

Oh pertama kali
Aku mengenalmu
Kau selalu tersenyum
Tersenyum padaku
Dan seperti jua
Bola-bola api
Makin semarak cinta
Cintaku padamu

Boleh saja
Kau jadilah
Penggantinya
Di sisiku
Kau yang baik
Sopan santunmu
Paling comel di hatiku

Al-fatihah untuk Allahyarham Achik Spin


Dan takziah buat keluarga Allahyarham, semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para2 ambia'



signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM