Sejuk, nyaman, tenang itulah destinasi pilihan aku. Jika diberi pilihan Australia menjadi destinasi pilihan untuk aku bercuti dgn Mr Hubby. Walaupun banyak lagi tempat-tempat yang menjadi idaman dan impian tapi Australia menjadi pilihan utama aku kerana kekaguman aku pada negara yang masih lagi mempunyai banyak 'country concept'
Negara yang terkenal dengan kanggaro ini mempunyai banyak destinasi percutian yang menarik untuk aku dgn Mr hubby pergi, Gold Cost Adalah diantara tempat yang menjadi pilihan pengunjung. Dengan pantainya yang tenang, laut yang kebiru-biruan disini juga merupakan tempat yang sesuai untuk 'surffing'. Wah!! mesti seronok.
Dapat melihat bagaimana keunikan binatang yang dipanggil kanggaro ini juga tidak akan aku lepaskan begitu sahaja. Binatang ini agak unik bila ia cuma mengandungkan anaknya dalam masa yang cukup singkat, melahirkan dan penyimpan baby kanggaro ini didalam pouch yang terdapat di perut ibu kanggaro sehinggalah baby kanggaro itu cukup besar.
Menghabiskan masa melihat pandangan yang menakjubkan di perth juga tidak kurang menariknya. Dengan suhu nyaman, berada ditengah-tengah perth menjadikan kita tak sedar kita telah menghabiskan hampir separuh dari hari untuk bersantai di bandaraya perth.
Melbourne juga merupakan salah satu destinasi menarik di Perth Australia. Kerana itu Australia sering menjadi igauan aku untuk berbulan madu dengan Mr Hubby untuk berbulan madu.
Dan yang pastinya aku memilih MAS untuk membawa penerbangan aku ke Australia menuju Destinasi percutian kami!!~~
Bila bercakap mengenai bercuti sudah tentu MAS menadi pilihan untuk penerbangan aku menuju destinasi. Mengapa MAS? Aku sukakan layanan yang mesra dari semua kakitangan MAS, kecekapan mereka dalam mengendalikan kerja, Sikap peramah, amanah dan yang pasti keselesaaan dalam setiap penerbangan menjadi keutamaan MAS
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com
'