.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Natasha | vs | Azura

Filem Azura mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular, setelah berjaya melakar nama sebagai seorang penyanyi berbakat menerusi pertandingan Bintang RTM 1978.


Skrip asal untuk filem Azura ini dinukilkan oleh M. Amin dan ia diarahkan oleh Deddy M. Borhan. Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah 'Ogy' Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama, selain arwah Rafie Hussein, Syed Sobrie dan A. Galak.Filem Azura mencatatkan sejarah sebagai filem MELAYU Malaysia pertama yang mencapai pungutan Box-Office.




Wah!! hebat2. Tapi siapa sangka filem yang pernah mendapat pencapaian Box-Office ini sebenarnya merupakan perjalanan cerita cinta aku jugak. Walaupun bukan 100% tetapi 60-70% tuh memang sama, especially bila bab2 cinta mereka terhalang, kesusahan mereka mengharungi kehidupan, bab Azura di fitnah itu pulak digantikan dengan bab2 aku dikata dan dihina. Bagaimana mereka berdua mempertahankan cinta mereka walaupun banyak dugaan dan rintangan, bagaimana Zack yang sanggup meninggalkan keluarganya yang senang untuk seorang wanita bernama Azura lagilah menyentuh hati aku, bila mengingatkan bagaimana insan bernama Ahmad Syazwan ini meninggalkan keluarganya yang hidup dalam kemewahan semata2 untuk aku.
Wah!!! Adakah kisah cinta ku sehebat kisah cinta Azura? Boleh ker aku dapat Box-Office kalau kisah cinta aku difilemkan dan ditayangkan di pawagam? korang jgn lupa bagi support tau kalau kisah cinta aku ditayangkan yer.Hahhaha aku dah start mepek dah !!! apa yang kau mencarut pagi2 ni Natasha?Ontah ler!

Motif entry ni?

  • Saje nak bg tau korang pagi ni aku bgun awal2 tgk2 Astro ada pulak cerita Azura tuh maka aku dah teremo sekejap bila tgk cerita tuh. Yelah bila mereka baru2 kawen naik moto cam aku dgn Mr Hubby aku jugak...
  • Nak ucap terima kasih kat Mr Hubby aku kerana memberi aku satu kehidupan yang penuh makna. Insyaallah its going to be 4 years soon.. Dan banyak sangat perubahan dalam kehidupan kami dalam masa 4 tahun melayari bahtera perkahwinan ini. Terima kasih abang.


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM