.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

SINDO



Sindo adalah nama sebuah persembahan teater yang diadakan di Panggung Experiman Aswara. Teater ini merupakan persembahan pelajar tahun akhir Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan. Persembahan ini bermula dari 23April -25 April 2010 jam 8.30 malam, dan harga tiket hanya RM 10.00.



Inilah dia gadis yang memegang watak SINDO


Sinopsis Sindo:
Dalam Mak Yong Sindo ia mengisahkan tentang Raja Besar yang ingin mencari jodoh bagi anakandanya Raja Muda. Dalam usahanya itu baginda meminta peran bersaudara memukul canang diserata negeri untuk meminta sekalian rakyat jelata mengadakan persembahan di Istana bagi membolehkan Raja Muda mencari jodoh, manakala dihujung negeri terdapat seorang anak gadis yang bernama Sindo yang selalu didera oleh ibu tirinya, Mek bunga, yang selalu memintanya membeli barang2 dengan hanya berbekalkan duit seringgit.




Wak Lenggeng & Tok Selamah sedang memujuk Sindo


Jika Sindo gagal membeli barang2 yang dipesan dengan duit seringgit itu maka dia akan dipukul dan didera. Sindo mempunyai bakat menari yang tiada tolak tandingnya dinegeri itu, satu hari Sindo telah di halau keluar oleh Mek Bunga dan dia telah menumpang teduh di rumah Wak Lenggeng & Tok Selamah sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak dan tinggal dihujung kampung. Mereka kemudiannya meminta agar Sindo menyertai persembahan di Istana bagi mengubah nasib diri Sindo lalu meminta Sindo belajar menari dengan Mek Kenari seorang guru tari yang hebat dikampung itu.



Tetapi nasib diri Sindo selalu malang di dalam kelas tarian itu juga ada sesaorang yang sangat tidak menyenangi Sindo dan selalu membulinya, namun berbekalkan hati yang cekal dan sabar akhirnya Sindo berjaya menguasai tarian itu dengan hebat sekali.



Sebaik persembahan dilakukan di Istana, Raja Muda telah tertarik hati terhadap Sindo dan melamar beliau, manakala Ibu tirinya telah menjadi gila kerana tekanan setelah ditinggalkan oleh Sindo, Apa kesudahannya cerita Sindo ini?



Raja Muda yang telah jatuh hati terhadap Sindo turut menari bersama Sindo


 Muzikal Latar


Akhirnya Sindo berkahwin dengan Raja Muda dan telah memaafkan ibu tirinya serta mempelawa ibu tirinya tinggal bersama2 dengannya diistana...wahh touching...touching...

Berakhirnya persembahan teater Sindo

Akhirnya aku boleh bagi Tearter ni 3bintang, kenapa bukan 5? sebab bagi aku teater ni menarik, persembahan pelajar juga menarik tapi kekurangan props. Seperti bila mereka membuat persembahan mengacau dodol, tak ada kuali pun, cuma dibuat2 macam mengacau dodol, sedangkan kayu untuk api ada... huh...cant blame them sebab dorang semua student dan dorg buat persembahan ini pun untuk assigment dorg, Apa pun SYABAS. kalau tolak props, aku berani bagi dorang 4 1/2 bintang. Hebat!!!


signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM