.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

~Date Night~

Happening...happening...sangat happening. Dalam bulan ni jer dah 2 tiket wayang yang Nuffnang bagi pada aku, 2-2 best. Kali ni 'Date Night'. Cerita dia lucu tapi dalam lucu ada banyak pengajarannya. terpulang pada individu bagaimana nak menilai cerita tu. boleh dinilai dari pelbagai sudut. ewah!! berfalsampah pulak.



Cerita yang berkisar sepasang suami isteri yang melakukan 'date' sebagai rutin mereka setiap minggu seperti menonton wayang atau pun makan2 sebagai jalan terbaik untuk menyemarakkan cinta mereka. Pada suatu hari Claire -isteri (Tina Fey)  menerima pelawaan  suaminya Phil Foster (Steve Carell) untuk makan malam bersama di sebuah restoren yang terkenal di ibukota - Manhattan bistro, malangnya bila tiba disana tiada kekosongan dan mereka diminta untuk menunggu, tak lama lepas tu seorang pelayan memanggil-manggil nama Tripplehorns. Setelah beberapa ketika tak ada yang nak mengaku sebagai Tripplehorns, si  suami Phil Foster pun menyahut panggilan ppelanggan tu, maka dapatlah mereka meja yang telah ditempah khas khusus untuk pasangan Tripplehorns. Malangnya satu insiden telah berlaku? apakah insiden itu??




Tu korang kenalah tonton sendiri, tapi bagi aku cerita ni menarik sebab aku bukan sahaja menikmati kelucuan cerita ni, tetapi mengambil ikhtibar dari cerita 'date night' ni. Ia memaparkan kisah rumahtangga pasangan yang semakin membosankan bila sudah bertahun2 hidup bersama, bagaimana inisiatif perlu diambil untuk menyemarakkan hubungan yang telah suram itu. Bagaimana pasangan yang telah bersama untuk beberapa tahun mula mengabaikan keperluan sex pasangan, mengambil mudah isu sex, dan akhirnya menyedari kesalahan mereka bila mereka mula berdepan dengan sepasang pasangan yang juga merupakan sahabat mereka sedang berdepan dgn penceraian, maka kerana khuatir mereka akan jadi seperti pasangan itu, mereka berdua mmerancang untuk mengadakan 'date night'

yang lain-lain tengok sendiri lah..apa ingat aku ni tukang karut wayang kulit ker ha???

Jom usha  siapakah yang bertuah dapat menghadirkan diri untuk date dgn pasangan mereka untuk menonton 'Date Night" & suasana di malam 'Date Night'


Apa kena mengena dengan Secret recipe? may be korang lupa disinilah aku dilamar, nyaris2 tertelan cincin Klik sini. & Klik sini, so sempena malam date night ni, aku ingin membawa kembali kenangan itu, biar ianya subur dan semoga ianya terus kekal, walau dilanda pelbagai ujian dan dugaan. Biarlah ujian itu seperti gunung berapi, yang meletup, meninggalkan larva yang akan mendikan tanah disekkelilingnya subur untuk tumbuh bunga-bunga cinta yang lebih subur. ceh..ceh..ceh...


Ingat nak oder Tiramisu, tapi ishhhhh malu plak. so Rasberry Chess Cake dan Blueberry Chess Cake pon ok lah... hahahahah actually Tiramisu out of stock daaa.


Soulmate yang sedang bz membelek menu


Alwayz be my favourite, ice mocha

Diantara yang menghadirkan diri untuk 'Date Night'

Helena
Aus  Melankolik
Jogger
Yang lagi 2 tu tak pasti siapa... (tolong bagi detail)

Tak ketinggalan Sifu aku Bean Moreno dan wife dia

Bersama Aus (tumpang glamer jap Aus yer)

Ishhh sempat lagi ker..hahahah


Jogger & isteri tercinta

 Sempat lagi nak minum bila nak posing



3 jelitawan


Lepak Time


"WE"

3Jelitawan & 1 mamat romeo


4 jelitawan


*wink* sila abaikan perkataan2 yang meloyakan anak tekak anda seperti penggunaan bahasa JELITAWAN..hahahah

signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM