.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Project Alpha S2 - Launching Event

Ketinggalan zaman dah cerita nie, tapi tak apa, yang pasti aku buat entry ni untuk mengucapkan terima kasih pada Nuffnang kerana memberi aku peluang menghadirkan diri dalam event mereka yang sangat gelam & vouge ni - Launching Event for Project Alpha S2. Event yang bertempat di Cineleasure Mutiara Damansara ini berlangsung pada 7hb April 2010 dari jam 7.30pm


 Cineleasure Mutiara Damansara

Aku sampai awal, dalam 7.20 tapi disebabkan lapar punya pasal we all makan dulu kat Tempayyaki, tanpa aku tahu rupanya dorg ada sediakan makan2 kat pawagam tuh. hukhukhuk rugi-rugi.

Sampai2 ajer org yang tegur aku ialah Kak Ina. Walaupon aku tak pernah jumpa dia, tapi Kak Ina ni memang best, peramah sangat, dia boleh cam muka aku walaupon sekadar tengok kat gambar jer

Polok-polok dengan Kak Ina

Then lepas tu apa lagi sesi bergambar ler. tak cukup dengan camera sendiri, dengan camera Deydeck aku tibai untuk berposing. Janji boleh posing. Ini 1st time aku join event Nuffnang. Memang best, rugi kalau korang tak join. Meriah sangat2.



Kenalah ambik berkat dulu, bergambar dengan My Sifu. Kalau tak ada dia aku tak ada dekat event ni. Bean ialah org yang bertanggungjawab atas apa yang aku perolehi dalam Nuffnang. Kejayaan traffic aku, duit dalam account Nuffnang, semuanya adalah dari hasil dorongan dan galakan Bean. (garang ni masa dia mengajar..grrrkkkkkkkkkkkkkk)


Bersama Eriqazz. Eriqazz adalah insan yang bertanggungjawab membuatkan aku melakukan rombakan dan perubahan pada blog ini. Dari warna hijau ke warna hitam merah. Kata Eriqazz tentang blog lama aku " tulisan kak tash halus sangat, nampak bersepah, susah nak baca, tolong guna justify,sidebar nampak berterabur" aku ambik teguran positive itu dan hari ini inilah hasilnya teguran dia. Lepas tukar layout traffic juga memuncak naik. Terima Kasih Eriqazz



Nak tunggu apa lagi, mestilah nak bergambar dengan di amboi...amboi...amboi... Azwan Ali ni kan. Mamat ni memang sporting gilosss..best. Mulut dia dalam TV dan luar TV sama jer. (ada ker org guna mulut palesu dalam TV? hahahahah)


Takkan lepaskan peluang bergambar dengan RedMummy. Vouge seyhhh RedMummy ni. tengok lah pipi dia tuh memang sepadan dgn namanya RedMummy


Bersama si jelita jojo.



Me & My Hubby bersama Azwan Ali dan Jojo


Dan Ribuan terima kasih tidak terhingga untuk my Soulmate  Ahmad Syazwan, kerana sudi menemani aku sepanjang event ni, walaupun dia sangat penat sebab baru balik dari kerja. Nasib baik dekat jer kat rumah kitaorg

bersambung lagi ----------->>>>>>
signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM