9 bulan yang lepas ada seorang lelaki yang mencurahkan rasa cintanya pada mama. Mama gembira sangat ketika itu, lelaki itu sering menghadiahkan mama dengan kemewahan, Mama jadi alpa, mama lupa, tiada sesuatu pun yang percuma di dunia.
Kerana kelapaan mama, kerana mama hanyut dibuai janji manis, akhirnya lelaki yang sepatutnya adik panggil papa telah menaluki mama sepenuhnya.
Kerana cinta mama pada papa, mama gadaikan kesucian mama, tubuh mama, mama serahkan demi membuktikan cinta mama. Badan mama yang sewaktu itu masih lagi montok buatkan papa sering geram bila memandang mama, pandangan seorang lelaki yang penuh dengan nafsu rakus.
Mama hanyut dan tertipu bila mama disirami dgn puji2an. Papa kata mama cantik, papa kata setiap mata pasti terpaku bila melihat bukit yang menggunung di dada mama, lurah itu buatkan mama nampak cukup sempurna sebagai wanita, papa kata dia bangga bila ada disisi mama. Mama senyum gembira. Papa kata lebih bangga sekiranya mama berpakaian terbuka dibahagian dada, supaya org pandang2 mama dan puji papa kerana ada kekasih seperti mama.
Papa kata pinggang mama ramping, membuatkan punggung mama nampak tonggek dan mantop, mama tertipu lagi, papa kata dengan pinggang dan punggung yang seperti itu mama akan nampak lebih cantik jika berskirt pendek, mama ikut kata2 papa, sedangkan mama tak sedar papa sekadar nak memuaskan dirinya.
Setiap hari papa datang jumpa mama, papa belai mama, papa kata hatinya rindu bila tak menatap mama, sebenarnya papa jadikan mama tempat melampiskan nafsunya, mama tertipu lagi.
Satu hari papa datang, mama kata pada papa yang jadual uzur mama dah terlewat, masa tu papa marah2 mama, mama menangis, papa suruh mama makan ubat agar jadual uzur mama sampai, mama menangis lagi. Akhirnya papa mengalah, papa pujuk mama, papa dakap mama, papa kucup mama, mama tewas lagi bila ditindih papa.
Papa janji pada mama, papa akan bertanggunjawab, masa tu adik dalam rahim mama dah mula terbentuk, adik sudah punya nadi. satu hari papa datang jumpa mama, papa kata nak bawa mama keluar, nak hiburkan hati mama, papa nak mama tahu yang papa sangat sayangkan mama.
Mama seronok sangat, walaupun perut dah mula menampakakn bentuk yang berisi, mama masih lagi berpakaian sexy, sebab apa? sebab papa kata mama tetap jelita bila berpakaian begitu, mama hanyut bila papa puji mama begitu. Papa bawa mama ke kelab malam, kata mama, papa nak mama enjoy. Papa baik sangat dengan mama malam tu
Sehinggakan bila mama nak ambil air untuk minum pun, papa halang mama, papa sanggup ambilkan untuk mama, semuanya demi nak buktikan cinta papa pada mama, mama gembira sangat adik tengok.
Lepas minum air tuh, kepala mama mula berat, mama hanyut dalam belaian dan peluka rakus, tetapi masa itu bukan papa yang peluk mama, tapi bergilir2 kawan2 papa memuaskan nafsu mereka pada mama. Dalam masa yang sama mereka menggomoli mama, mereka ambil gambar mama, simpan untuk kenanag2an agaknya.
Bila tersedar mama dapati diri mama dalam sebuah bilik asing, disisi mama ada beberapa keping gambar mama. Mama menangis, papa pula tersenyum puas. Mama tanya papa kenapa buat mama macam ni? papa kata " biasalah...kata moden".. mama menangis lagi. Papa kata mama memang patut diperlakukan macam tu sebab mama tak ada harga diri, tubuh mama semua orang boleh tengok lagi pedih bila papa cakap badan mama macam daging yang terdedah dah di hurungi lalat, tak ada orang yang nak. Mama menangis
Sejak hari itu, lelaki yang mama panggil'sayang' itu hilang entah kemana. Mama pula terpaksa bawa diri dengan membawa adik dalam rahim mama. kesian mama. Sehinggalah sampai masa untuk mama melahirkan adik, mama terpaksa bawa diri jauh dari masyarakat yang kenal mama, juga keluarga mama. Mama malu.
Nak laporkan pada polis mama tak berani kerana lelaki yang mama panggil 'sayang' itu telah mengugut untuk mengedarkan gambar bogel mama sambil ditiduri oleh pelbagai lelaki. Akhirnya sakit yang menakutkan itu tiba. Dengan sisa2 tenaga yang ada, adik lahir kedunia, tak seperti bayi2 lain, mama tak sambut kehadiran adik dengan kesyukuran, sebaliknya mama gagahkan diri mama, selepas adik keluar, mama teran lagi untuk keluarkan uri adik, kemudian, mama gagahkan diri mama berjalan, tubuh adik yang masih tidak dibaluti apa-apa itu mula kedinginan.
Mama tidak mempedulikan keadaan adik yang kedinginan itu, mama gagahkan diri juga bawa adik kesuatu tempat, yer!! akhirnya mama tinggalkan adik kat tepi tong sampah dalam keadaan tidak berbalut. Tak lama selepas mama pergi adik mula rasa tubuh adik dihurungi semut2 yang mula menyalar, sakitnya mama, sejuknya adik mama, muka adik mula bengkak, kaki adik mula bengkak, tangan adik mula bengkak, akhirnya satu tubuh adik bengkak, Adik tak daya nak melawan kesakitan itu mama, lantas adik pergi tinggalkan dunia yang fana ini..
Adik tinggalkan mama juga, tak sempat adik rasa susu mama, tak sempat adik rasa mama kucup adik, tak sempat adik rasa panggil mama, selamat tinggal mama. Adik tahu kehadiran adik tidak mama jemput, tapi sekurang2nya jgn halau pemergian adik. Mama...... adik sayang mama. Mama, mama tak terfikirkan tentang adik yang mama bawa kemana2 selama 9 bulan ini? Mama tak terfikir ker tentang sakit mama nak meneran adik keluar, lagi teruk mama tak terfikir ker tentang DOSA mama?
Mama............................
'