.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Aku dapat tiket AIM



Orang kata tuah ayam namppak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Yer betul tu, aku bertuah semalam kerana mendapat tiket AIM. Siap pergi TV3 kat department gua dot com lagi untuk ambik tiket AIM tu. Tapi rajin ke aku pergi TV 3 tu sorang2? oh tidak aku ditemankan oleh sesaorang yang telah berjaya mendapatkan MC kerana demam kununnya. Siapakah orang itu?


v
v
v
 dengan bangganya TV 3 mempersembahkan .........................................................................
v
v
v









Yeahhh beliau yang dimaksudkan ialah CikLilyPutih dot com

Dah kebetulan sampai kat TV3 tuh apa lagi we all pun ambil kesempatan lah untuk berposing mengalahkan artis. ahahahahha, so jom roger, Pictures speaks louder then words.





so kalau korang nak tau pasal tiket tuh dengan lebih lanjut dan apa aktiviti kitaorg berdua sebelum pergi ambik tiket tuh, jemputlah baca part 2 yer



signature'

17 vs 45



Semalam 28/4/2010 genaplah usia aku mencecah 19 tahun. Apasal korg tak percaya umur aku 19? aku ada bukti ler umur aku 19. Ni bukan aku yang buat2 cerita tau. Cuba korang tengok nie??? bukan sembarangan orang yang buat kenyataan ni, dia ni ada Syarikat besar yang duduk kat Bursa Saham  tau, sapa lagi kalau bukan CEO Kueh Tarts
v
v
v
v
v

Klik untuk zat pembesaran


Ha!!! kan terbukti tuh? ishh korang jgn ler dengki!! dah kenyataanya aku ni memang muda lagik... cuma jodoh sampai awal..so kenalah kwin awal. ahahahah. Apa?? korang kata aku 45? sapa yang buat fitnah nie? Apa? Eyriqazz ?? cis mana dia..nak babap dia tuh? dia bagi tau korang kat mana? ada ker bukti? Apa?? ada!!! cis..meh sini meh. Meh aku nak tengok
v
v
v
v
v
v



Ish..ish... tak sangka sungguh cempedak menjadi nangka tetiba aku ada 2 usia.. wahahah. Hebat wanita bernama natasha-E1 ni kan. (penuh keperasanan). So agaknya berapa umur aku yer? takkan nak pakai2 dua kenyataan dari dua manusia berbeza tu? karang tak pasal2 aku jadi macam ni
v
v
v
v

Tak relaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!


Apa pun ribuan terima kasih kat korang semua. Tak kiralah dalam bentuk ucapan macam mana korang berikan, aku tetap menghargainya. sangat2 menghargainya. Tapi dalam sedar atau tidak aku terima beberapa personal blog entry tentang bday aku nie. Terharu jugakkan. Nasib baik bukannya keluar surat khabar.ahahahha.



Ini entry khas dari Cikgu Isza. 

Dia bagi entry ni paling awal, sbb FB hantar notification kat dia awal :d. Apa pun terima kasih banyak2 Isza, Tash suka sangat entry Isza ni.



Ini entry khas dari My budak kecik Fateha a.k.a Intan

Wah!!! dalam kesibukannya dia masih ingat lagi dan ada masa nak buat entry ni. Terima kasih Fateha. Nanti dah habis exam kita g roger2 shisha sama2 k



Ini entry dari Sifu aku, Mr bean Moreno

Dalam dia sangat2 sibuk dengan kerjanya, dengan tukar lampu kat kolejnya, dia masih ada lagi masa buat entry ni. terima kasih banyak2 Bean.


Kepada semua yang hantar ucapan kat shoutbox, Fb, sms, card, call, emai, e-greetings, hadiah, dinner, dan lunch, aku nak ambik kesempatan ini mengucapkan ribuah terima kasih pada korang semua. Korang telah menceriakan bulan April aku yang pada awal bulannya AMAT MENDUNG di atas ujian yang menimpa aku.







signature'

http://www.Ciklilyputih.com | wallah gaya seyhhhh

Aku tak nak cakap banyak, cuba korang tengok sendiri dari http://sigilatv.blogspot.com kini telah TRANSFORM kepada www.ciklilyputih.com Wah, semakin hebat ko nyah!!! (dengan tegasnya menyatakan ciklilyputih bukannya maknyah@bapok@pondan tau, tapi wanita tulin)



Masa ni header pun masih lagi pakai header lama http://sigilatv.blogspot.com, tapi kini ianya telah berubah wajah menjadi



v
v
v
v
v





Wah!! dengan layout baru, wajah baru, header baru, domain baru. Tahniah!! tahniah!! ko memang hebat. Amacam perasaan ko sekarang Nyah? ada teruja tak? Apa kata korang melawat blog ciklilyputih kita nie. Dan kenalilah insan yang brdiri dibelakang perubahan itu..ahakzzz


signature'

Road Trip with My Broadband

Berjalan memang menjadi kegemarah aku dgn Mr hubby aku, Kalau hari minggu tak payah lah korang berangan nak cari aku dgn Mr hubby kat rumah, dah tentu2nya we all tak ada kat rumah.


 Jalan2 hari minggu

 Dalam masa yang sama aku nikan blogger tahap tegar. Tegarlah sangat katanya. Hahahah, so mana boleh aku jalani kehidupan Normal aku tanpa internet. Aku suka berjalan dalam masa yang sama aku kena berinyernet setiap hari. So apakah jalan penyelesaian terbaik untuk aku??

Yer!! dengan adanya P1 Wiggy ni, bermakna aku tak perlu risau menjalani kehidupan aku diluar rumah, bila2 masa ajer aku boleh online, tambahan sekarang ni P1 sedang meluaskan kawasan jajahannya. Ini bermakna dalam masa yang terdekat ini tak mustahil untuk satu Malaysia mendapat liputan P1 Wimax ini.
Dengan bentuknya yang kecil berbanding Broadband lain, juga ringan serta bergaya untuk dibawa kemana2 sahaja. pendek kata 'CUCUK & MAIN' wah semudah A...B...C...

So apa korang tunggu lagi? tak payah pening kepala untuk mencari Cyber Cafe. sekarang ni Cyber Cafe org guna untuk main game jer, untuk korang nampak lebih bergaya dgn laptop masing2 P1 wiggy adalah jawapannya. Harganya juga amat berpatutan

Episod 8



Episod 9



Episod 10




 Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


signature'

Natasha | vs | Azura

Filem Azura mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular, setelah berjaya melakar nama sebagai seorang penyanyi berbakat menerusi pertandingan Bintang RTM 1978.


Skrip asal untuk filem Azura ini dinukilkan oleh M. Amin dan ia diarahkan oleh Deddy M. Borhan. Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah 'Ogy' Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama, selain arwah Rafie Hussein, Syed Sobrie dan A. Galak.Filem Azura mencatatkan sejarah sebagai filem MELAYU Malaysia pertama yang mencapai pungutan Box-Office.




Wah!! hebat2. Tapi siapa sangka filem yang pernah mendapat pencapaian Box-Office ini sebenarnya merupakan perjalanan cerita cinta aku jugak. Walaupun bukan 100% tetapi 60-70% tuh memang sama, especially bila bab2 cinta mereka terhalang, kesusahan mereka mengharungi kehidupan, bab Azura di fitnah itu pulak digantikan dengan bab2 aku dikata dan dihina. Bagaimana mereka berdua mempertahankan cinta mereka walaupun banyak dugaan dan rintangan, bagaimana Zack yang sanggup meninggalkan keluarganya yang senang untuk seorang wanita bernama Azura lagilah menyentuh hati aku, bila mengingatkan bagaimana insan bernama Ahmad Syazwan ini meninggalkan keluarganya yang hidup dalam kemewahan semata2 untuk aku.
Wah!!! Adakah kisah cinta ku sehebat kisah cinta Azura? Boleh ker aku dapat Box-Office kalau kisah cinta aku difilemkan dan ditayangkan di pawagam? korang jgn lupa bagi support tau kalau kisah cinta aku ditayangkan yer.Hahhaha aku dah start mepek dah !!! apa yang kau mencarut pagi2 ni Natasha?Ontah ler!

Motif entry ni?

  • Saje nak bg tau korang pagi ni aku bgun awal2 tgk2 Astro ada pulak cerita Azura tuh maka aku dah teremo sekejap bila tgk cerita tuh. Yelah bila mereka baru2 kawen naik moto cam aku dgn Mr Hubby aku jugak...
  • Nak ucap terima kasih kat Mr Hubby aku kerana memberi aku satu kehidupan yang penuh makna. Insyaallah its going to be 4 years soon.. Dan banyak sangat perubahan dalam kehidupan kami dalam masa 4 tahun melayari bahtera perkahwinan ini. Terima kasih abang.


signature'

Benarkah ... | the first cut is always the deepest?

Betul ker cinta pertama itu adalah cinta yang sebenar2nya? cinta yang tak ada ganti? Cinta yang tak bermusim, akan selalu ada dalam hati? Cinta yang tak pernah boleh disini oleh cinta lain? benarkah begitu?



Kalau benarlah begitu mengapa selepas cinta pertama pun kita boleh mengahwini org lain? mengakui kita menyintainya? mengakui kita sayang padanya? menyimpan cemburu andainya dia cuba berlaku curang pada kita? Rasa ingin memiliki dan menakluki dia sepenuhnya. Mahukan dia hanya untuk diri kita.

Berkahwin dgn BUKAN cinta pertama, melayari kehidupan bertahun-tahun bersama, tapi ujian melanda, bertemu kembali cinta pertama, sekarang ni nak jumpa cinta pertama bukannya susah!! masuk jer FB, InsyaAllah jumpalah. Benarkan bila bertemu kembali cinta pertama maka cinta itu akan berputik semula, dari sisa2 kenangan sebagai akar, ia di sirami dgn pengalaman2 sepanjang kehilangan bersama, kemudian tumbuh cinta2 baru? Dan kemudian seperti terjaga dari mimpi mula menyedari yang dalam hati yang telah terisi dgn insan lain rupanya ada ruang kosong lagi yang tak terisi? dari mana ruang tuh? ruang itu rupenya ruang yang tak boleh dan mampu diisi oleh orang lain melainkan cinta pertama. lantas salah sorang meluahkan isi hati yang satu masa dulu dialah cinta pertamanya, kemudian menjadi rapat dan akrab, maka terjalinlah semula rasa yang pernah hilang untuk bertahun-tahun lamanya.

Persoalannya.... setelah cinta pertama terputus maka hadirlah cinta kedua, ketiga atau seterusnya, tak kiralah korang bahagia dgn cinta yang nombor2 berapa pun kan.... tak terfikirkah korang cinta yang selepas cinta pertama itu lagi hebat lerana sidia menerima korg dalam kecederaan hati korg, sekeping hati itu dirawat dan dijagai, dan adilkan untuk pasangan korg sekiranya dia tahu bahawa dalam hati korg ada sekelumit ruang yang dia tak mampu isikan, kerana ruang itu hanya untuk cinta pertama korg.

Motif entry ni?
  • Jika pernah kehilangan @ gagal dalam cinta pertama just put it a side tambah bila dah jumpa cinta yang lain, hargailah apa yang ada. Ingatkan diri korang yang korang pun tak suka bila pasangan korg menyimpan ruang kosong untuk org lain walaupon sekarang dia ada dgn korg
  • Jgn persia-siakan cinta kedua yang telah terjalin, dan kini korg bahagia dgn cinta kedua, so jgn bagi alasan " sebenarnya aku tak bahagia" hya selepas korg jumpa cinta pertama
  • Bila bertemu dgn cinta pertama pastikan korg bg tahu pasangan korang supaya dia tak buruk sangka, dan sekurang2nya dia tahu yang dia perlu 'berjaga-jaga'.
  • Sekiranya cinta pertama korang tuh masih single JANGAN bertemu dirinya, melainkan korg bawak pasangan korang, tunjukkan padanya yang korang bahagia sangat supaya dia tidak ambil langkah mendampingi korg lebih dari kawan
  • bagi korang pulak, sekiranya cinta pertama itu single, jgn plakk korang gatal2 nak usha, ingatkan diri korang yang korang SUDAH BERPUNYA
  • Sebelum korang buat sesuatu yang giler baik korang letakkan diri korang kat tempat pasangan korg, berbaloikah sekiranhya korang masih nak mengenang cinta pertama itu? sampai bila?




signature'

Natasha dah ada BOUNCER


Wah..wah...wah...Bouncer katernya!! Yer aku tiba2 dah ada bouncer. Mungkin kerana minatnya pada aku (dengan penuh keperasanan) dia telah menawarkan dirinya untuk menjadi bouncer aku. Tak payah bayar gaji, dia sedia jaga aku dan juga blog ni 24jam sehari,Dia rela! Siapakah dia itu?


Cuba korang tengok ni!!

Masaalahnya sekarang dia sudi nak jaga aku, tapi aku x ada link dia untuk nak minta tolong dia kalau ada yang kacau aku. Takkan aku nak panggil dia macam apek panggil ikan duyung dalam filem duyung kut, pakai tiup kerang erk?



Wah!!!! secret man katanya? secret man ker secret admire?? hkhakhak, habislah ko kali ni Natasha-E1, dah ada yang nak jadi bouncer ko plak secara tiba-tiba! Apa kess??



Wah!!! ganas bouncer ku, siap nak bunuh2 orang plak!! siapalah mamat nama Haikal ni? boleh tak tolong kenalkan diri, jangan ler jadi penjaga misteri, susah Natasha nak bayar bonus nanti



Tetiba hati ku tawar nak menjadikan Haikal bouncer aku, bila dia start gatal2. siap nak main raba2 pulak tu? cam mana aku nak rasa secure dgn dia nanti..arghhh tak rela mak nyah!!!


uiksss dah main raba2 pulak, dari satu ke dua org sekarang dah tiga? bukan main lagi yerk! Korang buat shoutbox Natasha tempat mencarut ker? tak harus betul ler korang nie

Apa kes dorang nie?



Bila pulak aku cakap mamat Haikal ni Gay?wah sudah ada isteri ker?? larikkkkkkkkkkkkkkk aku x mo terlibat dgn husband orang doh!!!



So motif entry nie? bukan nak bangga aku ada secret admire atau ada secret bouncer!! Cuma pada semua yg tinggalkan msg kat Shoutbox tuh tlonglah tinggalkan links korang supaya aku tahu siapa, dan dapat membalas kunjungan korang, dan TOLONGlah elakkan mencarut dan berkata-kata lucah disitu sebab ia diletakkan disitu untuk meninggalkan jejak, bukan untuk mencarut atau melucah.

Sekian~~!!!!!!!!!!!






signature'

Arah Kiblat


Sejauh mana korang mementingkan arah Kiblat? tahu tak yang mengetahui arah Kiblat sangat penting bagi memastikan arah untuk korang bersolat.Mesti ramai antara korang mengalami kesukaran untuk memastikan arah Kiblat bila korang kemana2kan? tapi sekarang tak payah pening2 kepala, dan tak payah nak jadikan itu sebagai alasa korang tak boleh nak bersolat.
Pada bila2 masa ajer, korang boleh cek kat sini arah kiblat korang. Dengan hanya memasukkan lokasi korang berada, InsyaAllah korang akan diberitahu arah Kiblat korang.



So lepas ni jangan macam2 alasan sebab tak nak sembahyang tau, sekarang ni dgn kemajuan yang ada, melalui HP korang pun korang boleh guna untuk excess internetkan, so gunakanlah internet tu untuk detect lokasi Kiblat korang, jangan guna hanya untuk cek FB, blog, YM aje, Kiblat pun cek jugak tau (peringatan untuk diri sendiri jugak)



(Tolong sebar2kan maklumat ini kat dalam blog korang jugak yer biar ia dapat dikongsikan beramai-ramai)


signature'

SINDO



Sindo adalah nama sebuah persembahan teater yang diadakan di Panggung Experiman Aswara. Teater ini merupakan persembahan pelajar tahun akhir Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan. Persembahan ini bermula dari 23April -25 April 2010 jam 8.30 malam, dan harga tiket hanya RM 10.00.



Inilah dia gadis yang memegang watak SINDO


Sinopsis Sindo:
Dalam Mak Yong Sindo ia mengisahkan tentang Raja Besar yang ingin mencari jodoh bagi anakandanya Raja Muda. Dalam usahanya itu baginda meminta peran bersaudara memukul canang diserata negeri untuk meminta sekalian rakyat jelata mengadakan persembahan di Istana bagi membolehkan Raja Muda mencari jodoh, manakala dihujung negeri terdapat seorang anak gadis yang bernama Sindo yang selalu didera oleh ibu tirinya, Mek bunga, yang selalu memintanya membeli barang2 dengan hanya berbekalkan duit seringgit.




Wak Lenggeng & Tok Selamah sedang memujuk Sindo


Jika Sindo gagal membeli barang2 yang dipesan dengan duit seringgit itu maka dia akan dipukul dan didera. Sindo mempunyai bakat menari yang tiada tolak tandingnya dinegeri itu, satu hari Sindo telah di halau keluar oleh Mek Bunga dan dia telah menumpang teduh di rumah Wak Lenggeng & Tok Selamah sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak dan tinggal dihujung kampung. Mereka kemudiannya meminta agar Sindo menyertai persembahan di Istana bagi mengubah nasib diri Sindo lalu meminta Sindo belajar menari dengan Mek Kenari seorang guru tari yang hebat dikampung itu.



Tetapi nasib diri Sindo selalu malang di dalam kelas tarian itu juga ada sesaorang yang sangat tidak menyenangi Sindo dan selalu membulinya, namun berbekalkan hati yang cekal dan sabar akhirnya Sindo berjaya menguasai tarian itu dengan hebat sekali.



Sebaik persembahan dilakukan di Istana, Raja Muda telah tertarik hati terhadap Sindo dan melamar beliau, manakala Ibu tirinya telah menjadi gila kerana tekanan setelah ditinggalkan oleh Sindo, Apa kesudahannya cerita Sindo ini?



Raja Muda yang telah jatuh hati terhadap Sindo turut menari bersama Sindo


 Muzikal Latar


Akhirnya Sindo berkahwin dengan Raja Muda dan telah memaafkan ibu tirinya serta mempelawa ibu tirinya tinggal bersama2 dengannya diistana...wahh touching...touching...

Berakhirnya persembahan teater Sindo

Akhirnya aku boleh bagi Tearter ni 3bintang, kenapa bukan 5? sebab bagi aku teater ni menarik, persembahan pelajar juga menarik tapi kekurangan props. Seperti bila mereka membuat persembahan mengacau dodol, tak ada kuali pun, cuma dibuat2 macam mengacau dodol, sedangkan kayu untuk api ada... huh...cant blame them sebab dorang semua student dan dorg buat persembahan ini pun untuk assigment dorg, Apa pun SYABAS. kalau tolak props, aku berani bagi dorang 4 1/2 bintang. Hebat!!!


signature'

Manusia yang masih hidup pun boleh jadi mangsa lalat dan berulat


 Human botfly ataupun nama saintifiknya Dermatobia Hominis. Human botfly juga dikenali sebagai torsalo ataupun American warble fly.


Human botfly betina akan meletakkan telur-telurnya ke sayap dan kaki nyamuk ataupun lalat perumah. Semasa nyamuk dan lalat perumah hingap ke kulit manusia untuk menghisap darah ataupun sekadar hinggap, larva akan masuk ke kulit manusia melalui liang folikel (liang roma) ataupun luka akibat kesan gigitan nyamuk. 








Larva akan bernafas melalui dua posterior yang terletak di spiracles flush dengan kulit manusia. Selepas 2 hari larva akan mencapa proses rangkaian subkutan dan selepas hari ketujuh , larva bertukar bulu untuk instar kedua (larva peringkat kedua), dan kemudian ke instar ketiga selepas lapan belas hari. Selepas 30 hari larva akan keluar dari kulit manusia menjadi lalat.






*Info credit to Mr Google* ~ sekadar berkongsi info

signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM