Oh Kunci,
Terkunci & terkatup,
Puas ku telek & ku cari,
Anak-anak kunci untuk membuka misteri,
Tapi gagal aku temui,
Oh kunci,
Aku x pernah berputus asa,
Mencari dan terus mencari,
Semoga satu hari akan kutemui,
Kunci-kunci membuka misteri,
Di dasar lautan kah kau wahai kunci,
Akan ku selami,
Hingga akhir hayat aku tidak pernah lelah,
Mencari sebentuk kunci,
Yang bisa menemukan aku dgn apa yang aku cari,
Kerana yang kucari tiada galang ganti,
Oh kunci,
Bertahun kau menghilang,
Jauh dari diri,
Jauh dari mimpi,
Tapi kau selalu dihati,
Kerana cuma satu kunci,
Yang bisa membuka,
Kegembiraan hati ini,
Oh kunci,
Andai gagal aku temui,
Pencarian yang tiada bertepi,
Maka hilanglah senyum,
Hilanglah tawa,
Kerana untuk sekian kalinya,
Hilang mu tiada ganti
'
5 comments:
tq for joining! :) wait for the winner on the 22nd jan ok :)
Hehehe... ok lah tu, teman bg 10 bintang! Hahaha
10 bintang ka??aduhhhh menang ar tuh kiranya
wow...
join juga ker?
moga berjaya(tidak ikhlas)
hahaha
amboi hans...doa kena ikhlas tau:P
Post a Comment