.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Contest lagi ~~[WHISPER YOUR LOVE's NEST CONTEST ]


Yeahhhhhh!!!! Hana nak bagi hadiah.... tapi ada syarat....syaratnya anda kena luahkan perasaan cinta anda pada pasangan anda.... wallahhhhhhhhhhhhhhhh i likeeeeeeeeeeeee!!!!! sbb Natasha x pernah jemu memuja buah hati Natasha ni.....so apa lagi kalau ada hadiahkan....wahhhhh!!! terlebih sudah!!! Natasha dapat tahu pasal contest ni dari Cikgu Isza... so korang jomlah join sama yer

So tunggu apa lagi??? nak luahkan ni....!!! ha sediakan tisu yer kawan2....

Abang........ Umpama mimpi bila diri mu hadir dalam lipatan kehidupan ku... hadir mu disaat aku sedang tersungkur jatuh menyembah bumi bila sekeping hati wanita ku dihancuri oleh seorang lelaki yang pernah bergelar suami. Di saat aku tertiarap kau bangunkan aku dengan cinta mu, di saat aku melangkah kau pimpin aku dengan kasih mu, disaat aku sendiri kau temani aku dengan rindumu.

Sukar aku menerima cinta itu... sukar aku menerima rindu mu, bukan tiada kasih di hati ku saat itu, malah bunga cinta tidak pernah sekali pun layu. Namun menyedari kekurangan diri, menyedari siapa diri ini menjadikan aku rasa terlalu kerdil untuk menjadi pasangan hidup mu.

Abang..... Cinta kita penuh dgn halangan dan air mata. Terlalu banyak kolam air mata terpaksa kita renangi untuk sampai ke destinasi cinta ini. Bukan mudah untuk kita menyatukan dua hati bila cinta kita tidak pernah direstui. Kasih kita dianggap noda, cinta kita dikatakan dosa...mengapa??? Namun abang tak pernah sekali goyah bila badai menghempas pantai impian dan cita-cita kita. Tergamam juga bila mengingati saat itu, manakan tidak usia abang jauh lebih muda dari kedewasaan yang abang tunjukkan. Hampir satu pusingan jam usia kita berbeda namun hampir satu pusingan jam juga kekuatan yang abang tunjukkan untuk melawan segala yang hadir untuk menghancurkan cinta kita.

Segala kesungguhan itu menjadikan aku terpaut pada mu. Abang sanggup kehilangan segala2nya demi untuk kita bersatu... tak pernah ada keluhan dari bibir abg bila kita diuji dan diuji. Sebaliknya sering abg bisikkan ketelinga ini " sayang... kita harus kuat, kerana hanya kekuatan yang terbaik untuk menjadi benteng cinta kita"
Abang mungkin tidak tahu dan tidak akan pernah tahu sesungguhnya diri ini amat menkagumi diri mu.






Ahmad Syazwan adalah kurnia ilahi yang terlalu istimewa buat diri ini. Tanpa diri mu entah kemana aku berlabuh saat ini... mungkin tenggelam dengan gelora kekecewaan dan lemas dalam lautan kelukaan. Aku menyedari bukan sedikit pengorbana yang telah insan bernama suami ini lakukan... Tak terbalas aku hingga ke hujung nyawa.








Syurga ku,
Jangan kau pernah lelah menyintai aku, sebagimana aku tidak pernah lelah menyintai diri mu. Kini setelah hampir empat tahun kita bersatu, bererti hampir empat tahun juga syurga ku di bawah telapak kaki mu, Ampunkan segala dosa-dosa ini, redha kan segala tunjuk dan ajar mu, halakan segala cinta, dan kasih sayang mu buat ku kerana tanpa mu SIAPALAH AKU??? yang termampu aku janjikan pada mu, walau kau bukan yang pertama hadir dalam hidup ku, aku mohon pada pencipta, jadikan kau yang terakhir bertakhta dihati ini.... Aku ingin pejam mata dan mengadap ilahi disaat aku masih menjadi isteri mu, kerana aku ingin menyambung cinta itu 'disana' nanti..... terima kasih abang di atas segala-galanya. Tak terbalas segala yang telah diberikan walau jutaan ucapan penghargaan aku luahkan.....

:::::::Cinta ku untuk mu hingga nafas terakhir ku:::::::




signature'

Bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat!




Mengejar setiap bungkusan yang ada makanan









Disaat kanak2 ini kebuluran anak2 kita sedang enak membazirkan makanan









Satu lagi "bukti" yang memperkuat alasan, Kenapa kita sepatutnya mensyukuri makanan dan minuman yang masih dengan mudah kita dapatkan...












I feel very GRATEFUL for what I have today...
We are so lucky!
Lihatlah tahap kebuluran mereka, sehingga mereka tidak dapat membezakan diantara makanan dan bukan makanan
"Vulture" sedang menunggu kanak2 ini mati agar dapat dijadikan makanannya.........















**Vulture = Burung yang biasa memakan bangkai atau makhluk hidup yang sudah sekarat.















signature'

Tagged

ALAMAK!!!!!!!!!!!!!
Aku kena TAGGED ler.... ishhh budak ni nak kena nie
nama dia NICK IRFAN kerja dia buat dan mereka cerita antu..... tapi cerita dialah yang aku tunggu2 untuk membasahkan gusi yang kering...hahahahahaha

Ni soalah tagged dia: =BINA AYAT DARI A-Z?=
[ekelehhh kacang jer tuh]

A= Ahmad Syazwan
B= Buah hati ku
C= Cinta hati ku
D= Debar-debar melihatnya
E= Engkau yang aku puja
F= Forever
G= Gila aku pada mu
H= Hati ini telah kau tawan
I= Inilah bukti cinta ku
J= Jangan pernah dustai aku
K= Kerana aku bisa terluka
L= Lantaran terlalu menyayangi mu
M= mampu kah engkau berjanji
N= Natasha satu dalam hati mu
O= Obor cinta kita mekar selalu
P= Pautan tetap padu
Q= Qualiti cinta mu & cinta ku
R= Rentangkan agar menjadi satu
S= Semoga kita bahagia sayang
T= Tak ingin aku terluka bersama mu
U= Umpama sayangnya mumtazah kpd mumtaz nya
V= Vouge berdua selalu
W= Walau diri ditelan usia
X= Xraylah dada ku andai kau ragu
Y= yer!!! aku cinta pada mu
Z= Zahir dan batin ku....

Perhggggggggggggggggggggggggg!!!!!! siapppp!!!!!!!
sekarang aku nak tagged korang plakk..... sapa yang kena tuh wajib jawab tau tagged nie!!!


  • Korang yang kena TAGGED ni jgn lupa TAGGED plak kat org lain.....[cop...cop... kecuali pada org yang emnghantar TAGGED ini pada korg]..hahahah
  • Korang kena hantar sebanyak 30 org atau lebih ..tapi x boleh kurang dari 30... amacam??? 
  • Ada berani??????
signature'

Air naik kepala.........

APA???? APA tengok2?
o0o0o0o0o sebab tajuk tu erk?
La ingatkan hape tadi.....................

A'ah..... ni nak citer sal air naik kepala la nie.... yang rasa2 bawah umur tuh g balik...jgn baca....:P

Selalu kita dengar 'org lelaki' jer sebut air naik kepala kan..... abis tuh org perempuan x ada ker masaalah air naik kepala??
Kalau tanya aku...aku akan jawab ada jer.... perempuan pon pandai gak marah bila air naik kepala..pandai gak baran bila air naik kepala..pandai gak sakit kepala bila air naik kepala kan... (iyer ke)...???

Kenapa masaalah ni ditulis?? ditanya?? sbb la ni org lelaki selalu jer marah @ buat alasan pasang 2-3-4 bila isteri tak tunaikan tanggungjawab.....tapi dorg penah x tye kat diri dorg..... bila dorg plak yg gagal tunaikan tanggungjawab tuh? apa dorang ingat isteri dorg tuh x ada perasaan ker?? para isteri pon ada jer istilah "air naik kepala"....

huh kenapa emo sangat ni natasha???
Semalam berbual dgn sorg teman[perempuan]... dia kata hubby dia nak kwin lain...so aku pon tye ler kenapa?? dia kata " laki aku ckp aku x boleh nak puaskan dia..aku selalu kata aku penat,x larat"... 
( hangin jer aku dengar ).... aku rasa kalau aku jumpa laki dia tuh ( kawan aku gak) aku nak jer tanya "En.Lelaki I dengar u nak kwin lagi yer?" kalau dia jawab "yer" aku nk tye lagi "kenapa erkk?" dan kalau alasan yang sama dia bagi pada isteri dia... aku akan sental kepala dia dgn persoalan maut aku..... "o0o0o0o isteri u x boleh nak puaskan u erk?? abis tuh u rasa u bagus sangat ker?? cuba u tanya dalam sepanjang tempoh u berkahwin dgn isteri u berapa kali u boleh puaskan dia" [ ha!!! ambik ko soklan cepu emas!!!! ].. aishhhhhh!!!! x faham aku lelaki yang menggunakan alasan tuh sebagai alasan nak kawin lain....tak masuk dek hakal aku....

Mmglah islam menghalalkan beristeri 2-3-4 [ jika mampu & boleh berlaku adil ].. tapi faham x maksud adil disini... adil yang ingin aku perjelaskan bukan segi nafkah zahir batin jer... aku nak memperjelaskan adil yang lebih terperinci...


  • Adil ker bila seorang suami bila hati isteri muda di tatang2.... sedangkan hati isteri tua diabaikan?
  • Adil ker bila seorang suami nak berkahwin lain dia menggunakan alasan kelemahan isterinya sedangkan dia butakan mata pada kelemahan dirinya sendiri
  • Adil ker bila seorang suami tu ada tercalit dalam hatinya "wah isteri baru aku lagi best" ? kat cni dia dah menilai dan meletakkan keutamaan & keistimewaan tuh lebih pada yang kedua [almaklumlah barang baru...belum lunyai lagi]
  • Adil ker bila seorang lelaki tuh menganggap sebab dan alasan dia berkahwin itu kerana kelemahan isterinya tanpa dia sendiri nak menghitung kelemahan diri dan memperbaikinya?"
  • Adil ker dia bila diwaktu susahnya dia bersama isteri tua...bila dh senang2 dia kongsi plakk dgn isteri muda[ tetiba jer muncul ]...kenapa tak suruh jer isteri muda tuh hidup jer mcm isteri tua macam masa mula2 kawin dulu? naik pelan2..dalam ertikata lain buatlah seolah2 macam kawin dgn isteri pertama dlu sama2 mkn ikan bilis... kocak tong minyak masak dgn air sebab minyak dh habis..makan cwinggum dalam kereta bila ujan supaya senang nak tampal mana2 kebocoran dalam kereta.......
  • Adil ker kalau isteri tua dlu beranak hantar kat gomen...[masa susahkan]..time isteri muda bukan main htr g hospital pakar [ialah dh kayo sikit] knp x htr jer g spital gomen gak??
Ini baru sikit [emo ni...emo.......] so korang yang lelaki tuh bawak2 lah kaji diri sendiri....sebelum nak lemparkan satu tuduhan isteri itu x sempurna...cuba tye diri sendiri "SEMPURNA SANGAT KAH AKU"
Dan kepada para suami korg kena ingat... walaupon korang suami...nakhota rumahtangga...korang boleh bagi istilah 'nusyuz' pada isteri ..tapi korg jgn lupa.... suami lagi ramai yang nusyuk dari isteri....
korang marah????nak aku ckp apa yg korang nusyuz?

  • Korang awal2 kawin lagi dh tak bertanggungjawab..... tanggung jawab korg separuh isteri dah buatkan ( mmglah faedahnya pada isteri sebagai sedekah)... kerja rumah yang korg perasan isteri kn buat tuh sebenarnya bukan tanggung jawab isteri...korang yg patutnya buat..memasak..mengemas...kalau x mampu nak buat sediakan seorang khadam[la ni maid ler] Ha???? apa tercengang? baru tau ker? alahai En...En lelaki oiiii........
  • Korang kn ingat tugas isteri korang cuma untuk melayang korang dan mencantikkan diri dia untuk korang ( mesti korg ckp'dh  2 bini aku selekeh jer aku balik keje' ) tapi cuba korg tye balik kat diri korg"berapa banyak elaun korg peruntukkan untuk isteri korang dlm sebulan untuk dia dandan diri dia untuk tatapan korg?" ( duit belanja dapur pon kekadang x cukup )
  • Korang tau x?? anak2 korang yang isteri korg susukan tuh korang x pernah bayar upah apa2 pon? yang mana kalau ikut dalam islam korang harus bayar upah isteri korg menyusukan anak korg ( wlpon tuh anak dia sendiri)
  • Korang tye diri korang sepanjang perkahwinan tuh berapa kali korang usap ubun2 isteri korang waktu subuh untuk bangunkan dia untuk jemaah subuh? ( kalau kejutkan pon..cara korg kejutkan tuh gajah dalam utan pon boleh bangun)
  • Korang cuba tye diri korang berapa kali korang pimpin tgn isteri korang untuk bawak dia sama2 menghadiri ushrah,kiyamullail,ceramah agama?
  • Korang ajar x isteri2 korang mengaji dan anak2 korang mengaji @ mengupah mana2 ustaz untuk mengajar mereka?
  • Ada tak lepas nikah korang ajar isteri korang cara2 nak mengangkat hadas besar ( korang assume isteri korg dh pandai..tanpa korang tau kalau lepas tu dia angkat hadas tuh salah & tak sah dosanya atas kepala korg)
  • korang tau x tanggung jawab korang sampaikan kan korang perlu ajar bagai mana untuk isteri korang bersihkan darah haid dan darah nifasnya...(kata pon ketua keluargakan)
  • Masa nak nikah pon pernah korg tye cukup tak ilmu kat dada korg untuk menerajui sesebuah rumah tangga?
Bukan aku nak tunjuk kat sini semua salah lelaki... aku x nafikan ada jugak salah perempuan..... tapi dari korang sibuk nak bini keluarga baru baik korg merapikan....menyempurnakan keluarga yang korang ada......
korang kena ingat perempaun ini dtgnya dari rusuk kiri korang yang sememangnya bengkok kejadian fitrahnya.... so semua terpulang pada korg mcm mana nak meluruskannya...terlalu lembut dia x lurus...keras & kasar patah nanti..... so carilah penyelesaian pada permasaalahan tersebut

Sebelum aku berhenti melepaskan emo ni... aku susun sepuluh jari mohon maaf andai ada aku terkasar (ialah kan...isu sensetif org perempuan)...... dan aku tulis ni bkn nak katakan perempaun tu betul semua...cuma nak para suami lebih peka bahawa isteri mereka pakaian mereka..maka cantikanlah pakaian itu......



** aku x anti poligami....kr jika aku anti poligami maknanya aku menidakkan hukum Allah...cuma para suami sendiri timbang2kan diri,ilmu,kemampuan sebelum berniat nak berpoligami**
signature'

~~~~Give Away Sempoi "OYA"~~~~








Korang tengok atas petiais korang ada habuk x??
Kalau ada jom kita mintak pelapik petiais pekat "OYA" 

Korang rasa nak menabung duit tak?
Kalau nak jom kita mintak tabung kat "OYA" 

Korang tidur sejuk x?
Kalau sejuk jom mintak selimut kat "OYA"








signature'

Without Borders Contest.

Part1 (Without Borders Contest)

Sayang...jgn pernah lelah untuk menyintai diri ku...
Seperti aku.... tidak pernah lelah menyintai diri mu...
Ombak badai menyerang pantai cinta kita
Namun pantai tidak sesekali pernah retak...
Cinta kita bagai pulau yang tidak tenggelam,
Walau badai mengganas, menguja keteguhan pulau cinta....

Sesiapa yang berminat dgn contest ini...korang boleh tinjau2 @ intai2 kat blog





signature'

Binatang yang bertopengkan manusia

Tadi tgh2 selak email lama2...terjumplah satu email ni yang dikirimkan pada 14 oktober 2009. Baru jer lagi. lebih kurg 3 bulan yang lalu...bagi kita mungkin dah lama..tapi bagi keluarga simangsa..apa yg berlaku dalam tempoh itu tidak dapat merawat kesedihan,ketakutan,trauma mereka... pasti mereka masih lagi menangisi apa yg terjadi....


Cuba bayangkan andai ini terjadi pada anak2 kita @ keluarga kita
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V




Apa dlm bungkusan guni tu yer?











Ya Allah mayat seorang kanak2 yang tidak berdosa













Barang2 Mangsa yang ditemui








Apa dosa mangsa sehingga mangsa dihukum sebegini?













Perbuatan Binatang yang bertopengkan manusia..Binatang pon x macam ni..........











Bayangkan Trauma & hancurnya hati IbuBapa kanak2 ini.....




bagi sesiapa yang ada anak tu x payahlah bermurah hati sgt nak suruh anak2 kita ke kedai...anyway bkn tanggungjawab dorg pon...x payah nak melatih anak2 g buang sampah kat luar rumah atau bwah rumah bagi yg duduk apartment..... klu nak melatih anak2 berdikari kita awasi segala2nya.... kalau sorg2 x payah..jadi mcm ni MENYESAL X SUDAH.....sekarang ni kan ramai org yang HILANG AKAL kat luar....dorg sggup buat apa ajer... tapi  kes pembunuhan anak kecil bernama Varsha ni pada hari UPSR tahun lepas mmg sungguh kejam.... tgk jer apa si pembunuh sanggup lakukan!!!!mcm SHIAL!!!


signature'

Benarkah begitu?????

Benarkah kita x boleh berbicara semua hal dgn pasangan kita??? ada byk bnda kita boleh berkongsi tapi tetap ada beberapa benda @ perkara kita x boleh berkongsi...... benarkah begitu??

kadang kala kejujuran dgn pasangan disalah ertikan.......
contoh:
Kita lelaki / perempuan ingin keluar menemui kawan kita yang berlainan jenis... ( yang lelaki nak jumpa kwan perempuan / yang perempuan nak jumpa kawan lelaki ) terpaksa merahsiakan dr pasangan ( terutama pasangan yg tgh bercinta) hya kerana takut sidia salah faham /rasa tergugat / cemburu/ menyalah ertikan persahabatan...),benarkah begitu??

Bila dgn sahabat kita boleh berbicara apa sahaja tanpa ada halangan...kerana mungkin hati seorang sahabat lebih terbuka.... benarkah begitu??



Bila dgn sahabat kita boleh berkongsi segalanya benarkah begitu?

kadang kala dgn pasangan bila kita menangis tentang sesuatu dihadapan pasangan kita.... ada pasangan yang akan bertindak seperti batu mendiamkan diri tanpa apa2 reaksi...@ lagi teruk bila dia menyalahkan kita dgn mengatakan " alah ni semua salah u kan..." @ "sampai bila nak macam ni" @ "dah2 lah tu".....berbanding bila menangis disisi seorang sahabat.... dia akan pegang tgn kita... atau memaut bahu kita seraya berkata " its ok...semuanya akn berakhir...wut ever it is i selalu ada untuk u" @ " syhhhhhhhhhh come on...be strong" @ "tak mo nangis... i faham perasaan u" @ apa sahaja cara untuk menenagkan kita...yang mana kadang kala kata2 itu x diperlukan pun sebaik sahaja satu genggaman erat di tgn atau pautan bahu diberikan...sebak dalam dada akan berkurangan secara automatik... benarkah begitu??

Bila dgn pasangan apa ketidak puasan hati kita akan cuba untuk memberitahu dgn cara yg amat berdiplomasi (takut2 sidia terasa hati @ mengundang pergaduhan) tapi bila dgn sahabat...... secara bebas kita menegur..kerana ia datang dr seorang sahabat... benarkah begitu??

Bila bersama pasangan kita kawal segala gerak geri kita...tutur bicara kita...tapi bila dgn seorang sahabat kita selalu menjadi diri kita sendiri..benarkah begitu??

jadi seorang pasangan tidak mungkin melengkapkan kehidupan pasangannya.... dia masih memerlukan seorang sahabat untuk melengkapkan paling kurang 20% dalam kehidupannya...benarkah begitu??







signature'

Satu lagi produk dr china,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, euwwwwwwwwwwwwwwwwww

Seperti yang kita semua tahu Negeri China mmg sgt pandai dlm membuat produk tiruan..bkn barang2 jer dia nak wat tiruan makanan pon dia buat gak.... tak caye??? cuba tgk kat bawah ni......
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Apa??????? kuewTiow Chopstik????? biar betul ni Natasha????
Kenapa tak percaye????
Meh nak buktikan!!!!!!!

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Seperti yang korang nampak & korang tau benda alah ni kita panggil 'CHOPSTICK' kan??















Mula2 'chopstick' tu di potong dua










Selepas dipotong ia kelihatan seperti ini (dah tu kalau x mcm ni mcm mana plak????)










Kemudia 'chopstick' tu direbus













Kemudian ditambahkan sedikit garam secukup rasa (jgn byk sgt nanti kn darah tinggi)












Tambahkan sedikit baking powder...biar dia nampak kembang...........











Letakkan sedikit pewarna berwarna perang












Lepas direbus diangkat dan dimasukkan kedalam botol kedap udara










Lepas tu disimpan ditempat yang gelap ( mcm magic)












Selepas 2 hari...inilah keputusannya.........










Ini Hasilnya selepas digoreng & dihias cantik2...nyum...nyum...nyum.....
 Korang yang suka mkn keowtiow boleh lah cuba resipi ni...ahakzzzzz


signature'

Nampak ker tak???? buka mata besar2 lah!!!!!!!

Bila korang beli barang korang belek tak barang tuh??? belek betul2?......
Ha nilah hasilnya bila membeli dan membelek bebetul.... hasilnya...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Kasut ni biasa jer korang tgk kan....???


Strikefit>>>> Brand Kasut ni

So apa yg pelik erkk kasut ni???
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Cuba perhatikan??? nampak tak????

Ha nampak tak??? tak npk gak baik korang korek bijik mata!!!!




Dah nampak dah???? 

Kalau ni pon korg x nampak..... jawabnya mcm kes cerita nujum pak belalang lah!!!! ha nampak tak???
so belek2lah bila membeli yer









signature'

Dulu & sekarang

Semalam aku keluar dgn sorg teman.... bercerita tentang hidup masing2.... Dia agak terkejut dgn perubahan yang aku alami.... Ialah aku dlu dan sekarang dh byk berbeza....bila aku amat-amati semula YE!!!! BENAR!!!! aku dh banyak berbeza

Kalau dulu nak kemana2 aku x pernah keluar seorang... pasti aku heret sesaorang sebagai kawan berjalan...Ntah rasa kekok bila berjalan sorg2..mcm nak jatuh pon ada (sebenarnya jakun kot).. kalau sgt2 terpaksa untuk aku keluar dan x ada sesapa dapat temankan aku...aku akan pergi bersendirian TETAPI aku cuma akn pergi kemudian menyelesaikan urusan yg perlu aku uruskan...dan terus balik..aku x pandai nak menyimpang kemana2
Sekarang sangat2 lain..... 70% aku kemana2 seorang diri. Aku drive sendiri...aku g shopping sendiri, makan2 sendiri, beli tiket wayang sendiri (tengok berdua la)... sebab apa?? sebab hubby aku sgt mahukan aku berdikari..sangat mahu aku rasa inilah kehidupan sebenarnya.... berbanding dlu aku dikongkong.... aku tidak boleh melakukan apa yg aku mahu...

Kalau dlu.... Aku takut bila nak menjawab@ sms kawan2..tak kira lelaki atau perempuan.... sampaikan sms yg selalu di forward2kan pada semua org pon akan menjadi isu aku dgn bekas suami ku bergaduh....untuk mengelakkan dr salah faham aku terpaksa silent @ menyorokkan hp dr bekas suami ku..lantas aku dituduh ada hubungan sulit hingga merahsiakan Hp aku....
Sekarang aku bebas ...bebas sebebas bebasnya....bebas membuat call@sms pada sesiapa & bila2 masa...kdg2 hp aku berbunyi pon hubby aku yg tolong jawabkan....hp aku terletak kat merata2....sebab apa??? sebab dia meletakkan kepercayaannya 200% pada aku.. dia tahu sejauh mana kenakalan aku...aku ada batas2 yang telah aku bina dalam setiap persahabatan dan laluan hidup aku....

Kalau dlu... aku x boleh berkawan dgn sesiapa yang aku nak...segalanya kena berahsia....
sekarang kawan2 aku semuanya bebas untuk berjumpa aku.... jadi kawan hubby aku....kemana2 bersama.....

kalau dlu..apa aku beli akan disiasat, buat apa?untuk apa??kenapa?
sekarang hubby aku plak yang risau bila aku x berbelanja

Kalau dulu..aku x boleh guna internet..kununnya internet ni byk keburukan dr kebaikan....mmg kebetulan masa tuh aku tgh gila Chatting...so lagilah dia x suka langsung aku gn internet...
Sekarang hubby aku siap bagi laptop & wifi lagi kat aku....& yet aku plak yang bosan untuk nak online...dari Myspace aku bertukar ke Friendster, pas tu join tagged, dari situ ke Facebook..dan la ni terus ke blog..dan aku amat sukakan apa yang aku lakukan skarang kerana aku mmg meminati dunia penulisan sejak sekolah lagi....

So kesimpulannnya...betul lah kata kawan aku aku mmg dh byk berubah....Aku yang dia nampak semalam adalah aku yang baru....bukan aku yg dlu.... dan yang penting MORAL of the story is..dalam hidup ni kita jgn mengongkong...kerana bila kita dikongkong dan di momok2kan dgn mcm2 hal...kita terpaksa melakukannya dgn curi2...kita tak boleh berterus terang dan itulah yang akan menggamit penipuan.......




signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM