.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Rezeki Ramadhan dengan Nuffnang

Dalam bulan puasa aku masih lagi aktif dengan aktiviti Nuffnang, walaupun ramai diantara blogger 'pencen sementara' dalam bulan puasa ni.


Sila klik untuk zat pembesaran


Semalam aku terima satu jemputan exlusive dari Nuffnang untuk 'angels DG ' Jemputan ni bukan makan kat kedai mamak tau, tapi di Apartment KLCC, dan masakan yang bakal disajikan akan disediakan oleh chef professional. Cuma 25 orang bloggers yang dijemput bagi majlis berbuka puasa tersebut. Terima kasih banyak2 kepada Nuffnang kerana sudi memandang blogger cap ayam seperti aku. Tapi maaf juga aku ucapkan kerana tidak dapat menghadirkan diri dalam jamuan tersebut. Kenapa erk?


  • Jamuan itu adalah jamuan SDN BHD. Maknanya korang tak boleh bawak sesiapa, boleh bawak diri sendiri jer, so agak keberatan untuk aku pergi, walaupun tawaran yang ditawarkan itu memang hebat
  • Aku tak sampai hati nak biarkan Mr Hubby aku berbuka sorang2 kat rumah sedangkan aku sedap2 jer makan kat sana.
Jadi demi kasih ku pada Mr Hubby aku dengan rela hati melepaskan peluang berbuka puasa yang sangat2 aku tunggu ini. (ikhlas tau)



Hari ni pulak aku dapat lagi satu tiket wayang. Tarikhnya 2 hari sebelum raya. 8hb September. Cerita Resident Evil. Insyaallah aku akan menghadirkan diri untuk wayang terakhir sebelum raya ini. Lepas habis wayang we all akan bertolak balik ke kampung halaman.

Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang kerana tidak jemu2 memberi aku peluang demi peluang. Terima kasih banyak2 Nuffnang.







 


Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM