Kulit kering? Adakah kulit korang cukup lembab? bercakap soal kulit, kulit adalah bahagian tubuh yang paling besar. Dan ramai orang mengalami masaalah kulit. Antara masaalah kulit yang sering menghantui kita ialah:-
Kulit kering
Bagaimana mengetahui bahawa kulit kita kering?
- Cuba cakar menggunakan kuku pada bahagian permukaan kulit, jika terdapat garisan putih selepas cakaran tersebut itu menandakan bahawa kulit kita mengalami masaalah kekeringan.
- Kulit yang menggelupas seperti terdapat satu lapisan permukaan kulit yang nipis terkoyak dari bahagian tubuh, selalunya perkara ini terjadi dibahagian bibir, telapak tangan dan telapak kaki
- Kulit merekah. Ini selalunya terjadi di bahagian bibir dan kulit kaki. Ia akan kelihatan seperti kulit yang terluka dengan garisan2 halus yang agak kelihatan buruk terutamanya dibahagian kaki.
Faktor2 kulit mengalami kekeringan:-
- Tanpa kita menyedari bahawa dengan bertambahnya usia, kulit kita juga turut mengalami perubahan dan kehilangan kelembapan serta keanjalan.
- Kulit normal kehilangan di antara 80 hingga 100 gram air setiap hari dan sebab itu kulit memerlukan produk yang melembap dan berkesan bagi sepanjang hari.
- Faktor kekeringan kulit ini juga terjadi berpunca dari kekurangan pengambilan makanan seperti sayur dan buah2an, juga kekurangan pengambilan air yang cukup.
- Tidur dan rehat yang tidak culup juga membuatkan kulit kehilangan keanjalan dan menjadikan kulit mudah kelihatan letih dan tidak bermaya
- Cuaca yang kering dan panas menyumbang kepada kekeringan kulit, terutama kepada mereka yang seruing terdedeah kepada cuaca.
- Tanpa kita sedari air yang kita gunakan yang mengandungi klorin juga adalah diantara faktor yang menyumbang kepada masaalah kulit kering
- Pengambilan ubat-ubatan juga ada kalanya menjadi sebab mengapa kulit kita kelihatan kering.
- Tidak menggunakan PRODUK yang berkesan yang dapat memberikan kita perlindungan kelembapan kulit yang berpanjangan.
Apa penyelesaian untuk mengatasi masaalah ini?
Korang perlu mengatasi masaalah-masaalah diatas. Makan makanan yang baik untuk kulit. Minum air yang cukup dan rehar secukupnya, juga pastikan kulit korang mendapat perlindungan yang sempurna terutama bagi korang yang terdedah dengan cuaca. Pilih produk yang dapat melindungi kulit, ini bermakna produk tersebut harus mampu menyimpan kadar kelembapan yang lama pada kulit, mampu menyerap dan tidak melekit Produk tersebut juga haruslan selamat dan mesra untuk kulit agar ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.
Pernah tak aku mengalami masaalah kekeringan kulit? YA! aku kerap mengalami masaalah ini, terutama selepas berenang. Macam yang aku katakan faktor air juga menyumbang kepada kekeringan kulit. Disebabkan kandungan klorin yang agak tinggi didalam kolam renang maka aku sering mengalami masaalah ini.
Apa yang aku lakukan bagi mengatasi masaalah tersebut?
Menyedari keperluan harian kulit, jenama pakar penjagaan kulit selama lebih satu abad, Vaseline menghasilkan rangkaian penjagaan kulit bagi memenuhi setiap wanita Vaseline Amazing Skin.Rangkaian terbaru ini mengandungi empat produk penjagaan kulit pilihan iaitu Total Moisture, Intensive Rescue, Aloe Cool and Fresh dan Healthy White yang memberikan 10 kali lebih kelembapan dan perlindungan untuk kulit kering.
- Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.
- Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.
- Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.
- Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit.
- Masaalah bibir kering dan juga mengelupas sehinggakan kadangkala boleh menyebabkan pendarahan. Korang hanya perlu menyapu lapisan tibis dibahagian bibir setiap kali terasa bibir korang mula kering, selepas beberapa hari korang akan lihat kesannya, bibir korang akan mulai lembab dengan sendirinya.
- Masaalah melecet dicelah peha yang terjadi akibat geseran kulit dibahagia terbabit. Sapukan lapisan nipis dibahagian peha sebelum korang memakai pakaian. Ia dapat melembabkan bahagian tersebut disamping mambantu geseran yang agak kesat dan melukakan akibat geseran yang berlaku
- Kemerkahan dan melecet dibahagian puting akibat penyusuan badan. Sapukan vaseline selepas setiap kali penyusuan, dan ia selamat sekiranya terlupa untuk mencuci sebelum menyusukan bayi.
- Kemerkahan (stretch marak) di bahagian perut akibat kehamilan dan kesan menggaru sewaktu kehamilan. Sapukan dibahagian perut sewaktu perut mulai membesar, agar kulit kekal lembab dan lebih anjal, apabila kulit memeiliki cukup kelembapan, ia tidak akan terkoyak sewaktu proses pembesaran perut berlaku, dan ini akan membantu mengurangkan merekah dibahagian perut disampaing tidak akan merasa gatal2 lagi
- Merekah dibahagian tumit kaki. Cuma sapukan dan pakai stokin nipis sebelum tidur. dalam masa seminggu mesti korang dapat lihat perubahan yang begitu ketara.
Untuk bloggers semua, jangan lepaskan peluang untuk meraikan "Celebrate Amazing Skin with Vaseline"