Ini adalah juadah berbuka puasa dihari pertama yang menjadi pilihan aku & Mr Hubby
v
v
v
v
v
v
v
Ini namanya kurma Nabi. Memang terbaik utk buat berbuka puasa. Sekilo harga dia RM 180, Tapi tak payah lah beli sampai sekilo pun, beli jer 250grm macam ni baru RM 40
Ini namanya buah tiin (fig), sesiapa yang ada membaca entry pasal makanan kegemaran Rasullullah yg pernah aku tulis mesti pernah baca pasal buah ni kan. Rasa dia manis, dalam dia ada biji2 halus. Elok utk dimakan sebab ia mampu memberikan tenaga dan bagus utk sistem penghadaman, setengah kilo macam ni baru RM 25.00
Ini boleh dikira sebagai kueh mueh lah. Di beri nama Arabian Pasta. Rasa dia manis dan mengandungi banyak bjiiran seperti biji bunga matahari, badam, gajus. harga dia RM 10.00 untuk 6 bijik Arabian Pasta
Yang ini kurma Mariam. Saiz dia agak besar, rasanya kalau makan 2 bijik pun dah kenyang. Sekilo RM 30.00 tapi yang kat dalam gambar ni aku beli cuma 1/2 kg jer. Ini bagus kerana dia banyak mengandungi air, sangat juicy, so bolehlah menggantikan kehilangan air dalam badan sewaktu berpuasa di siang hari.
Yang ini boleh dikira sebagai dessert, namanya nugget, mengandungi susu,kismis, biji2ran, madu dan rasanya dah tentulah manis. yang ini memang sedap, satu pek cam ni harga dia RM 10.00 ada dalam 15 biji.
So apa tunggu lagi, jomlah kita cuba makan makanan2 yang berasal dr tanah Arab ini. Bukan sahaja menyelerakan, tetapi ianya bagus kerana mengandungi makanan2 sunnah dan makanan yang menjadi kegemaran Rasullullah