.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Juadah hari kedua

Bila bersuamikan orang yang tak suka makan kat luar, cerewet pasal kebersihan makanan, menjadikan aku terpaksa selalu basahkan kain untuk masuk dapur. Alhamdulillah aku bersyukur kerana disepanjang perjalanan hidup aku, aku banyak diberi bimbingan dari segi masakan oleh sesaorang yang aku panggil abang (tak pernah aku mention nama ni dalam blog aku...Insyaallah aku akan ceritakan tentang abg aku dalam entry aku nanti)



Bercakap pasal bulan puasa, orang lain seronok ke pasar Ramadhan cari juadah berbuka, tapi aku pulak sebaliknya. Bila tiba bulan puasa aku kn pening2kan kepala memikirkan apa kueh yang aku nak buat dalam bulan puasa, sebab apa? sebab Mr Hubby aku tak makan kueh yang dijual kat kedai2. Tau tak apa dia komen tentang masakan kat kedai??
EeEeEeEeEeEe.... tak tahu tangan orang tuh dah pegang apa..korek apa sebelum dia pegang makanan....
Huh memang dasyatlah imaginasi dia, so terpaksalah aku buat sendiri.


v
v
v
v
v
v
v
v




 Walaupon rupanya biasa2 jer...rasa pon biasa2 jer...tapi tanyalah Mr Hubby..mesti dia cakap
Aku prefer air tangan isteri aku sendiri

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM