Terpanggil untuk menulis artikal ni selepas menontob video Nick Vujicic di FB Hairi. Lelaki yang bernama Nick Vijicic ini telah membuatkan aku mengkaguminya dalam masa yang sgt singkat.
Siapa Nick Vujicic?
Nick Vujicic dilahirkan pada 4 Disember 1982 di Brisbane, Australia dan kini berusia 28 tahun, beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Dushka Vujicic, dan suami Pastor Boris Vujicic. Beliau adalah seorang penceramah, Motivater dan juga pengarah persatuan ' Life Without Limbs ' (orang kurang upaya / tanpa anggota)
Sewaktu kecilny Nick bharus berdepan dengan pelbagai kerenah rakan2 yang ada segeintir dari mereka suka membuli Nick, mengejek dan mencercanya. Kerana berasa kekurangan maka Nick selalu menyendiri dan akibat dari itu dia sering berasa kesunyian.Sering kali juga Nick bertanya pada ibu bapanya mengapa ia dilahirkan sedemikian, tidak seperti kanak2 lain, malah dia sering mempersoalkan, apakah hikmah disebalik kecacatannya?
Selepas tamat alam persekolahan Nick menyambung pembelajarannya di Griffith University di Logan, Australia dalam bidang perakaunan &Perancang kewangan. Pada usianya 19 tahun Nick sudah mula menonjolkan dirinya di mata umum dan masyarakat sebagai pemberi semangat (motivater). Dia telah banyak merubah pandangan ribuan manusia tentang apa itu kehidupan. Bagi Nick setiap yang berlaku itu bersebab dan ia cuma bergantung pada kita bagaimana mahu melihat kehidupan itu sendiri dan dari sudut mana kita ingin menilai kehidupan kita.
Cuba bayangkan jika kita lahir tanpa tangan, tanpa kaki, rasanya kehidupan kita akan penuh dengan kemurungan, berbanding semangat yang ada dalam diri Nick Vujicic. Beliau sangat positive dalam kehidupan beliau. Bagi beliau tidak ada satu sebab yang menjadikannya perlu berasa rendah diri/ malu/takut/sedih/muram kerana itu beliau keluar dari semua itu dan tambil gah sehingga menjadi idola ribuan manusia di serata dunia.