.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Hijau D Aidilfitri

1 Syawal 1431H tahun ni adalah tahun ke 5 aku berhari raya dengan Mr Hubby. Setiap tahun seperti biasa we all akan memikirkan apakah warna terma untuk dipakai di pagi Syawal. Tahun pertama (2006) Merah menjadi pilihan kami berdua.Tahun kedua (2007) kami memilih warna hitam, tahun ketiga(2008) purple lembut menjadi pilihan,tahun ke empat (2009) kuning diraja bertakhta di mata dan dihati. Dan tahun ini warna ketenangan (hijau) menjadi pilihan. Insyaallah kalau panjang umur tahun depan pink/biru bakal menyusul.



Hijau untuk tersayang

Tahun2 sebelum ini, baju melayu Mr Hubby selalunya ditempah. Tapi tahun ini Mr Hubby teringin nak pakai baju melayu yang dijahit oleh salah satu butik yang terkenal. Siapa lagi kalau bukan OMAR ALI yang telah memulakan perniagaan menjahit baju Melayu sejak tahun 1935. So semalam mencarilah baju melayu di Omar Ali. Bukan baju melayu jer yang dia sambar, siap butang baju melayu dan sampin. Pening jugaklah kepala staff di Omar Ali melayan kerenak kitaorg. Walaupun harga dorg agak tinggi berbanding tempat lain, tapi jahitan baju melayu yang dihasilkan oleh Omar Ali memang cantik. Dan buat kali pertamanya baju melayu butang 3 menjadi pilihan Mr Hubby.


Pilihan Mr Hubby buat isterinya

Bila dah Mr Hubby hijau, so aku pun kenalah cari hijau jugak. So berjalan lah kami dari satu bazar ke satu bazar, sayangnya x ada yang berkenan di mata Mr Hubby. So masuklah dari satu kedai ke satu kedai, dari satu butik ke satu butik, sampailah kami ke Warisan Hawa Collection. Terpanalah dia pada sepasang baju kurung pesak gantung yang diperbuat menggunakan kain chiffon, di sulam dibahagian dada dan juga tangan. Sulaman yang cantik bagi yang bertudung, so tak payah risau nak pakai aksesori lain lagi.

Selesailah bahagian baju. hari minggu nanti tinggal nak cari kasut dan cari handbag jer lagi. Abang.... oh abang. Belikan baby handbag dgn kasut pulak yer...........


** Sian kat Mr Hubby tahun ni dia kena tanggung bebanan perbelanjaan sorang2 sebab aku x boleh nak membantu. Dah 2 bulan lebih aku x ada pendapatan. Tak ada kereta maknanya semua projek terbengkalai.




 

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM