.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Rindu yang menggunung



Macam2 dugaan, macam2 rintangan. Terlalu lama terpisah. Insyaallah esok lepas berbuka aku akan bertemu dia. Masih samakah dia? masih gagah seperti dulukah dia? masih manja seperti dulukah dia? Bagaimana rupa dia

Selepas berbulan aku tidak bertemu dengannya? sihat kah dia? Berbagai persoalan bermain di benak fikiran ku. Sebulan pertama bila berjauhan aku masih mampu pujuk hati ku agar bersabar. Masuk dua bulan kesabaran aku mula tergugat...sangat merinduinya (nangis), tapi bila dah melepasi 2 bulan, aku jadi hilang sabar.

Aku dah tak mampu tunggu lagi. Lantas aku sanggup bergaduh asalkan sahaja dia ada dengan ku, ada didepan mata ku. Cuma satu yang mampu aku janji, lepas ni, aku akan menjaganya penuh dgn kasih dan sayang. Aku akan pastikan dia selesa dengan ku, akan ku jaga makan dan minumnya, agar dia tidak lagi jauh dari ku. Cuma aku takut, adakah dia masih mengenali ku, setelah sekian lama tidak bertemu? Aku jadi tidak keruan. Aku jadi berdebar menantikan esok.

Lambatnya putaran masa berlalu. Kerinduan ini kekadang menjadikan aku seorang yang emosi, aku kosong tanpanya. Baru aku sedari betapa penting dia dalam kehidupan ku. Aku tahu sebelum ini terlalu banyak yang aku sakiti dia, aku tidak menjaganya dengan baik. Maafkan aku...... Akan ku tebus kesalahan itu sebaik kita bertemu esok. Semoga kau tidak berubah.... semoga kau sihat.... Aku masih menyayangi mu sayang ku.....

Insyaallah esok kita akan bertemu.... sabar yer sayang. Sabar yer Chenta

 

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM