.
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Hari Ini




Hari ini hari ke 6 aku selepas kemalangan yang berlaku, jujurnya aku masih belum pulih sepenuhnya, jujurnya aku masih terasa sakit dibeberapa bahagian tubuh, jujurnya juga aku masih trauma. Aku masih kerap bermimpikan kejadian tersebut dalam tidur ku. Arghhhh!!! Apa pun syukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini. Masih memberi aku ruang dan peluang untuk aku bertaubat dan mempertingkatkan kekurangan amal dan ibadah.



Kemalangan yang berlaku pada aku sgt2 menjadikan aku mensyukuri nikmat yang diberi.Betapa banyak nikmat yang Allah beri pada kita yang kita tak hargai selama ini. Macam entry aku yang lepas aku ceritakan tentang bagaimana hilangnya nikmat bila tidak merasai membuang air kecil secara normal. Nikamat itu saja sudah cukup hebat jika ditarik dari kita merasainya. So hargailah kepuasan bila korang membuang air kecil. bersyukurlah bila diberi peluang merasai nikmat itu.

Dah masuk 6 hari leher aku masih lagi tak boleh nak berpusing dengan baik, selama ni bila sihat dan tidak mengalami masaalah ini, aku tak sedar akan nikmatnya, tapi bila nikmat itu ditarik dari tubuh aku, betapa aku sedar akan nikmat memusingkan kepala selama ini tanpa ada rasa apa2 kesakitan. Keadaan aku separuh pulih, masih dalam proses penyembuhan, jahit di kening pun masih belum di buka lagi, Insyaallah isnin ni nanti jahitan akan di buka. Insyaallah selepas itu kesihatan aku semakin baik hendaknya.

Kepada teman2 yang tak putus2 memberi semangat, mendoakan, dan yang sudi menziarah... jutaan terima kasih tak terhingga untuk korg semua. Sesungguhnya saat ini sangat aku mengetahui siapa teman siapa sahabat, siapa adik...siapa saudara.


**entry pun terpaksa dihadkan, sebab bila byk duduk depan laptop aku akan rasa pening, Insyaallah  bila keadaan semakin pulih aku akan berblogging seperti dlu lagi. yang paling sedih semua aktiviti Nuffnang buat masa nie terpaksa aku hentikan buat sementara waktu terutama wayang ..hwaaaa sedihnya

signature'

Copyright© All Rights Reserved ONETASHAKIR.COM